Photobucket Photobucket

CITARASA RINDUAN

Thursday, September 16, 2010

SYURGA DI PAGI SYAWAL


Sekarang nie tengah layan cerita SYURGA DIPAGI SYAWAL…syok ooo layan cerita nie…disaluran prima 105. drama yang pasti meningalkan kesan dihati korang..lebih-lebih lagi sebuah kehidupan berkeluarga..

Sebelum tu aku google dulu…keputusannya:-

SYURGA DI PAGI SYAWAL (Telefilem)
Isnin, pukul 12.00 tengah hari, 13 September 2010

Kisah ARIL, budak yang degil dan terlibat dengan kegiatan lumba motor dan mencuri di kampung itu. DATUK dan NENEKnya sering menjadi bahan dimarah oleh orang kampung dan bila mereka memarahi ARIL, ARIL pulak mengugut untuk meninggalkan mereka. Aril memasang impian untuk ke KL kerana benci hidup miskin. Di melarikan diri ke KL bersama rakannya dan mula menyedari erti kesusahan dan betapa dia bersyukur mempunyai keluarga. Akhirnya Aril pulang ke Kampung untuk menjaga Datuk dan Neneknya. Tiba-tiba muncul kes tuan tanah meminta tanah daripada datuknya. Datuknya berkata tanah tersebut telah dibayar kepada arwah bapa Ali tetapi tiada bukti. Apakah kesudahan kisah Aril sekeluarga?

Pelakon: Datin Mariani (Nenek), Abu Bakar Omar (Atuk), Shaheizy Sam (Aril), Vanida Imran (Rohayu), Kaza (Taha), Hafiz Anak Wayang (Apis), Hairi Anak wayang (Syam), Mak Nab (Mak Jah)

Jalan cerita mengikut kacamata aku..

Mengisahkan kehidupan seorang pemuda kampong yang dijaga oleh atuk dan neneknya..kehidupan aril yang sangat bebas, dengan kaki rempit, kaki ganja, pencuri dan kaki perempuan

Seorang cucu yang tak pernah menghargai apa yang ada, ada skandal dengan janda berhias dan tidak menghormati keluarga yang sedia ada…

Akhirnya aril ambil keputusan berhijrah di kuala Lumpur, disitu lah aril merasakan perit mengharungi kehidupan, dan akhirnya mengambil keputusan menjaga keluarganya dikampung.

Hanya Allah yang tahu saat aku menonton drama ini…syurga di pagi syawal, mengheret aku memahani erti sebuah kasih sayang si nenek dan atuk terhadap cucu tersayang, walaupun dihina di maki..namun mereka masih mengharapkan kehadiran cucunya kembali ke kampong.

Namun, bila di kampong,,keluarga aril menghadapi masalah..berkaitan dengan urusan tanah yang mereka duduk, aril mengambil berat tentang masalah atuk dan neneknya..hingga menyelesaikan masalah yang berlaku

PS: arahan RASHID SIBIR....pasti menyedihkan...

11 ulasan:

Ah Win said...

salam nk tanye...

pasal cite ni kan,
ape motif die jumpa si ayu tu..lepas tu mcm merempit pulak lepas tu?..
pastu dia mati,kan?

motif? motif?

(ngaaaaaaaaaaaaaaaaaa...tensen bile cite sad ending) T_T

Unknown said...

Ayu, orang kata bila dah kena, baru terngadah. Biasanya macam tulah. Akak pun pernah melalui situasi begitu. Tapi taklah sampai memaki hamun mak bapak. Cuma gagal mendengar teguran dia orang aje. Sekarang menyesal tak sudah. Ha ha ha.

Pasal motif tu kan, cewah, macam aku tengok cerita tu, tapi bila kita amati realiti hidup, kadang tu tak masuk akal bila kita kenang balik perangai si mati sebelum menemui ajalnya. Macam budak seorang tu yang beria-ia nak naik motor ke masjid, sedangkan sebelum tu dia naik kereta. Rupanya ajal dah menunggu dan dah tersurat ajalnya sebegitu. Ingat cerita malaikat maut yang menghadiri kenduri di rumah Nabi Sulaiman? Lepas tu dia nampak orang yang akan dicabut nyawanya beribu batu dari situ, berada di rumah Nabi Sulaiman. Sedangkan ajal orang tu akan tiba dalam beberapa minit saja lagi. Then, orang yang sudah sampai ajalnya tu pun perasan renungan tajam malaikat maut tu, lalu dia meminta Nabi Allah Sulaiman hantar dia ke suatu tempat yang jauh, kerana bimbang dia akan diapa-apakan oleh orang yang merenungnya tadi. Dan, Nabi Allah Sulaiman memerintah angin membawa lelaki itu ke suatu tempat yang beribu-ribu batu jauhnya. Dan siapa yang menunggu di sana? Lelaki yang merenunginya di majlis Nabi Sulaiman tadi. Itulah kot yang cuba disampaikan oleh penulis skrip tu. Ceh, panjang lebar pulak aku buat kuliah malam ni. Ha ha ha... sorry Ah Win, akak tak ada niat untuk mengajar. Saja berkongsi pendapat. Harap Ah Win tak kisah.

penjejak maya said...

salam,

cite pe ni tak pernah dgr pun hehe..

azieazah said...

Masa drama ni tadi, Kak Azie baru balik dari kampung, so agak penat dan anak2 pulak layan citer omputih.

Sorang kawan call semata-mata soh tengok citer ni di 105. Lagipun HAFIZ AW tu anak kawan Kak Azie juga. Sayang tetap tak tengok sebab anak2 tak leh kompromi sebab dah mula layan citer depa.

Harap2 ada ulangan, dapat tengok nanti. I like Rashid Sibir punya arahan.

Unknown said...

ah win

bagi kacamata ayu kan...
kiranya si aril nak minta maaf sbb ada salah ngan ayu semasa dia nakal...

kiranya motif dia nak selesaikan semua yang dia pernah bt salah kat orang yang dia kenal

mmg dia meninggal...time rempit...

bak kata sis elee...orang nak meninggal mmg berlaku perubahan tanpa disedari..

Unknown said...

sis elee

tq lah ingatkan ayu ttg kisah nabi sulaiman tu...

mmg ayu ada baca ttg malaikat yang nak cabut nyawa sahabat nabi...

bab perangai si matikan...kalau sebelum meninggal,..mmg akan berlaku sesuatu yang tanpa mereka sedari

mcm arwah atuk ayu pergi...walhal..sebelum dia hembuskan nafas..semua anak beranak dok hadap...time dia pi..sorang tak jumpa...mcm ada sesuatu y lebih penting

hanya allah yang tahu

psst..panjang lebor komen sis kat entry ayu kali nie...terima kasih yer laling....luv u

Unknown said...

PM

citer nie dimainkan tengahari pada hari isnin dalam jam 12 tengahari.

kiranya ayu tengok ulangan..

akan ada lagi...percayalah..biasalah ulangan..

Unknown said...

sis azie

mmg lah kan...kalau sis dapat ikuti jalan citer nie...mmg menyedihkan

tapi....ending nya ala2 kata ah win...

tiba2 ada kematian...so, kena gali sendiri lah motif syurga di pagi syawal nie sendiri

sis.....sure akan ada ulangan....ayu pun suka pengarah rashid sibir bt drama...tangkap leleh..

hamzah ian said...

dah lame tak tngk tv ni cik kak.. hoho..

lg lg citer melayu.. hoho

Ah Win said...

tp..ingt dia dah insaf..rupanye kemaruk merempit lg..

betul kot omputih kata;
"old habits die hard"

Fatimahazzahra said...

Bagi saya pengarah beri kita 2 ending. 1. Dia kawen dgn ayu n berbakti dgn kluarge. 2. Dia mati di malam raya... Macam filem sepet. Endingnya terpulang pada penonton untuk memilih. Seni la kata kan,,,