Photobucket Photobucket

CITARASA RINDUAN

Showing posts with label MINUMAN. Show all posts
Showing posts with label MINUMAN. Show all posts

Sunday, May 19, 2013

Resepi Ais Blended Strawberry


Cuaca panas beberapa hari ini buat daku yang kesibukkan di kedai agak kepanasan. Memasak dan membuat air. 90% masaku berdekatan dengan bahan api. Wow!! air peluh deras ooooo...

Kalaulah dapat minum ABC kah!, cincau kah! Ais Blended kah! syokkkk ooooo.
Dan macam dirancang-rancang sahaja, adik iparku baru pulang dari Cameron Highland menghantar beberapa cendermata
Tara!!!

Syukur alhamdullilah, banyakkan.. Terima kasih Siti Hamizah Jamil. Moga murah rezekimu.
Tanpa buang masa, sebelum buah strawberry rosak, molek daku buat sesuatu. Hasilnya, seperti kehendak asalku, ais blended. TITIK. Bahahahhahaha

Jom, semak resepi
Bahan-bahannya

4 Biji Strawberry
1 cawan susu cair
2 sudu gula pasir
6 ketul ais
Hiasan : coklat rice berwarna warni

Cara menyediakan

  1. Masukkan susu cair, ais dan gula kedalam blender, blender hingga hancur.
  2. Masukkan buah strawberry, blander sekejap sahaja.
  3. Masukkan dalam mangkuk, dan hias mengikut kreativiti anda.
  4. Selamat mencuba




Horey!! stok banyak dalam freezer, esok-esok boleh minum sampai kenyang. Hahahahhah.

PS: masih kesuntukkan masa untuk berlamaan dilaman sosial, maafkan daku sahabat. Doakan daku sejahtera selalu ya, moga kalian juga baik2

Tahniah buat blogger SINAR RAUDAH dan suami diatas kelahiran zuriat sulung lelakinya pada 19 May 2013. (ku perolehi berita gembira ini dari beliau melalui SMS handphone) Beliau masih berada di hospital. Doakan supaya beliau dan baby cepat dcaj ya.

Wednesday, October 10, 2012

Sunday, July 29, 2012

Menu minuman berbuka : Sirap selasih



Walau hanya air sirap, tapi bila ditambah biji selasih.. Peeh!!!!! Lama daku tak pekena...
(nak minum banyak boleh jer, jangan sampai tak sempat berterawih ya. Hehehhe)

Wednesday, June 13, 2012

Wordless Wednesday (Episod 3, Kelapa Muda)



Kredit to my Ibu, turunkan kelapa muda buat anak,menantu dan cucunya)

(Auto post, tuan rumah sibuk di Kedai)




Wednesday, November 9, 2011

Tengahari kita layan??


 Layan time gini.. peeh!!! Memang sesuatu yang mengasyikkan…. Kannnnnnn….. 





PS: (gambar time dikampung), bila kat sana baru dapat makan aiskrim Malaysia, kalau kat sini susah nak cari ooooo.. EH!  Tempat korang ada jumpa tak??


Selingan~~ tamo ber `wordless wendesday!!!`


Thursday, August 18, 2011

Cari nie malam jumaat!


Malam nie malam jumaat eik??
Lepas solat tarawih aku cari nie.. buat penyejuk diri.. hehehehhehe..


Apasal rasa panas jer ya, hairan tu luar udara sejuk, tapi dalam hangat oooo
PS: sesekali nakal2.. boleh kan???

Wednesday, August 10, 2011

Monday, July 18, 2011

Kerana ABC punya angkara.........

Peeh!!
Cuaca panas tu……….
Sambil layan pelanggan, sambil memasak sempat aku update FB….. itu pun sebab alu terliur dengan ABC, tapi bukan ABC angka ya… (blogger cikali mmg nak kena piat telinga!!).  tapi Air Batu Campur..



Bila blogger eelobor tayang ABC yang dimakannya di taiping dengan family tersayang.. lagilah ku tergugat!!!!!!
Wah!!! Ada Aiskrim, ada buah Apple, ada buah-buahan campur……..
Aku nak itu!!, mana nak cari… takkan nak naik flight terbang ke perak kot!! NAK CARI ABC... NAK CARI ABC..................