Photobucket Photobucket

CITARASA RINDUAN

Thursday, May 19, 2011

Dr Mahathir Stabil, Perlu Banyak Rehat – Mukhriz


Tengahri semalam, semasa aku drive ke HSI... ada mendengar radio tentang kesihatan mantan Dr Mahathir yang demam hingga dimasukkan ke IJN..

Ku doakan agar beliau, segera sembuh dan pulang kerumah seperti biasa.. cuaca tak menentu.. aku yang sihat pun, bila di uji olehnya demam hingga berhari-hari tak pulih, inikan pula mantan kita yang sudah berusia..
*********************************
KUALA LUMPUR: Tun Dr Mahathir Mohamad yang dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN) di sini pagi Rabu kini berada dalam keadaan stabil dan dinasihatkan berehat supaya pulih sepenuhnya. Anaknya, Datuk Mukhriz Mahathir berkata doktor menasihatkan bekas perdana menteri itu supaya berehat dengan secukupnya walaupun tidak mengalami sebarang masalah jantung yang serius.
"Tidak ada langsung masalah dengan jantung beliau. Cuma batuk, maksudnya paru-paru sikit... biasanya kalau dia batuk dia perlukan rehat secukupnya di IJN," kata Timbalan Menteri Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri itu ketika ditemui di lobi IJN selepas melawat ayahnya pada Rabu.
Katanya lagi, ayah beliau kini perlu menjalani rawatan fisioterapi seperti biasa, mengambil ubat antibiotik.
"Susah nak nasihatkan dia... dulu dia dah masuk 'gear lima', dah lama ini nak masuk 'gear rendah' susah, tetapi apa pun dia sendiri pun tahu kesihatan dia," katanya.
Beliau berkata, aktiviti luaran Dr Mahathir juga dikurangkan untuk memberinya peluang berehat memandangkan keadaan kesihatannya sekarang ini.
"Emak saya kini berada di sisinya untuk menjaga beliau... kita juga tidak mengalakkan lawatan daripada kawan-kawan buat masa ini bagi mengelakkan daripada berlaku jangkitan," kata Mukhriz.
Dr Mahathir, 85, dimasukkan ke wad biasa pada kira-kira 6 pagi tadi selepas mengadu demam dan batuk sejak dua hari lalu.
Bagaimanapun, tinjauan Bernama tengah hari tadi mendapati kawalan rapi dijalankan di sekitar kawasan wad itu di mana hanya anggota keluarga terdekat sahaja dibenarkan masuk. – BERNAMA

Kredit to MSTAR online

19 ulasan:

Nizam Ijam said...

Semoga dipanjang umur dan dimurahkan rezeki :)

”Jom Join Contest Bloglist Nizam Ijam”

jeBateja said...

wahhh...Dr M tu...mentor akak erk....

norhidana said...

baru dpt baca buku dia kak... seronok baca kisah hidup dia...

semoga dia sihat n cpt sembuh... antara mantan PM yg paling dana sanjung

uncle gedek said...

Bapa permodenan,

Tapi bukan bapa saya...

Kakzakie Purvit said...

Apabila kita diberi penyakit mungkin itu adalah kaffarah yg Allah nak tunjuk pada diri kita....

~izan~ said...

semoga tun cepat sembuh dan kembali sihat seperti biasa...

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

semoga tun mahathir segera sembuh... begitu juga didoakan en zalie moga akan pulih spt sediakala... amin..

kurus said...

alhamdulillah .. semoga dia kembali sihat dan ceria .. :)
ayu kena banyak berdoa utk dia nie :))

My Little Diary said...

semoga tun semakin sehat

Syafiq Rosli said...

hope dia cepat shat kan sis..:)

miloaiskurangmanis said...

wish him speedy recovery

Nur Hawa Mohd Zin said...

Tun sama baya dengan Ratu Elizabeth kan?

wahida said...

semoga Tun cepat sihat...idola saya tu...

ayu dah sihat? jgn skip mkn ubat!!

munna said...

dengar juga dlm berita malam tadi... munna doakan tun di beri kesihatan yg baik dan cepat sembuh

dwatyKNY said...

alhamdulillah... semoga cepat sembuh...

iniialahaku said...

ada jugak dgr brita ni smalam...yela kan...dah berumur...tpi yg muda ni pon kna ati2 gak..jga ksihatan tu...

bantalbucuk said...

semoga beliau cepat sembuh..amiinn.,

azila said...

aah..ader dgr gak cter pasal ni ayu, semoga cepat sembuh

Murni Alfathunnisa said...

semoga Tun Dr M cepat sembuh seperti biasa....