CITARASA RINDUAN

Tuesday, May 25, 2010

PENAT...TERIMA DENGAN REDHA

Assalamualikum...
selamat malam...maaf kepada sahabat sekalian....entry ttg cinta monyet itu akan ayu sambung lewat malam ini...bukan ayu mengada-ada nak melewatkan post entry tersebut..namun ada hal yang lebih penting yang harus ayu utamakan

Pagi tadi abah mertua mengadu sakit....memang dia ada masalah jantung...selepas check dan ditahan di hospital kerajaan...doktor menyesahkan abah tiada menghadapi apa-apa masalah berkenaan jantungnya....

Sebenarnya, masalah jantung abah nie dah lama sejak tahun 2006....apabila abah yakin, doktor dah sahkan tiada apa-apa yang membimbangkan...maka, abah berani hentikan ubat dari hospital swasta (pakar putri)

ayu dan family memang tak suka abah hentikan pengambilan ubat-ubatan dari hospital pakar..namun, abah kata...cuba dahulu di hospital kerajaan..................

Dan akhirnya...kebimbangan kami berbangkit semula....abah dah 3 malam tak boleh tidur,kakinya kembang seperti kelebihan air.....

Oleh kerana mak dan En zalie...menjaga kedai makan...Ayu mengambil keputusan menghantar abah ke pakar putri, johor.....Umai, diajak sekali..dah tak ada orang yang boleh menjaga anakku seorang...jam10 pagi gerak dari rumah..sampai 10.30pagi

Alhamdullilah...tiba dihospital dengan selamat..namun...tidak seperti hari biasa...hospital pakar putri dibanjiri pesakit....No giliran abah yang ke 26...doktor masih di wad kecemasan....Ayu kerisauan..melihat abah yang tidak keruaan...melihat abah menarik nafas yang terhenti-henti...

Nak jer masukkan abah ke wad kecemasan...abah menghalang...kerana dia risau akan musibah yang lain mendatang...Dengan hati yang pilu..ayu mengambil keputusan....tunggu hingga no giliran abah muncul....1 setengah tengahari barulah no giliran abah sampai...

Lega rasa dihati...doktor Diong..mengesahkan jantung abah memang menghadapi masalah...hanya ubat yang perlu di makan untuk meredahkan kesulitan...Memang ayu dah agak dari awal pemeriksaan...bengkak dikaki..harus dibuang ..cuba korang bayangkan dari berat abah 69 kilo...sekarang dah 77 kilo...(6kilo air yang tidak elok harus dibuang)...

Ayu mendoakan abah sihat seperti selalu...risau dengan penyakit abah...datang dan pergi.....

Insyallah..ayu akan post entry tentang cinta monyet......(tak elok melambatkan....), nipun dapat balik kerumah..selepas balik dari kedai....hari nie customer agak ramai..maklumlah..felda dan pekerja kerajaan dapat gaji.....tangan dah macam sotong....semua nak dipegang...dapat mandi dan menunaikan kewajipan..sekejap lagi bantu dikedai semula...dalam jam 10 malam baru boleh online semula..Ayu doakan korang sabar dengan masalah ayu..dan mendoakan kesihatan abah semula...

PS: Entry orang dalam kepenatan....ayat pun dah macam gurindam...alahai......


4 ulasan:

kasih suci said...

banyakkan bersabar ye sis...

Roronoa Zoro said...

saya x kisah kalo kak nak post esok pon.. yg penting tgk2 dulu kesihatan ayah kak.. saya pon risau jugak.. hmm..

cool dulu k? =)

Siti Ruhayu Ab Rahman said...

kasih..terima kasih sayang

Siti Ruhayu Ab Rahman said...

zoro...
terima kasih ats nasihat awak..
sis terharu...awak sentiasa singgah di blog akak...

semoga awak ceria2 selalu