Photobucket Photobucket

CITARASA RINDUAN

Friday, April 1, 2011

1 April........... April Fool.

SETIAP kali muncul tarikh 1 April, rakyat negara ini termasuk umat Islam beriya-iya menyambut ‘April Fool’ dengan menggemparkan sanak saudara dan rakan taulan.

Selain `Hari Valentine’ yang sudah sinonim dengan masyarakat Islam negara ini tetapi lebih kepada soal berkasih- sayang, `April Fool’ pula menjurus kepada berseloroh.

Bagaimanapun, ada cerita sedih kepada masyarakat Islam di sebalik `April Fool yang perlu dijadikan renungan dan dihentikan sambutannya.

********************
Adalah dipercayai sambutan `April Fool’ mula dirayakan ketika kejatuhan Kerajaan Islam di Sepanyol.

Setelah bertapak berkurun-kurun lamanya di Granada, Sepanyol, kerajaan Islam akhirnya runtuh diserang tentera Kristian.

Penduduk Islam di Moors, Sepanyol terpaksa berlindung di dalam rumah untuk menyelamatkan diri.

Tentera Kristian bagaimanapun tidak berpuas hati dan berusaha untuk menghapuskan penganut Islam dari bumi Sepanyol, justeru, mereka membuat helah.

Mereka memaklumkan penduduk Muslim boleh berlayar keluar dari bumi Sepanyol dengan selamat bersama-sama barangan mereka dengan menggunakan kapal di pelabuhan.

Orang Muslimin yang risau sekiranya tawaran itu suatu penipuan pergi ke pelabuhan untuk melihat kapal yang dimaksudkan.

************************
Setelah berpuas hati, mereka membuat persiapan untuk bertolak. Keesokannya (1 April), mereka mengambil semua barangan yang telah dikemaskan lalu menuju ke pelabuhan.

Pada masa itulah pihak Kristian mengambil kesempatan menggeledah dan membakar rumah penduduk Islam.
Penganut Islam juga tidak sempat menaiki kapal kerana semuanya musnah dibakar.

Pihak Kristian kemudian menyerang kaum Muslimin dan membunuh kesemuanya, tidak kira lelaki, perempuan, serta anak kecil. Peristiwa berdarah yang meyedihkan itu kemudiannya diraikan tentera Kristian.

Keraian ini akhirnya dirayakan setiap tahun bukan saja di Sepanyol tetapi juga di seluruh dunia sebagai `April Fool’s Day’.

*************************

Apa yang pasti setiap kali menjelang 1 April, sesetengah orang Islam begitu taksub dengan budaya `pandang ke Barat’ menjadi begitu sibuk sekali dengan kepala mereka penuh dengan senarai mangsa untuk dipermain-mainkan.

Kepala mereka juga ligat merangka bentuk ‘penganiayaan’ yang bakal dilakukan demi memastikan mereka puas melihat muka mangsa gurauan `April Fool’ mereka merah padam kerana dipermain-mainkan.

Bagaimanapun, kadang kala lawak `April Fool’ yang dilakukan boleh mencetuskan pergaduhan dan penyesalan yang berpanjangan.

Malah, mengikut e-mel yang diterima penulis, seorang suami yang jahil mengenai agama, telah mengucapkan, “Aku ceraikan kau dengan talak tiga” pada isterinya dengan niat untuk melawak.

Isterinya yang pada mulanya terpinga-pinga terus meraung apabila suami dengan muka selamba kemudiannya mengucapkan `April Fool’.

Selepas itu, giliran suami pula meraung apabila diberitahu talak yang dilafazkan secara bergurau itu sebenarnya sudah pun jatuh dan dikira sah.

Apa yang menyedihkan ialah umat Islam di negara ini mudah mengingati sambutan pelik masyarakat bukan Islam terutama Barat tetapi lupa mengenai hari kebesaran hari di dalam Islam.


PS: entry ini, tak silap ku kongsikan pada tahun lepas…..namun..menyedari 1 april datang lagi..sama-sama kita ambil iktibar….

33 ulasan:

Unknown said...

btol tu kak..x elok kita smabut hari2 yg mcm ni~

Melur Jelita said...

Benar sekali Cik Ayu Jelita

NadiRah said...

nad tak sambut!!!!

Ce'gu JAERA said...

betul tu kak. alangkah jahilnya kita selalu diperbodohkan oleh kaum kafir.. kita umat islam selalui lalai..

azieazah said...

Masyarakat hari ini memang suka benar mengambil contoh dari negara barat.

Terutama dalam bidang sosial macam meraikan sebegini. uishhh!


Terimakasih – Sori Berlori – Maaf dan Masak Nasik...

Mas said...

betul tu.....
setuju3...
selamat pagi jumaat ayu.....

Aku Anak Pahang said...

Moralnya ada kisah sedih utk umat Islam di april fool ini semoga menjadi tauladan dan iktibar buat kita bersama.

tun_telani said...

betul tu kak.. mmg sedih bila tgk org Islam sendiri sambut april fool nih...

kak, tun dh nk gerak ke bintulu nih.. will miss you. doakan ada internet kt sana.

sekadar satu coretan said...

setuju sangat2...
tak pyh la sambutkan...tak de pekdahnye punnn

eija_sweetmama said...

slmt pagi ayu,

renungan yang bagus utk permulaaan bulan april ni..:)

Ujang9897 said...

dulu layan gak aprilfool ni..tp dah tau tak layan dah..

YanaMIB tu tunang saya..=)

akak dah masuk dlm bloglist "kakak" =)

Dearie Pearls said...

Selamat pagi kak...

ada tarikh yang sepatutnya diraikan tetapi dilupakan. ada tarikh yang tak sepatutnya diraikan; diingati lak..

pelbagai ragam manusia....

SITI NOARIZAH ARIS said...

Mmg perangai org kita suka sgt terikut-ikut... harap lps ni x delah lagi benda2 mcm ni.

yanamib said...

dh byk artikel mcm ni kt tenet kn..kena rajin cari je..klu x rajin smpi bila xtau motif sambutan april fool =)

azian said...

kak...tapi org kita ni, dah tau tak boleh tapi nak jugak buat april fool tuh...hampeh tulll

Seri Kandi Tanah Jauhar said...

dulu masa sek2 & remaja2 sejarah April Fool ni tataw sgt, so sering diraikan dgn mngenakan kwn2, tapi sejak2 dah 20-an memang tak ingat lgsung pun...

sahromnasrudin said...

APRIL FOOL nie leh kita tinggalkan..langsung tak bermanfaat

wahida said...

langsung x berfaedah...ni semua propaganda org kristian...

miloaiskurangmanis said...

masa kecik2 - time sekolah selalu gak pekena kat orang time 1st April @ April Fool...
bila dah besor - dah tau asal-usul kejadian - tak lagi buat mende2 ni semua...

PCL said...

mmg x elok kita sebagai Muslim merayakannya...itu dulu (masa dok hostel) punya ceita..jahil lg...jgn kita mulakan untuk ank2 zaman sekarang ni.

sarah-najwan said...

baru akak tau
tapi mmg xpernah sambut pun..
sama aje hari2 lainnyer..

Adinda Amy Sensei said...

datang melawat kak ayu..apa khabar?

Kakzakie Purvit said...

Masih ramai yg tak sedar tahu akan ini walau saban tahun diulang-ulang.

So... ulangan yg baik amat digalakkan. Seperti sejarah kelahiran rasulullah, setiap tahun ianya akan diulang sebagai peringatan.

Harap ayu bertambah selesa....

AngahSayang2314 said...

angah baru tahu...tahun nie tahun lepas tak tahu pun..ya..allah thanks kongsi info ayu

Mizz Intan said...

seriusly..sblum nie tak prnah tau langsung..bgus utk peringatan.. :)

Lydia Miza said...

nice info sis ayu..

munna said...

munna baru tahu bila ayu post kan entry ni... nasib baik tak pernah sambut pun dari dulu

Cik Cempaka said...

orang kita nie,,mudah sangat terpengaruh

Cik Ecah said...

sharing is caring...
bagus akak ayuuu ku

Cetusan said...

oooooooooo gitu

eqbalzack said...

salam ayu...selamat berhujung minggu..jgn april fool ok...hehe

Fuz said...

satu fakta yang betul. Orang melayu memang kena selalu diingatkan.

jeBateja said...

Dah lama tk dgr org sambut april fool kat kilang den...masing2 dah sedar kot....