Photobucket Photobucket

CITARASA RINDUAN

Monday, September 24, 2012

Resepi: Puding Santan Selasih.

Ke'gila'anku  terhadap dunia memuding nampak gayanya semakin maju kehadapan. Tadi pagi bila aku tanya En Zalie tentang idea nak memuding lagi.. En Zalie cadangkan puding jagung dimasukkan biji selasih. 

WhatsApp dengan adik beradik, mereka kata pelik...
Aku okey sahaja, maklumlah bila ada permintaan dari suami, sudah tentu aku tunaikan.

Aku buat selepas ambil Umai dari sekolah, sambil menunggu kukusan talam Roti bercoklat masak. Puding Santan selasih siap dalam periuk. Senang dan mudah kan?


Kerja-kerja memuding tak lama. 15minit dah siap, lepas nie kalau ada majlis atau yasinan. Aku nak hantar puding2 jerlah. Asalkan bahan-bahan ada di dapur.

 Jom semak resepi mudah ini.

Bahan-bahan:
1 bungkus agar-agar 17g
Susu cair 1 tin
Air 1200ml
Daun pandan 3helai,basuh dan blander. Tapis atau pewarna pandan.
Santan kotak 200ml (kalau korang guna santan parut kelapa. Korang sukat 1400ml air santan tak payah guna air, bersamaan 1 biji kelapa parut)
Gula 140gram
1/2 biji selasih yang dijual RM 1.00


Cara Menyediakan:
  1. Basuh agar-agar, toskan masak agar2 dengan air, bila sudah larut masukkan gula. Kacau hingga mendidih
  2. Masukkan santan,susu,air pandan atau pewarna dan biji selasih. Kecilkan api hingga mendidih.
  3. Sedia di masukkan dalam acuan. Sejuk, simpan dalam peti ais.
  4. Sesuai untuk pencuci mulut selepas makan atau hidangan semasa cuaca panas. Selamat mencuba.


21 ulasan:

aDisH.sHidA said...

rajin nya ayu...shda selisih x makan..hehehe

Anonymous said...

simple but really sedap puding ni !

Unknown said...

shida:
oh..nanti ayu buatkan shida puding roti yang ada potongan agar2 kecil2.
esok2 try

Unknown said...

Kesuma Angsana:
wahhhh... kita geng.. hehehe

Hudalatip said...

macam sedap..kita pun suka buat puding ayu tapi puding ni belum pernah buat lagi

Unknown said...

Huda:
jommmm memuding...ayu br bt 3jenis.. excited nie.tpai xada y jd tukang mkn..
mujur ramai pelanggan

Unknown said...

bestnyer..kalo selasih ni ingt time puasa..hehe

comel2 plak bekas letak puding tu..penyu pon ade//leh try ni..anak sy suka puding..

nazayiena said...

Rajinnya Ayu dan nampak mudah je caranyakan....

Umialya said...

sedapnya, bak sikit...

Seri Kandi Tanah Jauhar said...

memang senang memuding kan Ayu, cepat siap, sedap pun sedap.. hehe

Kayu Manis said...

mcm buah kiwi..kreatifnya ayu...

Kakzakie Purvit said...

Amboi buat lagi Ayu?
Abang dah cadang-cadang nak ke CR bila anak-anak balik bercuti..

teratai said...

Wah cantiknya,nampak seperti buah kiwi! First time dengar puding ni...nanti bolehlah try:)

Anaasuria said...

hehehe.. lawa ala2 polka dot gitu...

Marsita Yahya said...

Salam, suka puding tapi anak tak brp suka...kalau buat sikit je lah...
http://my-mintroom.blogspot.com/

Mas said...

rajinnya memuding ayu..
meh sebekas...he3

gadisBunga™ said...

alaa...kenapa kak ayu rajin mempuding sekarang ni???

Hansyirah Takezur said...

yummyyy,... sedapnya nampak! boleh try ni..

*SiRibenMerah said...

sedapnya sis.. aummmmm~

SITI NOARIZAH ARIS said...

Sedapnya puding tuuu..lalu kat tekak sejukkk jee...minta semangkuk boleh?? :)

SITI NOARIZAH ARIS said...
This comment has been removed by the author.