CITARASA RINDUAN

Thursday, February 10, 2011

Cagar anak pada along

Cagar anak pada along

 

JOHOR BAHRU: Seorang bapa durjana bukan saja mencagarkan anak gadisnya untuk melunaskan hutang dengan ceti haram atau along, malah menganjurkan pakej pelancongan maksiat dengan membenarkan mereka membawa zuriatnya itu bercuti di luar negara.
Ketua Biro Aduan Awam MCA Johor Bahru, Michael Tay, berkata perkara itu berlaku gara-gara kegagalan lelaki 50-an terbabit melangsaikan hutang kira-kira RM150,000 kepada sindiket berkenaan sejak lebih setahun lalu.
Beliau berkata, kecantikan dimiliki anaknya berusia 20-an termasuk bentuk tubuh menggiurkan selain wajah persis model dijadikan umpan oleh lelaki itu untuk terus berhutang dengan along di bandar raya ini.

Menurutnya, seorang ahli keluarga mendakwa lelaki terbabit ketagih berjudi di kasino di Singapura sehingga berhutang dengan along.



 “Perbuatan lelaki itu bukan saja menghancurkan masa depan anak gadisnya, malah mengakibatkan dia terbabit pelbagai masalah sosial.

“Difahamkan pada awalnya gadis berkenaan membantah perjanjian bapanya dengan along itu kerana bercadang melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi.

“Namun, dia terdesak dan terpaksa akur kehendak bapanya hingga menjadi pemuas nafsu beberapa along termasuk lelaki mata keranjang yang seusia bapanya,” katanya.

Tay berkata, bagi mengelakkan sindiket along menuntut hutang, bapa gadis berkenaan menganjurkan pakej pelancongan maksiat bersama anak perempuannya bertujuan menghiburkan lintah darat itu.

Menurutnya, along juga bebas bercuti dengan gadis itu mengikut tempoh diingini.

“Malangnya, kini anak perempuan lelaki terbabit semakin selesa dengan gaya hidup barunya kerana turut dilimpahi kemewahan. Ketika kami menghubunginya dan menasihatkannya, dia enggan mengubah gaya hidupnya, sebaliknya mahu terus bergelumang dalam maksiat itu,” katanya.

Tay berkata, kes membabitkan pasangan anak beranak itu antara 500 laporan ancaman along terhadap peminjam diterima Biro Aduan Awam MCA Johor Bahru sejak tiga tahun lalu.

“Pendedahan ini diharap menjadi pengajaran kepada orang ramai terutama penduduk di bandar raya ini supaya tidak berhutang dengan along selain membuang tabiat berjudi,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.

Tay menunjukkan Bintang Khidmat Terpuji yang diperoleh di Istiadat Penganugerahan Darjah, Tauliah, Bintang dan Pingat Kebesaran Negeri Melaka, baru-baru ini.


Kredit to metro online

PS: Semalam kerana merajuk, seorang ibu sanggup humban anak dari tingkat 6..hari ini, seorang bapa pula sanggup gadai anak, gara-gara hutang along…..
(Apa depa ingat anak nie, di lahirkan ke dunia ibarat robot dan barangan permainan ker????,)
Hanya yang pernah kehilangan anak atau yang belum memperolehi cahaya mata yang tahu kesedihan dihati tanpa tangisan dan ketawa anak kecil……

18 ulasan:

munna said...

tulah skrg ni... macam tak duduk kat malaysia dah... mcm kat negara org putih je bila baca citer2 macam ni

azzey said...

Ni bkn bapak ni tp biawak! Hish geram betol!!!

My Little Diary said...

salam,

bapak jenis apa ni???
bila nafsu menguasai akal... begitu lah jdk nya...

Citarasa Rinduan said...

munna--
kita 1malaysia, pelbagai kaum dan budaya...tapi bila berita ngeri ini dipampangkan.........
rasa seperti tak selamat lagi...mudak-mudah dijauhkan bala bencana...


azzey--
kita tangkap...kita buang dalam sungai..hehehehhe
tapikan azzey..sesiapa yang pernah rasa kehilangan suara anak yang merasai kepedihan dihati


MLD--
salam..selamat pagi MLD...
nafsu pada diri..terkorbannya anak2 hingga masa hadapan mereka terbatas..kasihan

miloais said...

bodoh bangang bahalul dan !@#$%^&*( bapak camni!
patut kerat 18 dan campak dalam sungai manusia tak de akal nehhh!

Citarasa Rinduan said...

iols--
jom.....
siapa dulu nak buat,....kak ayu takutlah..hehehehhehe

wahida said...

kuang hajau punya bapak!!!

Encik MamaT said...

ntah la.. apakah dulu tiada isu2 begini atau media sering memfokuskan isu sebegitu.. tapi takpe.. sekurang2nya kita tahu tentang realiti kehidupan... harap2 dijauhkan...

Ummi Hanie said...

bapak pun dah mcm bapak ayam...kesian nasib anak tu...dia pun dah tersedap dlm dunia hina tu...tanggunglah semua dosa2 atas kepala bapak tu kan ?

sarah-najwan said...

ni bapok gile..sakit jiwa..kureng
pegangan agama..sb tu berjudi..gadai anak..

jeBateja said...

sangat benggong ini manusia....nak jadi apa tah....

fyna said...

mcm2 da..
hhaaiiisshh.





jom singgah n follow2 belog saya..
http://inibelogfyna.blogspot.com/
http://shopiliciouz.blogspot.com/

kay_are said...

memang x betul nye manusia ni.. ade ke patut wat cam2 kat anak sendiri?? ish ish

kella said...

nauzubillah!

ya Allah..bukakanlah hati manusia ini beri petunjuk padanya kejalan yang benar...

aLieF si Muncung ManiS said...

gila ah bapa dia ni..sampai hati buat anak mcm ni...anak ada lah anugerah paling berharga..so,kena lah hargai dan jadi emas yg berharga..jgn la jadi sampah yg tak berharga...ambil ikhtibar...thanx for sharing citarasa rinduan...

siti murni said...

senang yer...ada anak dara..hutang keliling pinggang..gadai je anak tu. masalah selesai..haih...dunia..dunia..

FaraCuna said...

erk..tak pasal2 anak die masuk dlm kncah maksiat..

aihhhh....

alinac lover said...

sampai hati dia ya