Photobucket Photobucket

CITARASA RINDUAN

Wednesday, September 29, 2010

KISAH HARI RABU YANG AMAT PANJANG-Ikut Versi Aku-

Assalamualaikum..salam malam rabu, alhamdullilah…seawal jam 5.30 pagi aku dah menguruskan en zalie dan umai untuk bersiap ke Hospital Sultan Ismail (HIS), sampai ke hospital dalam jam 7.15 pagi.

Aku ikut laluan kota tinggi-tebrau…laluan yang agak sibuk, jem dimana-mana persimpangan…time nie orang pergi mencari rezeki, manakala pelajar menuntut ilmu…dah tak ada altenatif jalan lain, aku memandu agak perlahan…bimbang kecelakaan dan keselamatan kami, bencana dimana-mana…jadi…berhati-hati jer lah..kan?...kan?

Hantar en zalie ke lobi dengan kerusi rodanya…terus aku cari parking, alhamdullilah..sampai awal…dapat paking keter pun cantik..paling dekat dengan pintu masuk hospital, tak sama masa pergi 23hb…1 km aku jalan kaki…hehehehhe

Dapat nombor giliran 0082, sekarang baru 0062..okeylah tu…karang setengah jam dapatlah giliran en zalie…bayar caj pendaftaran RM 5.00 (murah ko….), lepas ambil darah en zalie di tingkat 3, terus ke klinik pakar diettemujanji pertama…9.00pagi-10.00 pagi.

Lepas tu pergi sarapan, ikutkan sebelum nie diet yang en zalie ambil terlalu rendah baru 800 kolori..sepatutnya, 1200 kolori…kesian suami aku…aku hentam sop…sop….dengan air masak, sampai lemak dalam badan ada 7% ajer…amik ko….lepas nie aku kena ikut jadual yang ditetapkan oleh pakar diet…beres…

Jam 12.00 tengahari sehingga 1.00 petang temujanji kedua dengan pakar medical (perubatan), sekali lagi aku bersyukur kehadrat illahi, hasil bacaan tekanan darah en zalie hanya 112/87 manakala bacaan kencing manis hanya 4.8……(terro gak aku jadi nurse peribadi suamiku…..) cayalah…..

Hasil dari pemerhatian doctor, mesin oksigen dah tak perlu digunakan lagi…syukur…syukur..sekarang kena pakai mesin cpax untuk sleep anmianya…

Akhir sekali, doctor medical telah mengurangkan ubat-ubatnya dari 6 jenis kepada 4 jenis sahaja…..alhamdullilah……

Selepas jumpa doctor medical, aku uruskan temujanji kedua…antara doctor diet, doctor THT dan doctor medical..semuanya ditetapkan pada 27 oktober 2010, manakala sebelum tu 20 hb oktober kena ambil darah pada jam 8 pagi..

Umai dah penat mengikut aku menguruskan ayahnya,,last sekali dia tidur kat atas sofa…kesian juga kat anakku itu…nak buat macamana aku kena bawa dia sekali, tak ada orang yang boleh menjaganya..

Selepas ambil ubat di famasi pada jam 2.30 petang aku terus balik ke rumah…tapikan kali nie aku ikut laluan lain…haiway desaru-senai..nanti aku kongsi entry berikutnya

Jom…lihat aksi gedik aku dan umai…(biasalah suka posing dimana-mana)






Sedang kepenatan yang amat…….nak tidur awal, lagipun sampai ke rumah terus uruskanCITARASA RINDUAN

PS: gembira sangat, banyak perkembangan yang bagus terhadap suami tersayang, terima kasih atas nasihat, sokongan dan doa sahabat-sahabat sekalian……

9 ulasan:

iznulmuazim said...

Alhamdulillah =)

azieazah said...

Terharu betul baca entri kali ini. Macam diduga, segalanya menunjukkan perkembangan yang sungguh baik dan menggembirakan.

Lega hati kan, leh ler senyum dan sengih.

Buat kerja pun hati lapang, wpun tukang masak salah masak, tak jadi nak marah. hehehehe

Berkat sabar dan gigih, kesihatan ZALIE sungguh memberangsangkan.

Moga ganjaran utk isteri akan berlimpah2..

Jangan lupa sambung ceritaaaaaaa...!

phreak-id said...

Bwak banyak bersabar.. Anyway kenapa dengan Husband?


>>My Latest Entry<<
Kenapa Ada Orang Suka Datang Physio?

Unknown said...

iznul--

salam ziarah..terima kasih...syukur-syukur atas kurniaan yang DIA beri,.amin


kak azie--

ayu gembira sangat...terima kasih atas setiap kata-kata yang sis berikan, rasa seperti kak azie saudara sedaging yang banyak memberi kekuatan mental pada ayu

bab tukang masak baru tu???? tak reti-reti masak pun, tau basuh pinggan jerlah....adeh...ari nie silap bungkus kuah sop...sabor jerlah....

eelobor said...

wah...respek benar pengorbanan seorang isteri. aku betul2 kagum dengan wanita bergelar ibu & isteri

eija_sweetmama said...

alhamdullillah..

eiii..comey nye umai..

CT said...

alhamdulilah...comel anak ayu. Sorang je ke?

Bila nk jd follower kita...paksaaaaaaaaaaaaaaa!!!!

Nur Hawa Mohd Zin said...

Alhamdulillah...semua selamat dan insyaAllah akan sembuh cepat..comel si cilik ni

bersama kak Es said...

terharunya baca kisah ni
ayu ibu yang tabah dan kuat..
caiyok superwoman :D