Photobucket Photobucket

CITARASA RINDUAN

Showing posts with label DSLR. Show all posts
Showing posts with label DSLR. Show all posts

Wednesday, February 22, 2012

Wordless Wednesday (Part 25) Asal balik kampung barulah kamera itu digunakan









Auto post tuan tanah temankan suami ke hospital

PS: skill menembak tak ada, Cuma tahu tekan2.. hahahhahah (gambar lama, baru ada masa nak syer dengan sahabatku

(terima kasih buat sahabat2 yang komen di entry ini, jujur aku TERHARU!!!!)



Sunday, October 30, 2011

Ambil Kesempatan, curi-curi belajar Photografer..



Selamat pagi ahad semua
Wah!!! Dapat berehat malam tadi, buatkan aku menjadi orang baru… Jom kengkawan kita Kerja… buat yang bercuti seminggu tu… jangan malas2 ya…. Mulakan hari ini dengan cara dan rutin harian yang bagus untuk kita, Esok dah start kerja kan????

So.. bagi kredit buat diri kita sendiri.. SEMANGAT!!!!!!!!

Jom, layan aktivitiku beberapa hari bercuti ke kampung tercinta








Gambar 2 adalah hasil tangkapan daku dan adik lelakiku Muhamad Shahrul Nizam Ab Rahman, kredit buat blogger fotografer hebat ini juga!!!!

PS: belajar perlahan2… tapi kata adik aku, ko dah nak hampir setahun pegang DSLR pun tak tau apa2.. hahahha.. nak buat lagu mana, periuk dan sudip bolehlah!!

Wednesday, June 15, 2011

Wordless Wednesday (Part 1)


PS: setiap rabu aku perasan kawan-kawan buat entry tentang ww… so, join gak.. hehhehheh, Selamat Pagi Rabu sahabatku semua..... Jom Kerja

Sunday, June 12, 2011

Outdoor pertamaku...jom layan!!

Korang tahu kan, aku sangat2 mencintai dunia fotografie.. namun 2-3 bulan ini.. impianku agak terbantut…
Memang banyak job yang ku terima dari sahabat dan saudara tapi ke tolak tepi tawaran tersebut demi amanahku sekarang..

Tapi, pada hari ini 12 hb. Jun 2011 ku sempat menghantar sepupuku ke rumah mertuanya, majlis perkahwinan sambut menantu…

*******************
Terlanjur dah sampai.. aku jadi photografe bidan terjun….  Gambar-gambar majlis tersebut ku sedang upload dalam  FB.. tapi untuk sahabat blogger ku kongsikan gambar outdoor tadi, sayangnya.. hanya 4 minit masa outdoor tersebut, disebabkan cuaca yang tidak mengizinkan…hujan lebat ko...

Dan hasilnya, tanpa edit dan tanpa ku ubah apa-apa… untuk kalian……saksikan hasil percikkan pertamaku dalam sessi outdoor tersebut..





PS: tak sehebat photografer yang ada.. tapi sekadar nak penuhi minat dan impian ku..

~selingan… korang layan AF 9 eik!! Final kan malam nie?? Aku tak pernah ikuti,. nak tahu gak siapa juara, AF last lah katakan.. hehehe

Friday, April 1, 2011

Tanda kenangan untuk si itik kuning

Assalamualaikum…….

Pagi tadi, sebelum aku ke Bandar Johor, aku agak terharu bila blogger Nadirah si Itik kuning membuat entry khas kepadaku..

Oleh kerana entry itu terselit sebuah gambar nan indah…ku ambil tanpa malu-malu….
 
Sebagai tanda terima kasih di atas kuntuman mawar biru itu aku dengan senang hati menyerahkan sekeping gambar dari blog citarasa rinduan untuk beliau….


PS: nad, sila ambil yer gambar perkahwinan kami tahun 2003..buat kenangan padamu yang baik hati………….

**************************

Agak keletihan hari ini, walau citarasa Rinduan tutup, aku menguruskan pekerjaanku sebagai photographer, kerja-kerja edit sudah selesai..masa untuk print gambar dibuat hari ini….selesai juga gambar pertunangan sepupuku, dan telah dihantar ke tangan hak milik mutlak….

Untuk sepupuku itu aku sediakan pakej, sekeping CD, 1 album, 70 keping gambar berukuran 4r. 2 keping gambar berukuran 8r, dan sebuah beg pelbagai guna untuk simpanan album.. harap-harap sepupuku itu puas hati dengan hasil tanganku.

Saturday, March 19, 2011

Hasil Percikan pertamaku......ku persembahkan



Assalamualaikum

Alhamdullilah……berakhir kerjaku dalam sessi photografie majlis pertunangan sepupuku Nurasilah Dolmat dan bakal suaminya Helmi pada hari ini 19 march 2011 bersamaan pada hari sabtu, bertempat di kampong Jaya sepakat, Senai, Johor

Pengalaman pertamaku dalam dunia photografie memang pelbagai rasa…hanya Allah yang tahu saat hari ini ku lalui…

Buat sahabatku semua….ku persembahkan hasil percikkan pertamaku untuk kalian…..




PS: minta komen dan beri tunjuk ajar yer…….buat sepupuku...semoga hubungan kalian diakhiri ke jingang Pelamin......Amin



Wednesday, March 16, 2011

Terima kasih Blogger NorizamSabran


Aku curi masa sekejap, sementara nak siapkan tempahan makanan tengahari….lagipun tempahan untuk tengahari tak begitu sukar..hanya sayur kacang goreng (sambal goreng) dan ayam masak merah..air pulak sirap ais limau..

******************
Lauk pauk untuk diniagakan dah beres……..hanya masak 15 jenis lauk pauk….alhamdullilah dah sattle…..

*****************
Oleh kerana, hari sabtu..bakal mencipta sejarah untuk aku menjadi photographer…adalah aku belajar ilmu menembak, itupun hanya belajar ISO…lain-lain aku belum ada peluang lagi..
 Tips Asas Fotografi
Dan kebetulan aku mendapat ilmu daripada blogger norizamsabran…siap ada tips-tips nak ambil gambar pertunangan, perkahwinan, asas fotografie dan lain-lain….



Malam tadi, dapatlah aku belajar sedikit dari bro norizam..terima kasih bro…aku berlamaan di blog beliau…jom…kepada kaki photographer..kita sekodeng blog beliau. (pic kreadit to bro norizam)

PS: aduhai..makin aku belajar…makin banyak rasanya yang aku tak tau!!!

Tuesday, March 15, 2011

Aku bakal jadi photografer?

“Assalamualaikum, ayu…apa khabar? En zalie sihat?”

“Waalaikumusalam……alhamdullilah, semua sihat…”

“Ayu, cik ada hajat…..19 hb nanti anak cik bertunang…..boleh minta tolong ambilkan gambar yer?”

Glupp…..
(lain-lain perbualan aku hentikan…..pada mulanya aku dah lena dibuai mimpi pada jam 10. lebih malam tadi… Tapi,bila dapat panggilan dari pak saudaraku…terus besor biji mataku.) Terjojol ko……………


 ***************
Apa pendapat korang?
Dengan skill shoot gambarku yang ZERO
Mampukah aku membantu pak saudaraku pada hari bersejarah anaknya nanti?

PS:aku dah puas tepuk-tepuk pipi tanda aku bukan bermimpi……Aku bakal jadi photographer?????

Saturday, March 5, 2011

Percubaan pertama.......ku persembahkan.....



Sebenarnya., semasa pulang kerumah tenghari tadi..aku sempat buat bingka roti..
Sementara nak habiskan baki roti yang ada terlepek kat atas almari cabinet dapur tu…

Resepi nie amat mudah…hanya blander yang sedia ada…roti di rendam dalam santan…

Selepas siap masukkan dalam oven..kelam kabut kemaskan dapur yang aku selerakkan….

Start scooter terus ke citarasa rinduan jualan  makanan tengahari pula, lagipun manalah boleh tinggalkan en zalie lama-lama kan?...........
****************

Bila balik…adoiii…..agak geseng bingka rotiku…
Tapi, aku tak kisah…..
Nak tayang gak kat korang sebab nak tunjukkan skill gambar pertama yang berjaya aku ambil…..

Dan akhirnya


Okey tak????

PS: abaikan rupa bingka roti tu yer…hanya focus kat gambaor tu…..Buat blogger eelobor….amacam bro??? okey tak gambor tu??