Masih bercerita tentang kisah semalam
Perjalanan kami arah pulang ke kulaijaya, melalui jalan lama.. dari pekan Ca`ah, terus ke pusat cendermata, barangan perkahwinan turut dijual dengan harga yang murah. Tempat ini semestinya yang paling popular masyarakat kalau ke johor.. Ayer Hitam…
Pasti korang selalu singgah ke sini, pelbagai barangan dijual dari buahan,makanan kering seperti keropok, dodol,kerepek dan barangan seramik seperti pasu dan pelbagai barangan seni masyarakat melayu turut dijual didaerah ini..
1 tempat yang paling popular bagi peminat putu bambu, korang wajib singgah ke balai polis ayer hitam yang lama.. lokasi keluarga Juriah mencari rezeki..Putu Bambu Special Juriah Ayer Hitam nama kedainya
Ramai pelanggan singgah kesitu.. sekotak putu bamboo hanya Rm 2.50 dengan 6 biji kuih tersebut didalamnya.
Rasanya sangat lazat, enak.. aku kagum dengan semangat perniaga tersebut kerana dengan menjual ditepi jalan mereka boleh menggajikan pekerja lebih dari 10 orang.. tahniah, baju pun sedondon bewarna oren..
Buah cempedak yang kami sekeluarga teringin sangat nak makan.. puas mencari, kali terakhir pada hari rabu lepas, harga sebiji jatuh Rm 46.. peeh! Ikutkan suamiku pasti dibelinya, mujur aku menghalang..
Dan.. rezeki kami, aku dapat harga yang sangat lumayan dan berbaloi bila isinya yang banyak dengan nilai RM20..