Photobucket Photobucket

CITARASA RINDUAN

Showing posts with label Biskut. Show all posts
Showing posts with label Biskut. Show all posts

Tuesday, July 30, 2013

Resepi BIskut Badam Ranggup super sedapp...

Gebu hasilnya...
Ranggup dan sedap rasanya..
Mudah dan cepat semasa membuatnya.
Itulah yang boleh dikongsikan tentang biskut Badam Ranggup resepi Blogger Dapur tanpa sempadan @ sifu masakkan CMG.... 2 tahun berturut-turut daku buat biskut ini. Dapat pujian kelas atasan kooo dari tetamu.. hahahhahaha. I Like!

Jomm semak resepi:
Sumber asal: DAPUR TANPA SEMPADAN
( Ayu minta icin copy paste resepi cmg ya)

BAHAN-BAHANNYA :-)
150 g mentega
100 g gula aising
1 biji telur gred A (berat kurang lebih 60 g sebiji)
1/2 camca teh esen vanilla
100 g tepung gandum*
100 g tepung kastard*
75 g tepung jagung (cornstarch)*(*disatukan dan diayak)
50 g serbuk badam
50 g tepung gandum (extra)

UNTUK HIASAN:-)
1 kuning telur
Badam cincang secukupnya

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Pukul mentega dan gula aising hingga berkrim. Masukkan telur dan esen vanilla. Terus memukul hingga gebu.
  2. Sementara itu gaul serbuk badam bersama tepung yang telah diayak, kemudian masukkan tepung tadi sedikit demi sedikit ke dalam adunan mentega, gunakan speed perlahan. Jika adunan kelihatan terlalu lembik, masukkan sedikit lagi tepung (50 g, extra), hingga adunan tidak melekit. (Biar kan sekejap adunan...)
  3. Ambil 1/3 doh tadi dan canai 1/2 cm tebal, terap dengan acuan kegemaran dan susun atas dulang pembakar, sapu kuning telur dan tabur badam cincang, tekan sedikit supaya badam melekat. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 175C selama 15 - 20 minit. Sejukkan atas jaringan sebelum disimpan dalam bekas kedap udara...

Monday, July 29, 2013

Resepi Almond London seriusss Rangup gile!!

Assalamualaikum, salam 20 Ramadhan sahabat alam mayaku yang beragama islam, wahhhh!! dah hampir menjelang syawal rupanya. Maafkan daku tidak dapat berlamaan di hadapan komputer, berniaga nasi campur dan mengambil tempahan biskut raya buatkan masaku terhad.

Terima Kasih tak terhingga buat pembaca baru dan pembaca yang sentiasa mengikuti blog CR, tiada yang indah di dunia blogging hanya kerana sokongan kalian buat diri ini. Love u alls...

Kalau korang nak tahu, inilah kali pertama daku mencuba resepi biskut di blog kak Nor (secubit garam, bukan secubit rasa ya puan Ayu... Bahahhaha, daku siratu typo!) Seriuss Ranggup gile Almond London beliau.. Terima kasih k.Nor atas pengkongsian kepada kami semua. Mudahan murah rezeki dan diberkati olehNya.

Jommm semak resepi beliau

Daku copy paste resepi beliau

Bahan:(150 biji)
250g mentega
125g gula halus
1 biji telur
1 sudu teh esen vanila
50g serbuk badam (optional)
200g tepung jagung}
300g tepung gandum}
1 sudu besar tepung beras}
1 sudu teh baking powder}-ayak bersama

200g kacang badam,digoreng tanpa minyak
50g badam cincang untuk hiasan
+/- 700g cokelat compound

Cara;
1.Pukul mentega dan gula sehingga kembang.Masukkan esen vanila dan pukul lagi.
Masukkan serbuk badam.Kacau.
2.Masukkan tepung yang telah diayak tadi,gaul rata.
3.Bentukkan doh bulat-bulat kecil/lonjong dan masukkan kacang di dalamnya.
4.Letakkan di atas dulang pembakar yang telah dilenserkan sedikit mentega.
5.Bakar pada suhu 200'C selama 20 minit.
6.Cairkan coklat dengan kaedah doubel-boiler.Celupkan biskut tadi dan letak dalam
kertas cawan.Taburkan badam cincang di atasnya.Biarkan ia kering.Siap disimpan.

Read more: http://www.secubitgaramnor67.com/2012/08/almond-london.html#ixzz2aNZOAFnU
(keadaan selepas dibakar, yang putih tu belum ditopping lagi, yang coklat tu. Korang sudukan sahaja guna sudu plastik KFC)

(Cara daku mencairkan coklat, ambil loyang A yang berisi air panas, panaskan oven kalian. Ambil periuk yang kecil dari loyang A, letakkan coklat masakkan. Dalam masa 10 minit In shaa Allah, coklat akan cair dengan baik. Ingat ya... Jangan termasuk air kedalam periuk yang berisi coklat)

PS: Percayalah... resepi almond london k.Nor memang ranggup. Bagi tekakku, adunan 3 jenis tepung membuatkan biskut ini memang sedap. Selamat mencuba.

Wednesday, July 24, 2013

Resepi Biskut Cornflakes Ranggup



Salam 15 Ramadhan buat pembaca blog CR, sekejap sahaja kita sudah berpuasa selama setengah bulan. Korang dah start buat kuih raya? Daku sedang kayuh perlahan-lahan, terujalah bila pelbagai biskut memenuhi ruang bekas balang tapaware. Malam tadi sempat daku buat 2 jenis biskut, bila ada pembantu yang comel dan kuat membantu, pastinya hati jadi riang. Terima kasih anakku Umai.

Kali ini daku buat Biskut Conflakes Ranggup, Umailah tukang jadi leraikan mangkuk kertas dan jadi tukang ramas conflakes. Hehehehhe.

Resepi biskut ini daku ambil dari blog kak Hayati Sinar Kehidupanku, terima kasih kak. Ayu minta izin syer dalam blog Ayu ya, moga ilmu diperpanjangkan.. Ameen


(Daku copy paste resepi beliau, bagi memudahkan sahabat membaca resepi beliau)

Bahan-Bahan
  • 250 gm mentega
  • 3/4 cawan gula aising
  • 1 sudu kecil esen vanilla
  • 1 biji kuning telur
  • 250 gm cornflakes(ramas2 sikit)
  • 2 cwn tepung naik sendiri
  • Mangkuk kertas
  • Ceri merah dan ceri hijau-dipotong kecil
Cara-Cara
  1. Pukul mentega dan gula aising hingga sebati.
  2. Setelah sebati, masukkan telur dan pukul lagi...setelah itu masukkan esen vanilla.
  3. Masukkan tepung naik sendiri dan cornflakes yg di ramas...gaul sebati guna senduk kayu je.
  4. Masukkan dlm mangkuk kertas dan hiaskan dngn potongan ceri merah dan hijau.
  5. Bakar dalam oven yg telah di panaskan pada suhu 170 C selama 15 minit.
  6. Biarkan sejuk di redai biskut. Simpan dlm bekas kedap udara.


(sebelum dibakar)

Tuesday, July 23, 2013

Resepi Biskut sarang semut


Sebagai suri rumah, pastinya lebaran yang bakal tiba kita mahukan tetamu datang beraya dengan makan masakkan air tangan kita. Lagilah di masak dengan penuh kasih sayang, Buat diriku, setiap Ramadhan tiba walau ku berniaga untuk juadah berbuka puasa kepada pelanggan CR, daku tetap membuat biskut atau kek pada waktu malam.. Itulah masa yang ku ada, hilang penat dan letih bila pandang masakkan kita terutamanya biskut memenuhi balang2 kuih raya. Kengkadang tu beli jugak biskut bila kengawan niaga, bantu membantu gituu...


Pagi semalam bila terpandang blogger Mas Duniaku syer gambar biskut sarang semut diFBnya daku terliur sama... Hinggalah tak sabar2 nak resepi. Dan kebetulan bila ku tidak online. Ibu dikampunglah jadi buku resepi untukku. Heheheh... Thanks Ibu.

Bahan-Bahan:
  1. Gula halus 1 cawan
  2. Buttercup/mentega/planta 1 cawan
  3. Tepung gandum 3 sudu 
  4. Tepung kastard 1 1/2 cawan (ikut gram kedua tepung adalah 400gram. Bila tepung gandum 50g, tepung kastard 350g ya)
  5. Kuning telur 1 biji
  6. Esen vanilla
  7. Mangkuk kertas. (adunan akan dapat 100biji)
  8. Hiasan - coklat rice

Cara Menyediakan:
1- Pukul gula dan mentega hingga kembang dalam 5-6minit
2- Masukkan telur kuning dan esen vanilla, gaul lagi.
3- Kemudian, masukkan tepung sedikit demi sedikit. Adunan akan lembut sahaja.
4- Parut adunan seperti gambar diatas.
5- Masukkan dalam paper cup dan hias dengan coklat rice.
6- Bakar pada suhu 180c selama 10minit.
Selamat mencuba.

Tuesday, November 16, 2010

Cik Mat Gebu abadikan biskut raya dengan Namaku.....


Hari nie…happy sangat…blogger masakan hebat abad kini, mengabdikan sebuah resepi berbentuk biskut…menghasilkan namaku….cinta ayu….terharu sangat..
Terima kasih Cik Mat Gebu….Ayu sangat hargai….rasa diri terawang-awang hingga ke sedenak….melayang-layang…..sambil kutip biskut raya ke Sungai Sayong, Kulaijaya…


P1210186
Hebatkan biskut raya Cinta Ayu ini, sambil mengemas pakaian untuk pulang ke kampong…tak kelip-kelip mataku….memandang biskut raya yang cik mat tayang diblog beliau…
Yang paling istimewa untuk resepi biskut cinta ayu ini, telah dipaparkan ke majalah jelita bulan September 2010..
Masa tu, aku di Hospital bersama en zalie, sambil layan majalah Jelita, sambil memperkenalkan staff nurse di HSI dengan Cik Mat Gebu,,,,heheheheh…hari-hari kami layan blog Cik Mat Gebu…
Kalau korang nak lihat dan mencuba resepi biskut Cinta Ayu nie…jom kita terjah ke blog Cik Mat Gebu…
BISKUT CINTA AYU....

BAHAN-BAHANNYA :-)
80 gram mentega
20 gram lemak sayur
45 gram gula aising
1/2 camca teh esen vanilla
1 kuning telur
150 gram tepung gandum*
30 gram cornflakes, kisar halus*(*disatukan)

BAHAN HIASAN :-)
1 kuning telur
Gula hiasan bentuk hati secukupnya
Croquant secukupnya

CARA MEMBUATNYA :-)

  1. Putar mentega, lemak sayur dan gula aising hingga sebati, masukkan esen vanilla bersama kuning telur, putar rata. Masukkan tepung + emping jagung kisar sedikit demi sedikit hingga menjadi doh. Biar sekejap.
  2. Canai doh tadi setebal 1/2 cm, terap dengan acuan bentuk hati dan alih ke dulang pembakar. Sapu kuning telur, tabur croquant dan hias tengahnya dengan bentuk hati.
  3. Bakar dalam oven yang telah panaskan pada suhu 170C selama 20 - 25 minit. Sejukkan atas jaringan sepenuhnya sebelum disimpan dalam bekas kedap udara..


PS: dah 2 kali ke rumah Cik Mat, bukan takat teko dan masakkannya hebat…layanan ibubapanya, Bak dan Mak Yah seperti berada di rumah kedua ibubapaku jua…..sempoi habissss ko……boleh gurau senda...