Photobucket Photobucket

CITARASA RINDUAN

Showing posts with label petua. Show all posts
Showing posts with label petua. Show all posts

Tuesday, April 3, 2012

Petua Sebelum Tidur




1. Jangan tidur bersama jam tangan - Jam tangan boleh mengeluarkan radioaktif. Walaupun jumlahnya tidak banyak, sedikit sebanyak ia boleh mengganggu kesihatan anda.

2. Jangan tidur dengan telefon bimbit - Meletakkan telefon bimbit bersebelahan anda ketika tidur adalah tidak digalakkan. Walaupun ada di antara kita menggunakannya sebagai alat penggera, para saintis telah membuktikan bahawa alatan elektrik dan elektronik termasuk telefon bimbit akan mengeluarkan sejenis gelombang yang tidak elok untuk kesihatan.

3. Jangan tidur dengan mekap yang masih melekat - Jika anda biasa tidur tanpa mencuci solekan muka atau di mana-mana tempat di bahagian kulit, ia boleh mengakibatkan masalah kulit untuk jangka masa panjang. Solekan yang tidak dicuci boleh menghalang kulit daripada bernafas dan mendapat pengaliran udara yang sepatutnya. Anda juga akan mengambil masa yang lama untuk mendapatkan tidur yang lena.

4. Jangan tidur dengan coli - Bagi wanita pula, anda tidak digalakkan tidur dengan memakai bra kerana ia dikhuatiri menyebabkan barah payudara. Memakai coli melebihi 12 jam adalah berisiko.

5. Jangan tidur dengan seluar dalam - Bagi lelaki pula, tidak elok memakai seluar dalam ketika tidur. Seeloknya pakai 'boxer' yang longgar dan selesa.

6. Jangan selalu sangat tidur telanjang - Hal ini juga penting kerana jika pada ketika anda tidur berlaku sebarang kemalangan/kecemasan, ia akan memudaratkan anda.



PS: kredit to FB Ensaiklopedia petua melayu lama..

~~tak dapat nak merempit ke blog sahabat yang lain,. Agak letih hari ini, bersilat di CR.. selamat malam sahabat~~

Friday, February 17, 2012

Sangat santai, hanya agenda makan-makan


Hari ini tiada agenda..
Hanya menu makan2 yang boleh ku kongsikan pada korang.... lauk tengahari seperti yang aku war-warkan pada entry pagi tadi…tiada penambahan, hanya ayam ungkap, sambal tomato dan ulam..pucuk ubi dan terung yang direbus..




Bersantai bersama2 keluarga dirumah, selain aktiviti tidur ianya memang sangat menyeronokkan.. sampai anak daraku kata!

Ibu, kalau hari2 ibuabah dirumah kan best..
Kata aku dalam hati, akibatnya makin gemuk lah ibu umai.. hahahah

Agenda petang.. pisang tanduk goreng, tanpa telur.. aku goreng guna tepung jer, nak rangup? Petuanya masukkan sedikit minyak goreng yang betul2 panas ke dalam bancuhan tepung.. Insyallah.. pasti ranggup… (berbasikal hanya dapat 3 km? pencapaian kurang bagus sebab hujan lebat)




PS: melayan mood petang dengan 3 kilo rambutan pulasan.. disinari pelangi yang menyinar buat kami… oh indahnya jumaat nan mulia buat kami sekeluarga

Tuesday, June 21, 2011

Lebihkan senyuman

Baru balik dari belanjer mentah untuk citarasa rinduan..
Oleh kerana barang banyak nak ku cari..
Ada sesuatu yang ingin ku kongsi dengan kalian..
AKU:Berapa harga ayam? ( stok ayam untuk sarapan pagi, sudah kehabisan.. selalu ku peruntukkan 3 ekor ayam untuk ayam goreng berempah KFC)
PERNIAGA: RM **.**, kak nak berapa ekor?
AKU: 3 ekor jer.. dik, mahalnya harga sekilo gram.. kak perniaga.. takkan tak boleh bagi murah… nanti kak datang lagi kalau adik beri diskaun.(kiranya first time aku beli ayam kat pasar)
PERNIAGA: Oooo.. boleh-boleh, tak ada masalah.. lagipun kak cantik.. no hal lah!!
Moralnya, korang kenalah bermuka manis, kena guna bahasa yang baik-baik… sebenarnya aku tak cantik.. tapi lebihkan senyuman.. heheheh

PS: badan agak penat.. dan nampaknya kena tidur awal.. selamat malam kawan-kawan.. ku cuti BW ke blog kalian….salam sayang dari Ayu Citarasa Rinduan untuk teman-teman

Thursday, March 17, 2011

Apa yang perlu aku lakukan supaya kesihatanku terpelihara

Sejujurnya…
Berniaga memang membuatkan diri kurang terjaga…
Nak berpakaian cantik pun tak mungkin
Nak bersolek lagilah tak munasabah..

Hanya cukuplah kalau aku katakan pakaianku bersih dari kotoran dah mencukupi..
Banyak mata-mata memandang bukan?…

**********************
Kadangkala kesihatan juga turut terabai…
Nak makan ikut masa lagi lah tak mungkin..
Hanya lebihkan minuman air ELKEN (suling)

Kadangkala orang sentiasa bertanya, dah makan???
Takkan aku nak kata belum??
Walhal makanan penuh di meja makanan..
Agak pelik bunyinya..

Jadi, apa yang perlu aku lakukan supaya kesihatanku terpelihara??

Aku amalkan mengunyah kudapan…
Biskut IKO adalah yang menjadi pilihan hatiku……



Yang pasti sarapan memang aku hanya sempat minum jus tomato buatan sendiri…



Makan tengahari?? Agak terlewat…jam 3 petang baru aku sempat makan…mujur perutku sudah selesa sebab mengunyah IKO…

Dan menu terakhir kuambil selalunya minum petang dalam jam 6 petang…..

dan hari-hari aku jika aku tak ada masa nak berGYM, jogging...aku kayuh rider dalam rumah selepas solat maghrib......

PS: harap-harap aku tak diserang penyakit gastric, badan sihat..hatiku riang…(pic aku pinjam mr google…)

Saturday, February 26, 2011

Kongsi Petua Dong!!!!

Berat Badan Bunga Citra Lestari Turun



Bunga Citra Lestari bersama suaminya.
SETELAH melahirkan anak pertamanya, Noah Sinclair, penyanyi Bunga Citra Lestari telah berjaya menurunkan berat badannya sebanyak 23 kilogram (kg).
Bunga agak gembira dengan penurunan berat badannya itu selepas bertungkus lumus berdiet serta membuat senaman untuk kembali ke penampilan asalnya.
"Sekarang saya sudah berjaya menurunkan berat sebanyak 23kg, tinggal sekilo lagi, saya akan mendapat tubuh badan yang asal," ujarnya kepada laman sosial detikhot.com, Khamis, yang ditemui di Jakarta Convention Center, Senayan.
Bunga mengakui, dia mempunyai tip diet yang sangat efektif sehingga mampu menurunkan berat badan dengan mudah.
Bagaimanapun, isteri kepada pelakon Ashraf Sinclair itu enggan berkongsi tip tersebut buat masa ini.
Bunga telah melahirkan Noah pada 22 September tahun lalu dan kini dia menikmati hari-harinya sebagai seorang ibu.
Kredit to mstar online

PS: agak-agak apalah amalan yang digunakan oleh bunga untuk mendapat semula berat badannya?
Moga-moga satu hari nanti dikongsinya ngan kita..kalau makan rebusan akar kayu tak ada masalah, takut kalau-kalau dimakannya produk yang mahal-mahal..terngangga ko……


Monday, February 21, 2011

Sarang burung......

Selamat Pagi isnin semua.....Sebenarnya, aku suka bila cikmat gebu berkongsi tentang amalan minum air/sop sarang burung….
Untuk sahabat semua, jom…ku kongsi info tentang menu sihat ini
 Sup Sarang Burung Ginseng

INFO 
  Pemakanan sarang burung diperkenalkan ribuan tahun lalu oleh masyarakat Cina. Ketika itu, sarang burung hanya dinikmati golongan diraja saja. 
  Setelah yakin dengan khasiatnya, pemerintah China mengisytiharkan dan menggalakkan rakyatnya m�engamalkan pengambilan sarang burung sebagai �minuman sampingan dan hing�ga kini, ia masih �diamalkan kaum Cina seluruh dunia. 
  Masyarakat Cina percaya setiap kepingan sarang burung yang dihasilkan itu kaya dengan protein dan vitamin. 
  Wanita pula beranggapan sarang burung adalah salah satu ramuan kecantikan. Ada yang percaya kandungan protein dan vitamin pada sarang burung boleh membantu melicinkan kulit dan awet muda. 
  Sarang burung juga baik untuk paru-paru, penghadaman dan membantu melindungi kekeringan menyeluruh ketika menjana sistem imunisasi. 
  Ia juga sesuai untuk wanita hamil kerana memberi banyak faedah kepada ibu dan bayi.



PIC KREDIT TO DTS-MAT GEBU,ada jua info yang cik mat kongsi..sila klik sini..Terima kasih cik Mat gebu

Wednesday, February 16, 2011

Petua senang dan selamat untuk kaum perempuan jer, (lelaki,Boleh baca ker?)



Selamat MALAM semula…….

Sebelum nak beradu, aku ingin berkongsi dengan kalian petua yang ku titip dari rancangan kesihatan di kaca TV2.

Jangan tak tahu…kalau bab kesihatan aku layan semua rancangan,,tak kisahlah kalau rancangan itu  di khaskan untuk bangsa hindi atau budhha..

Bagi aku apa yang penting, tak menyalahi hukum halal/haram disisi agamaku..

*****************************
Kebetulan, segmen kesihatan itu di hoskan oleh kaum India
Antaranya, segmen petuanya adalah;-..

Jom ku kongsi dengan kalian..semoga menjadi panduan untuk para wanita disana, kaum lelaki..boleh baca ker? Apasal tak boleh??? BOLEH baca dan mencuba…..

  1. untuk menyegarkan udang mentah-
 
kadangkala kita sebagai suri rumah, pasti membeli bahan masakkan untuk tempoh yang panjang seperti 3-6 hari..tahukah anda…bahawa ada cara untuk menghasilkan udang mentah sesegar seperti kita baru membelinya di pasar?

Caranya

·        Siang udang mentah tersebut,
·        Basuh dan masukkan dalam bekas.
·        Sebelum kalian ingin menyimpan ke dalam peti ais, gaulkan udang mentah tersebut dengan gula pasir……

Cubalah…….pasti kalian tak menyesal…aku dah praktiskan untuk bahan mentah di citarasa rinduan…..

  1. elakkan pijar/panas lada merah/pijar dijari

Lada? Kalau masak tanpa lada, ibarat tiada lagu dan irama……..heheheheh., melalut pulak..

Okey-okey ….. sambung semula, sekirannya anda risau tangan dan jari anda pijar/panas ketika menyiang, membasuh atau menumbuk lada basah atau kering
Jom…..ikuti petua ini

Caranya
Sila sediakan minyak, garam dan air suam

  • Rendamkan jari dan tangan anda pada air suam yang dicampur dengan garam, ambil minyak masak dan sapukan pada kesemua permukaan kulit yang dikuatiri terkena bahan pedas itu
  • Selepas itu, basuh sehingga bersih dengan sabun dan keringkan, selamat mencuba

2-3 kg seharian menghadap lada basah/kering/cili padi, bila ku guna pakai petua itu..alhamdullilah sampai sekarang tak pernah rasa pijar/panas dll

GAMBAR EHSAN DARI GOOGLE

Thursday, January 13, 2011

Kongsi menu.............

Selamat malam jumaat semua……

Diam tak diam….hampir setahun aku berblogging..wah sekejap jer masa kian berlalu

Dalam masa setahun nie, aku belum pernah tunjukkan kat korang tentang menu makan malamku…kebetulan tahun lepas aku memang bersungguh-sungguh kurangkan makan……….

Hanya ambil nasi tengahari sahaja…petang hanya makan buahan bila lapar, waktu malam 8.00 malam hingga tidur, aku tak ada ambil apa-apa makanan mahupun minuman….

Untuk pertama kalinya, kupaparkan kepada kalian menu makan malamku jam 6 petang……….

Tara……….

>
>
>
>
>
>
>
>
>

Nasi putih.

Ikan masin

Telur dada

Tomyam

Menu kena tukar kepada nasi untuk tahun ini..kesian kat perutku….kubiarkan kosong tanpa ada apa-apa makanan selama setahun…..

So……..lepas nie apa yang penting, aku tamo diserang penyakit gastric atau ulser usus……., korang lihat nie…..aku suka membajirkan nasiku dengan kuah..itu yang tak ada air minuman…kalau aku cari air juga..sure sendat gile kurasakan..

Korang makan apa malam nie..jom syer menu…….??????


PS: kurang makan salah, lebih makan pun salah..heheheeh

Sunday, January 9, 2011

Kekal menawan pikat suami

Kekal menawan pikat suami

INTIM... Mansura bahagia di sisi suami, Yusuf.

INTIM... Mansura bahagia di sisi suami, Yusuf.

SANDAKAN: “Walaupun kegarangan suami boleh diumpamakan seperti sang harimau yang pantang dicabar, itu tidak bermakna mereka tidak boleh dijinakkan.

“Seperti bayi yang akan berhenti merengek selepas dapat menyusu, begitu juga halnya dengan si suami yang akan layu ketika ‘disusukan’,” begitulah nasihat Mansura Sirai tanpa segan silu menceritakan rahsia kerukunan rumah tangganya bersama suami tercinta, Yusuf Susuk, 70, sejak lebih 50 tahun lalu.

Ibu berusia 65 tahun yang melahirkan 23 cahaya mata ini mengakui payudara isteri memainkan peranan utama bagi menawan suami dan mengelaknya beralih cinta kepada wanita lain.

“Sebagai isteri, kita harus tahu menjaga penampilan diri dari luar dan dalam selain sentiasa bergurau setiap masa, terutama di bilik tidur.


“Bayangkan perasaan suami apabila melihat tubuh kita kendur di sana sini, sudah pasti hilang selera untuk bersama dan menjadi alasan mencari pucuk muda yang lebih gebu,” katanya tanpa berselindung.


Mansura berkata, jika aset wanita itu sentiasa padat, kerukunan rumah tangga dan hubungan suami isteri sentiasa hangat.

Kesempatan menemui Mansura secara bersemuka membuktikan kebenaran kata-katanya.

Meskipun boleh dianggap nenek, tubuh Mansura seakan-akan tidak ditelan waktu dan kelihatan sihat seperti wanita berusia 30-an.

Penulis juga hanya menggeleng kepala sebaik diberitahu wanita berkenaan berusia 65 tahun dan memiliki 23 anak selain bercucu dan cicit.

“Payudara perlu dijaga sebaik-baiknya dan antara caranya ialah memakan jamu dan bersenam.

“Jamu boleh dibuat sendiri menggunakan barang yang mudah didapati di pasar seperti ibu kunyit, asam jawa, lada putih, sirih, manjakani, gula, garam dan telur ayam kampung,” katanya ketika ditemui Metro Ahad di sini, baru-baru ini.

Mansura berkata, pemakanan jamu membolehkan badan lebih sihat dan bertenaga serta menegangkan otot kendur, terutama sistem peranakan.

“Saya tidak pernah mengamalkan ilmu songsang atau susuk kerana ia perbuatan syirik,” katanya.

Selain 23 anak, termasuk enam yang meninggal dunia sebaik dilahirkan, Mansura turut dikurniakan 60 cucu dan empat cicit.

“Bayangkan selepas melahirkan anak, saya boleh berjalan seperti biasa keesokannya dan ke pasar seminggu selepas itu. Ramai tidak percaya, tetapi itulah hakikatnya,” katanya.

Mansura berkata, dia berkahwin dengan Yusof ketika berusia 13 tahun dan terus bunting pelamin, namun kurang bernasib baik apabila beberapa anaknya meninggal selepas dilahirkan.

“Anak pertama mak cik sepatutnya berusia 52 tahun tetapi meninggal dunia sebaik dilahirkan, manakala paling bongsu berusia 15 tahun dan menuntut di Sekolah Menengah Batu Sapi,” katanya.

Mengikut perkiraan kasar, pasangan itu memperoleh anak sulung iaitu Junaidah, 46, ketika Mansura berusia 19 tahun dan melahirkan anak ke-23, Jefry Aman, 15, pada usia emas 50 tahun. Malah ketika berusia 30 tahun, dia mempunyai lapan anak.

Menurut Mansura, ramai wanita kini mengabaikan penjagaan diri dan enggan mengikuti nasihat orang tua yang dianggap kolot serta ketinggalan ramai.

“Selain petua ketika bersama, suami isteri perlu bertolak ansur kerana alam berumah tangga mempunyai 1,001 cabaran dan dugaan.

“Ketika suami marah, kita sebagai isteri perlu berdiam diri dan jangan sesekali melawan kerana ‘harimau’ yang mengamuk pantang dicabar,” katanya.

Mansura berkata, perkara sama perlu dilakukan suami apabila melihat isteri dalam keadaan marah.

“Sebagai orang tua, saya hanya mampu memberi nasihat kerana sedih mendengar pasangan yang baru mendirikan rumah tangga sudah naik turun mahkamah untuk bercerai.

“Sedih melihat isteri yang masih muda dan cantik terpaksa menjadi janda pada usia muda,” katanya.

Mansura juga berkata, kewangan bukan masalah utama jika tahu menguruskannya.

“Saya tidak kaya dan hanya menetap di rumah kayu, tetapi suami tetap sayang dan sentiasa membahagiakan saya. Sebagai balasan, saya kini mengambil alih tugasnya mencari rezeki berikutan kesihatannya kurang baik kebelakangan ini,” katanya.


>Senarai nama anak pasangan Mansura dan Yusuf


1. Junaidah, 46, suri rumah (perempuan)
2. Jainal, 43, polis bantuan (lelaki)
3. Halimah, 42, suri rumah (perempuan)
4. Junaida, 41, suri rumah (perempuan)
5. Zubaidah, 39, suri rumah (perempuan)
6. Maisah, 37, berniaga (perempuan)
7. Hamidah, 36, berniaga (perempuan)
8. Mohd Dalfa, 35, pemandu lori (lelaki)
9. Mohd Alfiah, 32, berniaga (lelaki)
10. Hassan, 30, jurujual (lelaki)
11. Hussin, 26, tidak bekerja (lelaki)
12. Masnah, 27, suri rumah (perempuan)
13. Halimah, 25, - meninggal dunia ketika usia 15 tahun (perempuan)
14. Hafizah, 23, suri rumah (perempuan)
15. Mohd Rafi, 21, pekerja swasta (lelaki)
16. Norasikin, 18, penganggur (perempuan)
17. Jefry Aman, 15, pelajar (lelaki)

Nota: Enam lagi tiada nama kerana meninggal dunia sebaik dilahirkan.

kredit to metro online

**Bab petua

“Jamu boleh dibuat sendiri menggunakan barang yang mudah didapati di pasar seperti ibu kunyit, asam jawa, lada putih, sirih, manjakani, gula, garam dan telur ayam kampung,”

*** aku nak cuba amalkan...hehehhe, asal panjang usia perkahwinanku.jom...niaga ibu kunyit, asam jawa, dan lain-lain...sure cepat kaya..heheheheh****


Tuesday, December 28, 2010

Azam lama??? dapat ker menjadi kenyataan ??

Setiap tahun, pasti ada azam tersemat didadaku..yang pasti berjaya atau tidak bergantung kepada diriku sendiri..

Apa yang ingin ku kongsi dengan kalian, dengan rasa rendah diri..aku berjaya mengecapi azam tahun 2010..syukur…………………

*************************************************

Ku kongsi pengalaman untuk kalian, sebenarnya azamku pada tahun 2010…hanya ingin kurus dan sihat…bunyinya macam mudah kan??? Namun sebenarnya hanya orang yang benar-benar ingin ke arah itu mesti mempunyai semangat yang gitu….lagi-lagi aku nie berada dalam persekitaran yang dipenuhi dengan makanan..

Tergoda??? Siapa kata aku jenis yang kuat azam/iman??? Mulanya aku agak goyang dengan factor persekitaran..namun aku kuatkan azamku, kadangkala tahan jugalah air liur bila lihat customer makan…depan mata jer makanan banyak terhidang, pelbagai warna pulak tu..kus semangat ko…sebelah kedai pula, banyak makanan ringan, air gas mahupun roti yang bermacam aneka warna….

************************************************

Masa tu, aku dah kenal blogger ben ashaari ( aku belum ada blog sendiri), masa aku tulis di wall FB dengan ayat

“Azam nak kurus….”

Ben, dah klik like….wah…bila sifu aku dah bagi respon..takkan aku nak biarkan impian nak kurus macam tu jer, tak boleh main-main nie….

Tapikan. Time tu ben dah bagi sedikit petua dan cara-cara untuk meningkatkan metabolisma badan, macam makan biskut IKO, breakfast OAT, kunyah red bean bila rasa lapar, lakukan senaman ringan seperti ke gym dll…

Benda baru..mana ada hasil, lain lah aku makan ubat kurus macam dr Romzey jual tu….

Lagipun baru beberapa hari aku ubah rutin makan aku kepada saranan ben…belum ada hasil…………..

********************************************************

Pada awal tahun 2010 iaitu pada 9 hb January..renion batch aku telah berjalan…ramai kawan-kawan dah tegur dengan perubahan fizikalku. depa kata badan aku "bommmm...." tu dia...kecewa ko...sedih gile.... sabor jerlah....hehehehe

Nak lihat gambar aku semasa hari raya 2009 pada bulan November? Iaitu 3 bulan sebelum renion dijalankan??




Hehehehehe..agak gebu kan????

Nak tahu berapa berat badanku??? 72 kg….dah iras-iras pelakon syanie kan??? Hehehehe

Sebenarnya, selain factor aku dipenuhi dengan makanan, family en zalie mahupun en zalie sendiri tak pernah menegur sikapku yang suka makan…tak kisah waktu aku kunyah makanan….asal celik mata..makan…makan..

Bila ada order goreng nasi, sambil goreng aku makan sikit, bila customer tak ada order aku makan makanan ringan…mulut 12 jam asyik mengunyah..

Ini kenyataan…bukan omongan kosong…………….

********************************************

Sehinggalah….aku teruskan rutin yang ben telah sarankan…dengan ubah cara kepada arah positif..maksudnya aku lebihkan sayuran dan buah-buahan..makan malam??? Aku tak pernah ambil, kalau kantoi pun hanya balik kampong…mujur juga sebulan sekali 2 jer kesana… Kalau tak makan, merajuk pulak ibunda ku itu….

Oleh kerana aku ke gym seminggu sekali sebab gym berada sejauh 20 minit dari rumah...setiap petang, aku curi-curi masa berjogging

Kat kawasan felda mana ada taman, pusat rekrasi mahupun tasik untuk aku berjogging!!!..tapi, aku jogging di setiap peringkat rumah peneroka..….

Memang mulanya agak malu…ahli penduduk felda hari-hari menegur sikap aku yang asyik berseluar, berkasut (pakaian jogging)..berlari anak di hadapan rumah mereka…tapi..aku tak peduli..tetap buat hari-hari…malu tolak tepi…

Biasalah, perkara baru,….sendi-sendi agak goyang, lemah ko….rasa nak pitam dan sebagainya..pernah sekali awal pagi, aku berjogging hingga dikejar anjing..hehehehehhe…

Itulah dugaan……Semua halangan aku tak peduli..

Dan hasilnya…




Ini gambar raya tahun 2010 dan ini gambar aku sekarang…………

PS: moga-moga pengkongsian pengalaman aku untuk kurus dan sihat, dapat dimanfaat oleh sahabat yang ingin tahu rahsia atau petua aku berjaya lakukan untuk azam tahun 2010..terutama blogger eelobor, selamat berjaya…………….

Sunday, September 5, 2010

INFO BLOGGING DARI BEN ASHAARI....

Selamat malam….hari nie walaupun sibuk dengan penjualan terakhir di CITARASA RINDUAN, aku sempat online pada waktu malam sahaja, insyallah…kalau ada masa akan aku update selalu

Khas untuk para blogger baru atau yang dah lama…aku ada sedikit info kat korang..

Korang pun sudah semestinya kenal dengan blogger yang kuanggap sifu ini…BEN ASHAARI walaupun hampir setahun beliau blogging namun untuk FOLLOWER sahaja hampir ke 3,000.

Tahniah ku ucapkan…..untuk info yang berguna dari beliau…akan kuabadikan diblogku untuk dikongsi dan dimanfaatkan bersama.

  1. http://www.benashaari.com/2010/09/kesilapan-blogger-muda-follower.html (aku dah ubah kedudukan widget follower)
  2. http://www.benashaari.com/2010/09/blogger-muda-trafik-pembaca_05.html (untuk FB, aku selalu update entry yang selalu ku buat, tujuan supaya pembaca dapat mengetahui entry terbaru)
  3. http://www.benashaari.com/2010/09/kerap-update-atau-sekali-update-sehari.html (sesungguhnya kebanyakkan entry yang aku tulis banyak berkisar pada kisah hidupku, CITARASA RINDUAN dan info-info yang kuanggap amat bermakna..)
TERIMA KASIH, semoga info yang dikongsi dimanfaatkan bersama-sama....alhamdullilah. dapat kenal ben...yang tak lokek dengan ilmu blogging...

Thursday, September 2, 2010

PANDUAN PEMOTONGAN KUKU, PEMAKAIAN CINCIN- ikut sunnah Rasullulah-


Assalamualaikum, salam malam jumaat...hari nie kepenatan sikit, dengan cuaca agak panas,,,namun alhamdullilah rezeki khamis..makanan habis dijual...lepas solat, pergilah melawat ke blog-blog sahabat...lama tak tak ziarah mereka


Sempat gak update FB, perasan ada seorang sahabat minta war-warkan entry ini, so atas jasa kemanusian dan sesama islam, aku sebarkan. Sebenarnya untuk perhatian semua...aku memang amalkan pemotongan kuku ikut sunnah rasullulah, seperti cara pemotongan kuku, hari-hari yang sunat atau dilarang memotong.

Untuk korang aku sebarkan...

Sekarang ni ramai yang pakai cincin....tapi ikut suka dia je..

sunnah nabi jarang nak ikut ..

Dikatakan bahawa menyimpan sebatang jari kuku yang panjang,
dosanya sama seperti memelihara sekandang babi !!!! ..oppss
khinzir lembut sikit , jika kesemua jejari kita menyimpan kuku
yang panjang.... bayangkanlah dosa yang telah kita tanggung untuk
kesemua babi-babi tersebut..... potonglah kuku anda.

The Truth

Jangan ada niat simpan kuku panjang , walaupun hanya 1 mm atau pun
hanya jari kelingking. Bagi orang Islam adalah tidak sesuai
berkuku panjang atas apa alasan sekalipun kerana ia tidak
membayangkan kesucian dan ia juga bukan budaya kita apatah lagi
menggunakan tangan untuk beristinjak.

Orang Melayu yang berkuku panjang biasanya mempunyai anak yang
bodoh atau pun degil dan suka buat onar sebab diberi makan bahan
kotor yang berada di kuku jari emaknya semasa menyediakan makanan
seperti memerah santan kelapa, buat cokodok pisang, uli tepong,
dll. Apa ilmu pun yang di ajar pun tak akan boleh diterima masuk
ke dalam kepala.

Percayalah.

Untuk yang bujang beringat lah. Kalau hendak cari pasangan dan
mahu anak yang pandai dan mendengar kata pilihlah wanita atau
lelaki yang sentiasa berkuku pendek. Insya-Allah.

Additional info

Kuku panjang mempunyai sejenis kuman seperti yang terdapat dalam
najis manusia, iaitu E-Coli. Kuman tersebut tidak akan hilang
walaupun kita mencuci tangan dengan sabun. Oleh itu, sentiasalah
berkuku pendek untuk kesihatan dan kebersihan diri sendiri. Ini
tak termasuk korek taik hidung, telinga dan sewaktu dengannya..

Nasihat Nabi Muhammad Saw. kepada Saidina Ali kwj. sesudah
bernikah dengan Siti Fatimah iaitu anakanda kesayangan , Nabi
Muhammad Saw. berpesan kepada Saidina Ali iaitu kalau memakai
cincin pakailah di jari

1] jari manis
2] jari kelingking (anak jari)


dan jangan memakai pada jari
1] jari tengah
2] jari telunjuk

Nabi Muhammad saw. melarang kerana memakai cincin pada jari
telunjuk dan jari tengah adalah meniru cara berhias kaum yang
dilaknat oleh Allah iaitu kaum yang derhaka di zaman Nabi Lut a.s.

Perhatian

Cara memakai cincin adalah termasuk lelaki atau pun perempuan.

p/s: saudara dan saudari, sila nasihatkan kawan-kawan dan juga saudara-mara ataupun anak-anak tentang kaedah yang betul untuk berhias di dalam syariat Islam, kalau tidak sia-sia saja kita mendapat laknat dari Allah Swt. Nabi saw. memakai cincin dan kalau kita memakai cincin dengan niat mengikut sunnah Nabi saw. senang je kita dapat pahala.

DAH HABIS BACA TU SHARE LAH PD KEKAWAN YG MUNGKIN ADA YANG BELUM TAHU...INSYA'ALLAH BITAUFIQ MAANNAJAH....

((Adapun tentang jari mana yang hendak didahulukan ketika memotong kuku, al-Imam Ibn Hajar al-'Asqalani (10/345) menyebut:

لم يثبت في ترتيب الأصابع عند القص شيء من الأحاديث .... وقد أنكر ابن دقيق العيد الهيئة التي ذكرها الغزالي ومن تبعه وقال : كل ذلك لا أصل له ، وإحداث استحباب لا دليل عليه ، وهو قبيح عندي بالعالم ، ولو تخيل متخيل أن البداءة بمسبحة اليمنى من أجل شرفها فبقية الهيئة لا يتخيل فيه ذلك . نعم ، البداءة بيمنى اليدين ويمنى الرجلين له أصل وهو (كان يعجبه التيامن)

Maksudnya: "Tidak thabit dalam tertib jari-jari ketika memotong kuku sesuatu hadithpun... Ibn Daqiq al-'Ied telah mengingkari bentuk (memotong kuku) yang telah disebut oleh al-Ghazali dan orang yang mengikutnya, dengan berkata: "Semua cara-cara itu tidak ada asalnya, dan untuk mengatakan ia suatu yang digalakkan, ianya suatu yang tidak ada dalilnya, ia merupakan suatu yang tercela di sisiku, sekiranya seseorang menggambarkan, cara memotong kuku dimulakan dengan jari telunjuk tangan kanan disebabkan kemuliaannya, maka jari-jari yang lain, dia tidak akan dapat menentukannya dengan cara itu. Ya! memulakan dengan yang kanan samaada tangan ataupun kaki itu ada asalnya, kerana Nabi S.A.W. suka memulakan sesuatu dengan sebelah kanan."))

wallahu a'lam.


PS: Semasa usiaku 15 tahun, aku cuba bela kuku .....kuku kelingkingku, seorang sahabat lelaki, menegur caraku seperti membela sekandang babi....alhamdullilah, sejak aku dinasihatkan..aku tak pernah membela kuku....

Saturday, August 21, 2010

MENJEMUR TEPUNG? -masihkan cara ini menjadi amalan untuk membuat kuih muih-

(tq mr goggle)

Assalamualaikum,
selamat pagi....selalunya kan, bila lepas sahur ayu pasti menyiapkan kerja-kerja umah, sentiasa basah jari-jari nie dengan membasuh pinggan dan baju, kalau ikutkan mata nie,,,pasti terbabas subuh atau terlena hingga matahari meninggi, tahun nie alhamdullilah belum lagi ayu ulang perbuatan yang lalu...elok ayu membuat kerja-kerja kepada kebaikan...

Tapikan, dah beberapa ari cuaca kurang elok..hujan memanjang jer..rahmat Illahi..tapikan, memang nie yang berlaku setiap bulan ramadhan, kiranya nie hasil tinjauan ayu lah.. hujan di awal bulan rahmadan, penghujungnya cuaca akan panas..Tuhan maha kaya...

Teringat kat kisah ibunda tercinta, kalau dia menggoreng rempeyek..seawal 10 hari sebelum mengandum acuan pasti ibunda dah sibuk menjemur tepung dibawah sinaran cahaya matahari...yang pastinya..cara nie membuatkan rempeyek ibunda ranggup dan garing.

Bila si matahari bersinar, pasti berdulang-dulang tepung akan di jemur ibunda, ayu dan adik beradik yang akan menjadi penjaga setia, kadangkala si serangga ada jer yang suka nak menyinggah kat tepung ibunda tu. Kami kadangkala sering menyelat nak lari dari tanggungjawab..akhirnya kena se'das' dari jari ibunda....bila si tepung dimakan dek ayam betina.....adeh,

Agak-agak korang lah kan?,kaedah ibunda tu masih dia amalkan oleh sesetengah orang melayu kita di era ni? Bukannya apa kaedah ni kaedah lama...orang dahulu suka amalkan cara yang agak susah untuk menghasilkan rempeyeknya.

Sekarang nie zaman dah berubah,dah tak payah nak susahkan kepala. Macam-macam jenis tepung yang terbaik dijual dipasaran. Hanya kena pandai pilih sahaja, tapikan....cara lama tu lah yang buatkan kita berselera nak makan kuih tradisi.. tak gitu?

PS: teringat keenakan batang buruk, kuih suji, kuih makmur, bahulu....sedapnya....

Wednesday, April 7, 2010

BETIK


Malam nie, aku nak kongsi 1 petua khas untuk korang, idea nie timbul bila adik angkatku si ISMA HASHIM yang minta aku kongsi petua kesihatan....

Untuk permulaan, aku kongsi petua tentang betik, alah bijinya yang kalau kita mai campak kat mana2 tanah gerenti hidup, kebanyakkan mesti tahu, khasiat buah betik nie untuk memulihkan masalah penghadaman (bahasa kasarnya sembelit)...tapi kali nie aku kongsi untuk bahagian yang lain...

  • Untuk daun betik tu, selain buat ulam pucuk betik (khas untuk yang menghidapi darah tinggi) ianya elok untuk penyembuh luka untuk kaki yang terpijak kaca, CARANYA: tumbuk daun betik tu, dengan garam, kemudian sapu semuanya ke luka tersebut...Insyallah berkesan

  • Untuk bijinya pula, untuk mengubat rambut yang beruban, kadangkala bukan org tua jer yang ada uban, budak2 yang ada masalah rambut pun ada yang hadapi
CARANYA: ambil 2 senduk biji betik yang dah masak, jemur sampai kering dan goreng sehingga hangus ( bahasa aku dipanggil `sanggar`) , kemudian tumbuk sampai lumat, dah jadi serbuk korang campurkan dengan minyak kelapa...(senang jer beli kat pasar) . Lumurkan kat kepala korang setiap kali nak tidor...

p\s: untuk petua yang lainnya, akan aku kongsi utuk korang, kalau korang bagi cadangan lagi bagus...bolehlah aku bantu kalau aku tahu...