Bismillah..
Bila mendapat pelawaan dari tuan Rumah iaitu blogger tersohor
Tiffin Biru a.k.a Cik Mat Gebu, ku memanjatkan syukur.. Mendengar suara cik Mat hatiku riang, tarikh yang diberi juga cantik, gathering raya ke Sedenak jatuh pada hari jumaat, selain CR tutup ianya juga pada hari Kemerdekaan. 31 Ogos 2012 bersamaan 13 Syawal kami para blogger berhari raya bersama-sama.
Seperti yang ku angankan memang menjadi kenyataan.. Sahabat blogger seissi keluarga berhimpun di teratak Jejaka Malaya, kecoh habiss... Para ibu dengan hal mereka, para ayah berborak sesama mereka, anak-anak dengan cara mereka...
Kasut menjadi bukti teratak CMG dibanjiri tetamu.
Kalau nak diikutkan waktu perjumpaan dalam jam 2.00-6.00 pm, oleh kerana ku membawa beberapa blogger baru
asal ke Sedenak ada jer blogger baru ku temukan disitu, kehadiran kami agak lewat sedikit, alhamdullilah blogger yang datang awal tetap setia menunggu, Terima kasih semua..
Rombongan aku adalah ke dua terlewat, ahli blogger yang join adalah GB, Mak ET dan Oh Oyea. Jam 3.15petang kami tiba dihadapan teratak CMG.
Lihatlah wajah riang kami, kalau nak dikira.. ini tahun ke 3 ku beraya ke sedenak. Kalau santai-santai kesedenak dah kena kira guna jari kaki.. Hahahhah
Wajah blogger yang sama-sama berhimpun ada yang lama dan ada yang baru, alhamdullilah semuanya sempoi-sempoi habis.. tak kering gusi kami berbual dan merakamkan gambar buat kenangan
Kak
Sue Joshua, semestinya blogger yang paling banyak mengumbangkan tenaga membantu CMG, tanpa beliau, rasanya pinggan mangkuk kat dalam sinki harus selori.... tetap cantik walau sibuk didapur. Kak Sue, terima kasih banyak-banyak sebab tunggu kami yang terlewat. (sebenarnya masih ralat sebab tak dapat ke teratak kak Sue masa open house raya ke 4)
Blogger
Sis Lin, geng rapat dengan CMG pula sentiasa ada bila ke Sedenak.. seorang blogger yang bukan sahaja peramah tapi cepat mesra dengan sesiapa.. Kalau tak ada Sis Lin rasanya pertemuan menjadi formal. Hahahah
Blogger
Kasawari pula pelengkap mereka bertiga, ada sis lin adalah Kasawari., kemesraan isterinya Azlinda Md Taib membuatkan aku jatuh cinta dengan sikapanya.. Ada gambar beliau melayan Umai., Nanti syer pada entry intai-intai ya (kali ini aku nak minta izin ambil gambar dari DSLR sahabat yang lain)
******************
Nampak tak Qhaliff?? anak blogger femes a.k.a my sifu dalam dunia blog dipangkuan blogger Sis Lin, kalau tak jadi friend dengan Dady Qhaliff di FB rasanya aku tak kenal sahabat blogger. Hampir 4 tahun kami bersahabat.. rasanya ini kali ke 5 kami bersua, macam biasa
Ben Ashaari tak pernah lokek untuk berkongsi cerita.. Ben nie, pemalu tapi kalau dah kenal. Ada jer cerita yang dibualkan..
Mama Qhaliff, blogger Cik La Ada Blog a.k.a
Azila Zain sentiasa murah dengan senyuman, maaflah kawan-kawan gambar mama Qhaliff ku tak tayang kat sini, kalau korang rajin carilah kat blog kawan-kawan atau rancangan Nona ditv3, bulan 6 yang lepas ya.
Blogger
Mak ET, walau datang dari jauh tetap setia menerima ajakkanku ke Sedenak. Buat Mak ET.. awak memang seorang blogger yang ceria. Moga ada jodoh dan izinNya kita bersua lagi.. sungguhkah awak drive dari Muar bersama 4 cahayamata? 3 kali henti untuk beri susu babymu? Aduh!!... berderai air mata kita bila Mak mertua kita sampaikan pada kita...
Tamo sedih2,, sekarang nie cerita pula tentang blogger yang terkenal dengan kek Sarawaknya, iaitu
blogger Sunah Suka Sakura, tak sangka dapat bersua dengan gadis Ayu ini. Macam biasa beliau sangat pemalu. Wajahnya tak dapat ku kongsi, tapi kalau sahabat yang dah pernah jumpa pasti tahu ketulenan ke`Wanita`an beliau.
Blogger popular dengan kek, talam dan kuih muih yang sentiasa serasi dengan Qhaliff. Kak Yatie
Sinar Kehidupanku memang sentiasa ada bersama kami, apabila ke teratak CMG. Kak Yatie walau kak paling lewat tiba ke Sedenak, mujur kek Chezzemu menjadi penyelamat, ayu tak dapat nak merajuk.. Tapikan Ayu dapat makan sepotong jer.. Perut penuh sudahhh.. nanti buat lagi ya untuk kami semua.
Wajah blogger baru yang menghiasi teratak Jejaka Malaya, kalau orang KL memang kenal benor dengan beliau, blog yang menarik, hasil percikkan DSLR beliau yang ada seni, lain dari yang lain, masih bujang tau... Klik
SINI untuk ke blog beliau, maaflah orang KL... GB dah jadi orang Johor. hahahha
Terima kasih GB sebab sudi join sama ke Sedenak. (GB bawa teman tau.. nak tahu siapa dia sila masukkan RM ke akaun Maybank saya.. huhuhu)..
Ben, masih ingat lagikah blogger inilah yang sanggup tak makan
nasi 7 hari gara-gara Ben follow blog beliau?
Inilah wajah blogger
CT DELIMA yang sememangnya sudah lama ingin ku bertentang mata, orangnya kecil molek.. terharu sangat-sangat bersua dengan beliau.. pertemuan pertama meyakinkan aku beliau memang peramah seperti didalam blog beliau. Teruja sangat2 bersua dengan beliau.
Dan terakhir blogger
Oh Oeya (duduk barisan hadapan kiri berbaju kurung bunga merah) yang sentiasa sudi hadir apabila ku mengirimkan pesanan ke telefon bimbitnya, membawa anak bujangnya Adam yang sangat comel.... Kak, thanks tau sebab sentiasa ada bersama ayu.
Indahnya pertemuan yang berlalu, moga ada keizinan kami bersua lagi, amin.