CITARASA RINDUAN

Wednesday, September 5, 2012

Marhaban PASTI: Selesai akhirnya..


Sejak mendapat tahu minggu ini diadakan marhaban bagi sekolah anakku.. aku dah mula minta pandangan sahabat tentang menu yang sesuai untuk kanak-kanak... Terima kasih sahabat idea korang sangat membantu.

Akhirnya semalam jua, idea menerpa. walahemah bahan mentah lain sudah ku beli seperti kentang segera, ayam segera, sosej, nuggets dan lain-lain.




Sate ayam dan daging, nasi Impit dan koktel menjadi pilihanku. Kek yang ku simpan sejak awal Syawal turut ku hidangkan. Alhamdullilah berbaloi juga pagi tadi ku bangun seawalnya apabila melihat makanan licin dimakan tetamu.




(comelnya anak-anak PASTI. Terima kasih ke rumah Cik Ayu)

Hari ini hari ke dua rombongan marhaban bergerak. Alhamdullilah walau ku sesibuk mana tetap menghadirkan diri kesemua teratak ibubapa pelajar yang sudi menerima kunjungan kami.

PS; Satu perasaan yang sangat rugi jika tidak berpeluang merapatkan ukhwah sesama yang hidup.. Esok2 kita tidak tahu adakah syawal dapat dirai atau tidak. Wallahualam..


9 ulasan:

Huda said...

Biasa kalau PASTI ni memang ada buat marhaban macam time anak kita dulu..

pB said...

banyak pahala jika kita menyambung tali siratulrahim

norhidana said...

walaupun pnt tp rasa puas

gadisBunga™ said...

mak mak budak budak mesti ada yg terliur nih~

Huszaini Haron said...

seronok!

Afasz said...

alhamdulillah dah selesai ;

Kakzakie said...

Seronoklah anak-anak bermarhaban dgn ibu masing-masing Ayu. Makanan macam tu memang anak-anak suka..

anyss said...

Assalamualaikum,
bestnya kawan2 umai pi marhaban umah makcik yg sporting gini .... ;)

Murni Alfathunnisa said...

tengok pun meriah. seronok kalau ada peluang macam ni..pada yang dapat..rebut lah.