CITARASA RINDUAN

Sunday, September 2, 2012

Gathering Raya Blogger 2012 (SEDENAK) inilah kisahnya..


Bismillah..
Bila mendapat pelawaan dari tuan Rumah iaitu blogger tersohor Tiffin Biru a.k.a Cik Mat Gebu, ku memanjatkan syukur.. Mendengar suara cik Mat hatiku riang, tarikh yang diberi juga cantik, gathering raya ke Sedenak jatuh pada hari jumaat, selain CR tutup ianya juga pada hari Kemerdekaan. 31 Ogos 2012 bersamaan 13 Syawal kami para blogger berhari raya bersama-sama.


Seperti yang ku angankan memang menjadi kenyataan.. Sahabat blogger seissi keluarga berhimpun di teratak Jejaka Malaya, kecoh habiss... Para ibu dengan hal mereka, para ayah berborak sesama mereka, anak-anak dengan cara mereka...


Kasut menjadi bukti teratak CMG dibanjiri tetamu.
Kalau nak diikutkan waktu perjumpaan dalam jam 2.00-6.00 pm, oleh kerana ku membawa beberapa blogger baru asal ke Sedenak ada jer blogger baru ku temukan disitu, kehadiran kami agak lewat sedikit, alhamdullilah blogger yang datang awal tetap setia menunggu, Terima kasih semua..

Rombongan aku adalah ke dua terlewat, ahli blogger yang join adalah GB, Mak ET dan Oh Oyea. Jam 3.15petang kami tiba dihadapan teratak CMG.


Lihatlah wajah riang kami, kalau nak dikira.. ini tahun ke 3 ku beraya ke sedenak. Kalau santai-santai kesedenak dah kena kira guna jari kaki.. Hahahhah

Wajah blogger yang sama-sama berhimpun ada yang lama dan ada yang baru, alhamdullilah semuanya sempoi-sempoi habis.. tak kering gusi kami berbual dan merakamkan gambar buat kenangan


Kak Sue Joshua, semestinya blogger yang paling banyak mengumbangkan tenaga membantu CMG, tanpa beliau, rasanya pinggan mangkuk kat dalam sinki harus selori.... tetap cantik walau sibuk didapur. Kak Sue, terima kasih banyak-banyak sebab tunggu kami yang terlewat. (sebenarnya masih ralat sebab tak dapat ke teratak kak Sue masa open house raya ke 4)

Blogger Sis Lin, geng rapat dengan CMG pula sentiasa ada bila ke Sedenak.. seorang blogger yang bukan sahaja peramah tapi cepat mesra dengan sesiapa.. Kalau tak ada Sis Lin rasanya pertemuan menjadi formal. Hahahah

Blogger Kasawari pula pelengkap mereka bertiga, ada sis lin adalah Kasawari., kemesraan isterinya Azlinda Md Taib membuatkan aku jatuh cinta dengan sikapanya.. Ada gambar beliau melayan Umai., Nanti syer pada entry intai-intai ya (kali ini aku nak minta izin ambil gambar dari DSLR sahabat yang lain)

******************

Nampak tak Qhaliff?? anak blogger femes a.k.a my sifu dalam dunia blog dipangkuan blogger Sis Lin, kalau tak jadi friend dengan Dady Qhaliff di FB rasanya aku tak kenal sahabat blogger. Hampir 4 tahun kami bersahabat.. rasanya ini kali ke 5 kami bersua, macam biasa Ben Ashaari tak pernah lokek untuk berkongsi cerita.. Ben nie, pemalu tapi kalau dah kenal. Ada jer cerita yang dibualkan..

Mama Qhaliff, blogger Cik La Ada Blog a.k.a Azila Zain sentiasa murah dengan senyuman, maaflah kawan-kawan gambar mama Qhaliff ku tak tayang kat sini, kalau korang rajin carilah kat blog kawan-kawan atau rancangan Nona ditv3, bulan 6 yang lepas ya.


Blogger Mak ET, walau datang dari jauh tetap setia menerima ajakkanku ke Sedenak. Buat Mak ET.. awak memang seorang blogger yang ceria. Moga ada jodoh dan izinNya kita bersua lagi.. sungguhkah awak drive dari Muar bersama 4 cahayamata? 3 kali henti untuk beri susu babymu? Aduh!!... berderai air mata kita bila Mak mertua kita sampaikan pada kita... 

Tamo sedih2,, sekarang nie cerita pula tentang blogger yang terkenal dengan kek Sarawaknya, iaitu blogger Sunah Suka Sakura, tak sangka dapat bersua dengan gadis Ayu ini. Macam biasa beliau sangat pemalu. Wajahnya tak dapat ku kongsi, tapi kalau sahabat yang dah pernah jumpa pasti tahu ketulenan ke`Wanita`an beliau.


Blogger popular dengan kek, talam dan kuih muih yang sentiasa serasi dengan Qhaliff. Kak Yatie Sinar Kehidupanku memang sentiasa ada bersama kami, apabila ke teratak CMG. Kak Yatie walau kak paling lewat tiba ke Sedenak, mujur kek Chezzemu menjadi penyelamat, ayu tak dapat nak merajuk.. Tapikan Ayu dapat makan sepotong jer.. Perut penuh sudahhh.. nanti buat lagi ya untuk kami semua.


Wajah blogger baru yang menghiasi teratak Jejaka Malaya, kalau orang KL memang kenal benor dengan beliau, blog yang menarik, hasil percikkan DSLR beliau yang ada seni, lain dari yang lain, masih bujang tau... Klik SINI untuk ke blog beliau, maaflah orang KL... GB dah jadi orang Johor. hahahha

Terima kasih GB sebab sudi join sama ke Sedenak. (GB bawa teman tau.. nak tahu siapa dia sila masukkan RM ke akaun Maybank saya.. huhuhu)..

Ben, masih ingat lagikah blogger inilah yang sanggup tak makan nasi 7 hari gara-gara Ben follow blog beliau?


Inilah wajah blogger CT DELIMA yang sememangnya sudah lama ingin ku bertentang mata, orangnya kecil molek.. terharu sangat-sangat bersua dengan beliau.. pertemuan pertama meyakinkan aku beliau memang peramah seperti didalam blog beliau. Teruja sangat2 bersua dengan beliau.


Dan terakhir blogger Oh Oeya (duduk barisan hadapan kiri berbaju kurung bunga merah) yang sentiasa sudi hadir apabila ku mengirimkan pesanan ke telefon bimbitnya, membawa anak bujangnya Adam yang sangat comel.... Kak, thanks tau sebab sentiasa ada bersama ayu.

Indahnya pertemuan yang berlalu, moga ada keizinan kami bersua lagi, amin.





35 ulasan:

gadisBunga™ said...

ohsem sungguh gathering itu...heheh.

tengs kak ayu for the links. boleh la saya pegi bertandang... :D

n thank jugak sebab sudi ajak saya ke rumah CMG. mcm mimpi. huuuu~

Sis Lin said...

Waaa panjang sungguh coretan mu, nama ku berulang2 kali kamu tulis..sungguh terharu...
Terima kasih juga bt Ayu yg senantiasa ada je buah tangan dr kamu..huhuhu

**nak copy paste aje la entry nie..kakakakakakah!

anyss said...

Assalamualaikum,
Fuhhhh kemain lagi beraya noooo....huihhhh! sejak jadi org JB, kemain lagi GB ya...

Citarasa Rinduan said...

GB:
nanti beri salam kuat2 kat blog mereka ya.. hantar buah tangan lagi molek.. hahhahah

sama2 kembali sayang

Sis Lin:
copy? hahahhahaha... boleh jer, macam biasa upahnya.. ada teko antik yang paling cantik untuk ayu tak?
hahhahah


ANYSS:
Waalaikumusalam
sedang berusaha pujuk En Zalie ke KL, gathering kita2 Aje.. macam hampa jer bunyinya..
sedih kan....

Cik Pulau said...

Alamakkk.. terlepas lagi umah terbuka pcm.. adoiii..
ni mesti sebab tak update blog lama sangat sampai taktau citer..
huhuhu..
takde rezeki lagi tahun ni.. harap tahun depan ada la rezeki..
bila ada transpot sendiri agaknya lebih mudah kot nak berjalan ke sana ke mari.. Hihihi..

tengah cari masa yg sesuai utk ke CR..^^

Acik Erna said...

assalam ayu..simanis GB dah beralih arah je JB

gadisBunga™ said...

har har har. KL tetap di hati tau... ;D

Yatie said...

Assalamualaikum Ayu,
tq berkongsi kegembiraan dan kemeriahan pada kita semua..sebenarnya dari mlm tadi nak n3 tapi broadband lemau yg amat sangat...tengahari tadi baru lepas, tu pun tak letak link sbb tak lepas2....pasni leh sambung balik..he3..btw mmng best raya reramai aritu..tq kawan2 semua yg mmng sporting abes...sebenarnya akak sakit kaki masa ke rumah Mat Gebu, tapi tahankan gak sebab nak jumpa sangat kamu semua...alhamdulillah semuanya berjalan lancar..

terima kasih pada Mat Gebu memberikan layanan yg terbaik pada kita semua...

Citarasa Rinduan said...

cik PULAU:
Maaf sangat2 ya dik..
nanti2 kak jemput lagi kalau ke Sedenak...

ACIK:
Waalaikumusalam..
dia masih sayang dan sentiasa sayang warga KL

GB:
Ya betulll

Citarasa Rinduan said...

Kak YATIE:
Waalaikumusalam..
alhamdullilah.. walau kak ditimpa sakit, tetap hadirkan diri

Ayu pun enjoy friday lepas.. sungguh serasi kita semua berkumpul.

CMG mmg pemurah dan sangat sempoi, tu yang buat kita tak segan

Eyrique Ettiqazz. said...

GB dah ade DSLR? Dulu dia guna Lumix..

Gb bawak sape tu? Pak we dia ke?

Citarasa Rinduan said...

Eyrigue Ettiqazz:
eh... dia mmg ada LUMIX, kak tiak kamera yang gitu2 semuanya DSLR. hahahha

soalan last tu.. sila masukkan RM ke akaun Maybank kak Ayu ya

gadisBunga™ said...

EE - GB belum ada DSLR la... dok guna lumix gf3 tu aje lorr... ;D

ieda said...

wahh memang happening
akk tumpang gembira melihat dari jauh
seronok x leh cakap kan
terpancar di wajah rakan2 blogger .. seronoknyeee ;)

ieda said...

wahh memang happening
akk tumpang gembira melihat dari jauh
seronok x leh cakap kan
terpancar di wajah rakan2 blogger .. seronoknyeee ;)

qasehraihan said...

kak ayu..mana gambo si cik mat tu..bila nak rvealkan..

Kalamhati said...

bestnyeee ayuu..bila la kita nak bersua muka bertemu mata kan..huhu insyaAllah one day..=)

Citarasa Rinduan said...

IEDA;
lepas nie kita pula bsua.. mana tau ayu ke kuantan..
heeee. tq kak ieda

QASEH;
jommm kesedenak.. tayang kt sini kn tol...

Citarasa Rinduan said...

KALAMHATI:
Insyallah..pasti bsua 1hari nanti. aminn

Siti Indrawati said...

Tq Ayu sudi menitipkn diri ini dlm alam maya CR mu...yea Ayu memg mak et drive dr Muar ke Jb dgn 3x berhenti:)..alhmdulilah dpt jumpa Ayu,otai2 blogger n sifu mak et..tq sekali lg sudi mempelawa diri ini:))

BEN ASHAARI said...

wa.. bila tulis nama blog , automatik ingat.. hehe.. kalau sebut gitu , daku hanya teringat laksa johor mat jer .. hahaa ..

Tq ayu kerana sudi memeriahkan lagi ..

Citarasa Rinduan said...

MAK ET:
awak
.. kita menangis tau... besar pengorbanan awak. moga 1hari nanti en suami dpt transfer jb. tak lama lg pengerang ada bukak

BEN ASHAARI:
Sama2 kembali..
nyelattt. Ayu dpt mkn sikit benor. mee pulak tu. tapi ayu okey
hahahaaa
nanti suruh Zla belajor eik bt laksa johor

sama2 kembali

Marya Yusof said...

As salam Ayu,

Sgt jeles ok! Nnt jgn lupa ajak Marya tau next2 year Raya! Hahahaha! :D Tak malu sungguh! ;)) hiks... Mmg admire dgn masakan CMG dr dulu... Teringin jugak nak jumpa Ben... Pssssssttt... hubby kita tiap hari dok jd stalker kat blog Ben nak tgk Qhaliff...katanya kalau dijemput nak main dgn Qhaliff...Serius ni saya yg jeles tau! :))

Suejoshua said...

Alahaiii...takpe lah ayu tak dpt beraya rumah kak sue tu mmg akak faham! Insyaallah panjang umur kita jumpa dilain masa...tp apapun kita jumpa juga di rumah Mat Gebusss kan...sayang Ayu selaluuu...

Mat Gebu said...

Terima kasih ayu, en zali, umai dan bonda mertua mu, insya Allah jika ada majlis seperti ini, ayu sekeluarga takkan cm lupakan...

Huda said...

amboi seronoknya semua bertemu..

Lelord said...

bestnya...sampai skang masih x dpt nak join :(

Zana Md Nordin said...

sangat meriah kak
seronok bila dapat berkumpul reramai mcm nie kan....bertemu di alam maya...beramah mesra di dunia realiti....betapa indahnya erti sebuah persahabatan...bila ler dpt nak join xtvt2 mcam nie....

kakcik said...

Bukan main lagi anak kakcik si GB tu, dah tuko kerakyatan blogger dia ya? :)

Kesuma Angsana said...

seronoknyer!

Kella said...

seronoknya kak... len kali kak ajak kita sama... =)

CT Delima said...

Assalamualaikum Ayu

Baru berkesempatan membaca dan jengah blog dan FB. masih penat mengemas, mendobi dan macam2 benda nak buat setelah berhari2 balik JB. Sibuk dengan anak yang akan menduduki exam minggu depan ni.

Apa pun terima kasih Ayu, diatas kiriman buah tangan untuk k.ct. Alhamdulilah...sekurang2nya selama ini hanya berceloteh diblog dan FB aje. memang bersyukur dapat jumpa Ayu orangnya yang peramah sekali :)

Areef Ibn Naim said...

ini memang bikin panas tau :)

tulah, padan muka sape suruh tk jd dtg kan, hehehe...

Sweetmama@EiJa ZaQuaNZiQrY said...

wah meriahnye ayu..
srnok dpt jumpa kwn2 blogger yg mmg bkn calang2..majariti blogger masakan terkenal ni..

Oh Oeya said...

Alhamdulillah. Terima kasih Ayu. Sangat gembira dapat bertemu dan bersama semua.
Moga dapat berkumpul lagi :))