CITARASA RINDUAN

Friday, May 28, 2010

BEN, ZLA, MAK ETI, AYIE,KD, AYU, ZALIE----- 100% CMG

Bekenaan terjah ke umah CMG…pasti ramai yang ingin tahu kesudahannya…..ayu sebenarnya dah tak tahu nak start dari mana..?...Maklumlah…semuanya ini adalah sesuatu yang paling bersejarah bagi kehidupan ayu….

Alhamdullilah…hanya tuhan yang tahu bertapa seronoknya perasaan ayu pada saat ini…dikelilingi para blogger yang begitu enjoy sekali…inilah nikmat yang tak terperi..

Mulanya tak sangka blogger sifu turun padang…join sekali rombongan…ingatkan nak offer pada blogger yang dekat-dekat sahaja…(maklumlah ayu faham …kebanyakkan blogger lain teruja nak join sekali rombongan ini tapi menghadapi masalah jarak dan masa). Terima kasih atas kiriman salam korang, ayu dah sampaikan…..kat CMG

Tapikan….serius nak kata…dah seminggu buat entry tentang terjah ke umah CMG…belum ada yang sudi join…tak apalah..ayu redha jer…kalau tak ada sesiapa yang join…maka, ayu sekeluarga sahaja yang pi terjah……(maklumlah dah janji…dengan tuan rumah)

Akhirnya….BEN ASHAARI dan KATANYA AZILA join sekali…saat tu….membuatkan perasaan macam ada bomm didalam…(aduh….tak sangkanya…Tapi…dalam tak sangka tu kan……bertukar menjadi reality).

Terima kasih atas kunjungan kamu sekeluarga…walaupun korang berdua datang ke Johor balik hari….kenangan korang ke rumah ayu menjadi sesuatu yang paling mahal kepada seri umah kami….(ingat kuih jer ada seri?.....umah pun ada gak seri…..kikikikik) jangan serik dengan layanan kami, semoga singgah lah lagi…

Kepada Mak Iti a.k.a siti INDRAWAti, walaupun saat akhir sms dari kamu..ayu nak ucapkan terima kasih atas kesanggupan keluargamu join rombongan ayu….(time nie terharu sebab anaknya yang demam tetap dibawa juga….)…suaminya yang cool tetap melayan kami dengan baik..terima kasih abang Razak dan anak-anak….harapan ayu..akan datang kalau ada gathering lagi..ayu akan ajak keluargamu sekali lagi…(korang memang spotting)

Kepada AYIE, bak kata BEN ASHAARI..kamu sanggup join walaupun disaat akhir rombongan kami hendak terjah….sesungguhnya itulah yang kak ayu hargai…sanggup join walaupun kak ayu belum pernah kenal kamu dan tak tahu link ke blog kamu…(hope kamu beri link blog kamu yer…)

Kepada KAK DIAN. Ayu sangat-sangat terharu dapat jumpa sekali lagi…walaupun kita berkenalan dalam FB…sekali lagi kita ditemukan….anak-anakmu amat spotting sekali….(sure si kembar iri hati…….aduss…jangan marah sikembar….sis doakan satu hari kita berjumpa sekali lagi)

Kepada CMG….(itulah misi kami..`terjah sampai puas`…), layanan anda bukan setakat VVIP…malah lebih dari itu….ianya akan menjadi satu kenangan yang paling bermakna bagi group kami…..Bukan sahaja kami berkongsi info permakanan, malahan kami dihidangkan dengan makanan yang amat berkhasiat..maklumlah..kami tengah diet…ayam,.sambal belacan, sambal goreng, ikan merah, ulaman, pelbagai kek dan puff disajikan dengan begitu lazat sekali..tanpa menyebabkan diet kami menjadi hancusss…..

Layan teko antic menyebabkan tangan nie gatal petik suiz kamera tanpa henti…sehingga En zalie, tidak dilayan,..nasib dia pandai bawa diri…(itupun gara-gara Ben yang pandai ambik hati) , maafkan ibu….dah over dengan isi barang CMG….indah blog CMG indah juga masakanmu itu….semuanya 100% adalah yang asli.

Akhir kata dari edisi terjah ini:-

  1. Kami menjalinkan hubungan blogger yang maya menjadi reality
  2. Pelbagai ilmiah dikongsi bersama-sama
  3. Tiada perbezaan harta, umur dan rupa…yang pasti….edisi ini melahirkan satu perasaan ingin bersahabat lagi..dan lagi….
  4. Keseronokkan berblog datangnya dari hati yang suci….dan melahirkan suatu ikatan yang sejati
  5. Yang pasti esok-esok kita jumpa lagi…..horeyyyyyy

PS: harapan ayu…akan datang kita bersua lagi…minta maaf kalau leadermu ini terlebih over..maklumlah..excited dapat terjah dengan blogger masakan yang spooting dan paling happy…….100 kredit UNTUK CMG……

12 ulasan:

cikgu isza said...

jeles lak dengar peluang yang ayu perolehi..
tak salah nak jeles kan..

ayu..
cuti sekolah nanti saya nak ke johor.. adik kawen dengan orang sana.. terasa ingin mengambil kesempatan bertemu dengan blogger dari johor.. boleh saya terjah ayu?

A-Y-I-E said...

Wahhh bestnya dapat terjah2 ke rumah orang macam ni.Hahahah.

Oh makcik rahayu..Ehh silap2..Oh kak ayu yang ayu tu..Huhuhhu..Btw terima kasih yer sebab meluahkan perasaan yang ikhlas tu dari hati anda kepada saya.

Tentang terjah2 ke rumah Mat gebu tu tadi memang best la.. yelah.. macam perdana menteri la dia sambut kita semua ni.. ahahahah

terharunya saya..Maklumlah saya ni blogger yang baru..Huhuhuhu.tapi tuan rumah and anda2 semua yang lain menganggap saya ni macam anak-anak anda.Aduh anak2 la pulak...

Yelah saya ni kan blogger lelaki yang paling muda la katakan kat situ.Huhuhuh.Umo pun baru 21..Hahahha

Btw, bila pula orang kulai mahu ke rumah saya di pontian??Ahaks..

Aha.. kak ayu.. gadis2 yang cun melecun tu tadi, siapa yer...Lalalala(dalam hati" nak kenal-kenal ngan dorang la")

Hahahhaha

Ohh sebelum saya tekan keyboard ini dengan lebih mesra jom baca pula entry yang saya telah buat untuk anda dan blogger-blogger yang lain pula

Happynya aku hari ini

Roronoa Zoro said...

bestnye.. wahhh.. ben ikut.? rasa cam nak ikut jugak.. ayie pon?? hehe..

cikgu nak gi johor x ajak zoro pon.. huhu~

Mat Gebu said...

salam puan...
Tu lah kan rasa mcm sekejap sangat semalam tu....rasa macam topik punya banyak nak borak, dah lah tu sessi suai kenal pun hancur..mana tak nya, lepas santap dah bukak topik lain....apa2 pun thanks a lot to en zalie (hubby ayu) yg spotting sangat..saya hampir2 tak sedar diri berborak...tu lah, malas tau nak mula borak (lagi2 pasal teko n antik), nanti kan sampai maghrib semua lepas koo, dasat kan aku. nasib baik hidangan jauh, kalau tidak kuah dalam lauk semua bertambah dek tempias mulut saya. Apa2 pun terima kasih buah tangan dari ayu tu yeaa.. Kalau sis_linn dan blogger setia yg dtg rumah saya join sekali....mau geger koo rumah, mereka pun sama macam kita2 ni, jenis sempoi dan sebarang....pstt ayie...ko kenan dgn anak dara semalam ek, dia basuh pinggan sopan santun u, sikit pun tak de bunyi..selowww jeee....hahahah..

Lelord said...

hahahhaha ayu siapakah gadis idaman dak ayie ni

fazilzura said...

salam kenalan ..


wahhh besh nyeeeeee so sesi terjah ni

Siti Ruhayu Ab Rahman said...

cikgu isza

ayu alu-alukan....semoga sessi terjah tu menjadi....(call hp jer...atau sms sure ayu balas...)

yeyeyeyeye....

Siti Ruhayu Ab Rahman said...

salam adik ayie yang cute

terbahak-bahak sis baca komen kamu itu...

memang lah kamu yang paling muda..tapi ada lagi yang bawah umur kamu..yang itu ...biarlah rahsia....

oooo...ada hati nak tackel anak dara itu...kikiki, tunggu entry special yer...

Siti Ruhayu Ab Rahman said...

zoro..
ben ikut..sis pun terkejut..

okey..sis alu-alukan kedatangan kamu dan cikgu isza...

Siti Ruhayu Ab Rahman said...

salam CMG..

alahai...saat ini perasaan ayu masih dalam mood mimpi...terawang-awang gitu

seronok dengan layanan CMG dan family...rasa dihargai..maklumlah terjah main suka hati...kikikikiki

amin..harap2 dapat datang lagi dengan blogger puan2...yang lain2...

Siti Ruhayu Ab Rahman said...

sis lelord..
memang cantik n gebu anak-anak dara yang join semalam..

yang mana tu..kena tanya tuan badan...(kontroversi sungguh si ayie nie)

oh yer....entry ttg itu ayu akan buat entry special yer...tunggu

Siti Ruhayu Ab Rahman said...

salam fazilzura

salam ziarah..terima aksih jenguk blog ayu ala-ala cincai gitu..