Photobucket Photobucket

CITARASA RINDUAN

Wednesday, September 29, 2010

"Darling" didenda RM15,000 guna dokumen palsu


KUALA LUMPUR: Pelakon dan penerbit drama Nasreen Ngasri, lebih dikenali sebagai Darling dikenakan denda RM15,000 atau penjara tiga bulan oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tuduhan menggunakan dokumen palsu, tiga tahun lalu.

Hakim Jagjit Singh menjatuhkan hukuman itu selepas Darling mengaku bersalah bagi pertuduhan alternatif berhubung penggunaan dokumen palsu. Jagjit dalam keputusannya berkata hukuman itu selepas mengambil kira beberapa faktor dalam hujah peguam bagi Nasreen, Amir Feisal Ariff. "Antara perkara yang diambil kira dalam menjatuhkan hukuman ini ialah tertuduh tiada rekod kesalahan lampau, tertuduh juga telah mengaku salah, kesal, insaf dan ingin meneruskan hidup baru sebagai isteri dan bakal ibu, " katanya. Nasreen, 27, didakwa menggunakan dokumen cagaran berharga palsu iaitu "Director's Circular Resolution Nasridz Pictures Sdn Bhd" bertarikh 16 Ogos 2007. Pelakon itu yang kini hamil dua bulan didakwa melakukan kesalahan itu di premis RHB Bank Berhad, Tingkat 1, Tower 2, RHB Centre, 426, Jalan Tun Razak di sini. Untuk kesalahan itu Nasreen didakwa mengikut Seksyen 471 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 465 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya.


Terdahulu, Amir dalam rayuannya memohon agar diberikan hukuman berbentuk bon berkelakuan baik atau denda ke atas anak guamnya memandangkan pelakon itu mempunyai rekod bersih sebelum ini. "Tertuduh merupakan seorang pelakon tempatan dan dahulunya adalah salah seorang pengarah syarikat Nasridz Pictures Sdn Bhd sejak 2003 dan akibat insiden ini tertuduh tidak mendapat sebarang kontrak lakonan dan tidak menerima sebarang pendapatan dan kini beliau merupakan seorang suri rumah sepenuh masa," katanya.


Amir memberitahu, mengikut fakta, Nasreen tidak memasukkan cek itu tetapi menggunakannya untuk membuka akaun di RHB bank bagi syarikat itu di mana tertuduh dan pengadu, Mohamad Ridzuan Mat Hussin, 34, juga salah seorang pengarah dan pemegang syer setara dalam syarikat itu. "Pembukaan akaun itu bukan untuk tertuduh sendiri tetapi untuk syarikat itu agar wang syarikat yang diterima dapat didepositkan, oleh kerana pengadu dalam kes ini telah membekukan akaun syarikat asal iaitu akaun CIMB," jelasnya. Pelakon itu membayar denda tersebut. -Bernama

kredit to metro online...klik sini


PS: dah buat, kena terima akibat....................

7 ulasan:

Chilabaey's Spot 2 said...

Macam2 budak2 sekarang... Berani tak bertempat... Itulah malam tadi tgk berita pasal tu... :(

Miss Mirror a.k.a Sam said...

Ooo tgh pregnant ya si Darling ni? Alhamdulilah...

honey amour said...

oh ho..berani sungguh...

azieazah said...

Moga menjadi pengajaran dan tauladan. Tak kira siapa, undang2 tetap undang-undang.

CT said...

Bagusnya dia mengaku..abis cite. Pengajaran yg bguna utk dia dan masyarakat skeliling...

Nur Hawa Mohd Zin said...

dengar gak pagi tadi kat radio..baguslah mengaku...bayar terus setelkan...akak nak tau, dia ni kawen ngan orang kat tempat awe tau..

Cetusan said...

saranan elok kalau nak buat yg tak betul biar sampai sejuta berbaloi