Photobucket Photobucket

CITARASA RINDUAN

Wednesday, September 19, 2012

Resepi: Pizza mudah dan sedap



Assalamualaikum sahabat..
Selepas syawal mood meng'baking' memang lari ke laut.. ambil mood lepas raya memang agak sukar... sudahnya asyik kena perli sahaja dengan En Zalie. Hahahah.. gitulah kan,bila dah berkeluarga nie kita kaum perempuan akan sentiasa mendapat galakkan dari suami tersayang, jadi.. buat adik2 yang belum kahwin tu... cepat2 lah mendirikan rumah tangga... bukan sahaja boleh masak lauk, buat kuih muih,buat kek, roti dan macam2 lagi. Itupun sebab melihat raut wajah anak2 yang mahukan ibunya masak macam2....
Tapikan ramailah kawan2 yang belum kawin lebih terro didapur... kannnnn...

Tengahari tadi mulalah daku merajinkan diri... Bismillah. jadi juga pizza seafood yang senang dan mudah.

Jom semak resepi.

Bahan-bahan Doh roti
500gram tepung high protien
11gram yis mauripan
75gram buttercup
1 sudu gula
1 sudu teh garam
1 biji telur
1 sudu bread improver
1 sudu bread softner
Air 200ml (seelokanya dari peti ais)

Bahan-bahan INTI pizza (topping)
Bawang Hollan (hiris halus)
Lada Benggala (hiris halus)
Sayur campur - sedikit
Bebola daging, ayam, sosej, ketam (ikut selera kalian)
Cheese Mozzarella
Oregano
1 Tin Tomato pure 
1 Tin Marshroom
Nanas dalam tin



Cara menyediakan
Doh (kulit pizza)

  1. larutkan yis dalam air suam. Gaulkan tepung, bread improve,bread softner, air sejuk, garam, gula, buttercup dan telur hingga menjadi doh.
  2. Ulang lagi sehingga doh betul2 lembut, jika masih melekat tambah tepung. Simpan sekejap doh dalam suhu sejuk. 
  3. Ratakan dalam dulang yang telah digris majerin/minyak masak.
  4. Adunan ini bakal menjadi 5 dulang pizza



Inti Pizza (topping)

  1. Gaulkan tomato pure dengan Oregano.
  2. Taburkan kesemua bahan2 INTI dimulakan dengan bawang, lada, tomato pure, sayuran, nanas, cendawan, pelbagai bebola atau daging bugger. Diakhirkan dengan Cheeze Mozzarella
  3. Panaskan oven dalam suhu 170c, 10 minit.
  4. Kemudian masukkan adunan yang siap dalam oven, bakar dalam 25 minit
  5. Siap untuk dihidang.

12 ulasan:

Miss Mirror a.k.a Sam said...

Ayu....sedapnyaaa!!
Terliur akak Ayu.
Ingat minggu ni nak buat gak la... tp akak punya pizza simple je. Thanks for sharing. Moga tambah murah rezeki Ayu.

Unknown said...

kak MM:
sama2 kembali kak sayang..
amin..
Yang baik2 buat kak Sam skluarga

Kalamhati said...

Ya Allah ayuu!! kecur air liurkuu..sedapnyaa nmpk!!hehe

Unknown said...

KALAMHATI:
terima kasih cikgu, buat untuk suami dan anak sahaja. heheh

Liza said...

salam ayu, mmg best nmpk pizza ni, akk pun baru jer memizza weekend ari tu...buat sendiri mmg puas hati kan...

Anonymous said...

pasti sedap nikan even simple pown

Zul fattah said...

fuhh.. lapar pulak rasa.. ni mesti sdap ni..

Unknown said...

terrenyer akak..sy beli je terrer..hoho..

kulit tu pon kdg2 sy bayangkan dh siap je kt giant..tp siyes x pernah buat lagi..haha

faraherda.razalan said...

Wahhhhhhhhhhhhhhhh! Sodapnyoooooo! Ayu tak cadang nak bukak bakeri ke? Berbakat betul Ayu dlm bakar membakar ni...

Unknown said...

ahahaha..sama lah kita ayu.. bercinta nak membaking skang ni..

MumMe said...

salam kenal...bw cari juadah mudah sambut tetamu syawal...

mamawana said...

cedapnyerrrrr