Berat Badan Bunga Citra Lestari Turun
SETELAH melahirkan anak pertamanya, Noah Sinclair, penyanyi Bunga Citra Lestari telah berjaya menurunkan berat badannya sebanyak 23 kilogram (kg).
Bunga agak gembira dengan penurunan berat badannya itu selepas bertungkus lumus berdiet serta membuat senaman untuk kembali ke penampilan asalnya.
"Sekarang saya sudah berjaya menurunkan berat sebanyak 23kg, tinggal sekilo lagi, saya akan mendapat tubuh badan yang asal," ujarnya kepada laman sosial detikhot.com, Khamis, yang ditemui di Jakarta Convention Center , Senayan.
Bunga mengakui, dia mempunyai tip diet yang sangat efektif sehingga mampu menurunkan berat badan dengan mudah.
Bagaimanapun, isteri kepada pelakon Ashraf Sinclair itu enggan berkongsi tip tersebut buat masa ini.
Bunga telah melahirkan Noah pada 22 September tahun lalu dan kini dia menikmati hari-harinya sebagai seorang ibu.
Kredit to mstar online
PS: agak-agak apalah amalan yang digunakan oleh bunga untuk mendapat semula berat badannya?
Moga-moga satu hari nanti dikongsinya ngan kita..kalau makan rebusan akar kayu tak ada masalah, takut kalau-kalau dimakannya produk yang mahal-mahal..terngangga ko……
6 ulasan:
perhh...dasyat...
memang kurus....
apa rahsianya yer ayu..
yela..memang turun mendadak tu..23kg bukan sikit..apa la agaknya kan..huhu
wahhh..mantapnya.. 23kg.. cik pulau nak turunkan 2kg pun xdpt2 lagi..
haishhh..^^,
artis ni senang sgt nak turun kan... lagi2 banyak yg sponsor ...
hehhehe akak nak kasi kempis jek perut ni lallalalaa
gile ahhh..eden nie nak turunkan 1kg pun payah..haha
Post a Comment