Photobucket Photobucket

CITARASA RINDUAN

Monday, February 28, 2011

Rahsia cinta Sarah & Shuib

Sabtu lalu merupakan hari bersejarah buat Siti Sarah dan Shuib setelah menyulam cinta lebih setahun. 

Mungkin ramai yang terkejut dengan berita ini memandangkan tiada gosip dan kisah cinta antara mereka yang dicanangkan sepertimana pasangan kekasih lain. 

Namun bagi Sarah, tiada apa perlu dihairankan kerana sudah tertulis jodoh antara mereka. Malah atas nasihat kedua-dua belah keluarga, mereka tidak mahu ikatan pertunangan yang termeterai antara mereka pada 16 November, berlanjutan lama. 

Secara jujurnya, Sarah mengakui hatinya bukan mudah untuk ditakluki mana-mana lelaki, apatah lagi peristiwa putus tunang dengan jejaka mat saleh, Mohd Harith Fuad Robinson, tiga tahun dulu, membuatkannya lebih berhati-hati. 

“Pertemuan pertama kami adalah ketika menjalani penggambaran sebuah drama. Ketika itulah kami mula mengenali antara satu sama lain. 

“Ketelusan, kesungguhan dan kesabaran Shuib untuk mendapatkan saya membuka pintu hati saya untuk menerimanya sebagai suami,” jelas Sarah yang melangsungkan majlis pernikahannya di sebuah banglo, Jeumpa D’Ramo, Bangsar. 

Dalam majlis yang serba sederhana itu, Sarah dan Shuib dinikahkan oleh Penolong Pendaftar Nikah, Wilayah Persekutuan, Mohd Nizar Mohd Nadzir dengan disaksikan oleh kedua-dua ibu bapa dan keluarga terdekat. 

Berkonsepkan ‘Kemewahan Tiga Dimensi’ atau 3D dari Ari The Weeding, pasangan mempelai ini kelihatan anggun dengan sentuhan busana berwarna ‘salmon peach’ daripada pereka terkenal, Hatta Dolmat. 

Manakala untuk persalinan kedua, pasangan ini kelihatan secocok dengan busana Inggeris berwarna pastel perang muda dalam sentuhan kemewahan baju jemeki dan mutiara. 
Sarah yang menerima mas kahwin RM1000 bersama sebentuk cincin turut menerima lima barangan hantaran berbalas lima kepada pihak lelaki. 

Akui Sarah terlalu istimewa buatnya, Shuib berkata, bukan mudah untuknya mendapatkan Sarah. 

“Saya pernah berhenti di tepi lebuh raya semata-mata untuk meluahkan perasaan saya terhadap Sarah. Masa tu hanya kami berdua sahaja dan saya nak Sarah tahu yang saya ni bersungguh-sungguh sukakannya. 

“Sarah adalah orang pertama yang buka hati saya untuk serius dalam hubungan dan dia juga membuatkan saya menjadi lelaki lebih baik,” kata Shuib yang sukar untuk menjelaskan betapa istimewanya Sarah di matanya. 

Seperti pasangan lain, Shuib dan Sarah juga tidak menolak kehadiran cahaya mata dan sekiranya diizinkan Tuhan mereka sedia memikul tanggungjawab itu. 

Ketika diajukan tentang destinasi berbulan madu, baik Shuib mahupun Sarah masih belum berkesempatan untuk merancang ke arah itu. Namun jika berkesempatan mereka memilih Ireland sebagai destinasi pertama.

Kredit to sinar harian online

8 ulasan:

Cikgu Nurin said...

Moga-moga kekal selamanya....

Ayu sihat ker..?

Cik Ecah said...

selamat dah dorang kan kak..hehe
sy jer belum..haha

azian said...

ireland tuh...harap jodoh berpanjangan...kl bulan madu kat sayong je pun tak pe kak ek...sape je yg nak dtg 12hb nnt?sy dah bgtau en suami...tgh tunggu lampu ijooo ni kak...hahahah!!

apdm said...

salam

semoga jodoh mereka kekal hendaknya...

Kasih Suci - Mama Damia said...

semoga diorang bahagia hingga selama2nya...Amin

Kak Mahh said...

Tahniah kepada pengantin semoga berkekalan hingga hujung nyawa.

said...

tahniah

selamat pengantin baru

(^^,)❤..

munna said...

tahniah buat mereka berdua... semoga berbahagia...