Photobucket Photobucket

CITARASA RINDUAN

Thursday, September 16, 2010

TANGKAP LELEH BEB.................


Sekarang nie kan…aku layan channel MUSTIKA saluran 134….Konsert hebat sweet Charity- bagikan bermimpi yang dirakamkan di Esplanade, singapura pada 31 mei 2009.

Aku paling suka dengan kumpulan sweet charity…asalnya, aku mengemari kumpulan hebat ini disebabkan seawal pertunangan aku dengan en zalie…saban hari en zalie akan membuka CD kumpulan terunggul ini..

Hinggalah aku layan semua lagu-lagu dari kumpulan ini, lebih-lebih lagi aku menyukai Ramli Sarip..dengan lagu-lagu teratai, hujan, Kamelia, jangan tunggu lama-lama,sejuta wajah, bulat-bulat, Ribut, jangan tak jadi dan banyak lagi tajuk lagu yang sudah ku lupa. Namun, semua cd dan vcd masih dalam simpanan aku..

Jom, kita kongsi info tentang kumpulan rock ini..

Kumpulan Sweet Charity sebuah kugiran yang mula ditubuhkan di Singapura pada tahun 1967 oleh anggota asalnya iaitu Ramli Sarip (Vokal),Rosli Mohalim (Lewat 70'an Gitar) Joe Salim(Gitar),Wahid Warren(Bass), Rahman Sarbani (Drum)

Sweet Charity banyak mengadakan Roadshow di FunFair2 diseluruh Singapura dlm tahun 70an-80an,dan Sweet Charity jugalah yang mempopularkan muzik rock sehingga mereka dilabel sebagai Deep Purple dan Santana Singapura! Kebanyakkan kumpulan rock generasi baru seperti Search, Lefthanded dan lain lain yang seangkatan menjadikan lagu-lagu Sweet Charity sebagai lagu awal mereka sebelum meneroka jauh ke bidang muzik rock tanahair. Lagu-lagu seperti Kamelia, Teratai, Sejuta Wajah, Hilang Gelap Terbitlah Terang cukup memberikan kesan yang begitu mendalam terhadap industri rock yang baru menapak dirantau sini ketika itu. Menjadi masyhur di Nusantara melalui lagu Kamelia (lagu asal Ebiet G. Ade) yang telah diberi suntikan irama yang lebih 'keras' dengan suara nyaring dan serak basah Ramli Sarip.Sweet Charity juga terkenal dengan road show mereka di seluruh negara pada 1985 bersama Kumpulan Blues Gang yang ditaja oleh pengeluar kasut North Star. Walaupun membawa imej rock ala Deep Purple tetapi mereka amat kuat berpegang pada agama Islam, pernah terjadi di satu show di Ipoh , seorang promoter konsert telah menyuruh seorang budak menghantarkan arak sebagai hadiah dari promoter, tetapi alangkah terkejutnya budak itu kerana didapati ahli kumpulan Sweet Charity sedang solat @ sembahyang berjemaah sebelum konsert bermula.

Pada tahun 1986, Sweet Charity juga turut membintangi filem yang bertemakan cetak rompak iaitu filem Kembara Seniman Jalanan arahan Nasir Jani. Pada tahun yang sama,Ramli Sarip berpisah dengan kumpulan Sweet Charty dan menukar haluan menjadi penyanyi solo dengan album solonya yang pertama - RAMLI SARIP yang popular dengan lagu Panah Beracun. Anggota-anggota yang lain masih meneruskan kumpulan Sweet Charity,sehingga lahirnya sebuah album dengan menampilkan seorang penyanyi wanita bernama Zaitun,yang berjudul 'Sweet Charity '88'. Walaupun mereka telah lama tidak bersatu, tetapi pada tahun 1995,mereka telah melakukan 'reunion' dan bersama atas nama Sweet Charity dan yang paling masyhur sewaktu di Stadium Negara, KL. Tampil dengan irama rock sejati tetapi masih mengekalkan unsur-unsur kemelayuan sebagai contoh seperti lagu Bulat-Bulat, Jangan Tunggu Lama, Zakiah.


Ahli:

§ Dari 1967 hingga awal 70'an

1. Ramli Sarip - vokalis utama

2. Joe Salim - gitar

3. Wahid Warren - bass

4. Rahman Sarbani - drum

§ Dari awal 70'an hingga pertengahan 70'an

1. Ramli Sarip - vokalis utama

2. Joe Salim - gitar

3. Wahid Warren - bass

4. Rahman Sarbani - drum

5. Yong - Keyboard

§ Dari pertengahan 70'an hingga lewat 70'an

1. Ramli Sarip - vokalis utama

2. Hamdan Atan (lebih dikenali sebagai A Ali (Kembara)) - gitar

3. Rosli Mohalim - bass

4. Rahman Sarbani - drum

5. Ahmad Jaffar - Keyboard & vokalis kedua

§ Dari lewat 70'an hingga tahun 1981

1. Ramli Sarip - vokalis utama

2. Rosli Mohalim - Gitar

3. Syed Hassan Al-Attas (Allahyarham) - bass

4. Rahman Sarbani - drum

5. Ahmad Jaffar - Keyboard & vokalis kedua

§ Dari tahun 1981 hingga tahun 1982

1. Ramli Sarip - vokalis utama

2. Rosli Mohalim - Gitar

3. Syed Hassan Al-Attas (Allahyarham) - bass

4. Rahman Sarbani - drum

5. Masrom Abd Hamid - Keyboard

§ Dari tahun 1982 hingga tahun 1983

1. Ramli Sarip - vokalis utama

2. Rosli Mohalim - Gitar

3. Syed Hassan Al-Attas (Allahyarham) - bass

4. Rahman Sarbani - drum

5. Sarwanie "Wan" Ahmad - gitar & keyboard

§ Dari tahun 1983 hingga 1985

1. Ramli Sarip - vokalis utama

2. Rosli Mohalim - Gitar

3. Syed Hassan Al-Attas (Allahyarham) - bass

4. Sarwanie "Wan" Ahmad - gitar

5. Ahmad Jaafar - keyboard & vokalis kedua

6. Rahman Sarbani - drum

§ Dari tahun 1985 hingga 1986

1. Ramli Sarip - vokalis utama

2. Rosli Mohalim - Gitar

3. Syed Hassan Al-Attas (Allahyarham) - bass

4. Ahmad Jaafar - keyboard & vokalis kedua

5. (Tidak Diketahui) - drum

§ Ahli-ahli yg pernah sertai Sweet Charity selepas 1986

1. Yantzen - Vokalis

2. Zaiton - vokalis


1. ALBUM SWEET CHARITY : Seniman Di Rantau / Teratai / Bayang-bayang / Hujan (karya M Nasir yang terawal) / Tak Sepertimu /

1. (Tahun : 1979 Edaran : WEA)

2. ALBUM PELARIAN : Kamelia / Terharu / Bagaikan Bermimpi / Musibah / Pelarian / Curiga / Bulat-Bulat / Dekatlah Padaku / Zakiah / Biarkanlah

1. (Tahun : 1980 Edaran : WEA)

3. ALBUM SEJUTA WAJAH : Sejuta Wajah / Jangan Tunggu Lama-lama / Tahun 2000 / Asmara / Hilang Gelap Terbitlah Terang / Sentosa / Asmara / Raja Kumbang / Sharifah Aloya / Terpedaya / Jalan Malam

1. (Tahun : 1981 Edaran : WEA)

4. ALBUM PENUNGGU : Dia / Haji / Penunggu / Mengapa Sangsi / Jangan Tak Jadi / Dalam Kerinduan / Perjalanan / Nada Penyesalan / Apa Khabar Sayang /

1. (Tahun : 1982 Edaran : WEA)

5. ALBUM BATU : Dunia Perlumbaan / Manusia dan ABC / Ada Kerja Ada Gaji / Orang Asing / Batu / Pesta Muzik / Generasi Muda (Instrumental) / Datang Dan Pergi /

1. (Tahun : 1983 Edaran : WEA)

6. ALBUM KOLEKSI : Ikrarku Pada Ruzanna / Apa-apa Saja / Ribut 10:59 Pagi

1. (Tahun : 1984 Edaran : WEA)

7. ALBUM BERITA GEMPA : Bunga-Bunga Cinta / Berita Gempa / Rock n Roll / Dendang Remaja / Wanita / Nyala Semarak / Lahirmu Bukan Untuk Dunia / Permata Hati /

1. (Tahun : 1985 Edaran : WEA)

8. ALBUM SWEET CHARITY '88 : Padah / Cinta Dan Cipta / Peracun / Jangan Rayu Ku Lagi / terpedaya / Dalam Kenangan / Angkara Iblis Dan Syaitan / Melodi Untuk Ina (instrumental) /Jangan Laju Laju / Kedamaian

1. (Tahun : 1988 Edaran : ASP)

PS: layan lagu rock time raya…okeylah dari makan ajer..

2 ulasan:

penjejak maya said...

salam,

entri ni tanda penghormatan untuk kumpulan sweet charity kan..

p/s: saya minat gak kat papa rock tu hehe..

Unknown said...

salam

PM, sungguh ayu hargai kumpulan ini sebagai penyeri dan penghibur tanah air...

ps: sama2 minat...boleh duet nie...hehehe