Assalamualaikum..alhamdullilah, selesai bacaan tahlil selama 3 malam berturut-turut yang dihadiri ahli masjid , jiran terdekat dan saudara mara.
Untuk bacaan yasin, kami bacakan sendiri anak beranak, lagipun buat masa kini, citarasa rinduan bercuti, sehingga urusan yang penting dapat kami selesaikan.
Lagipun, dengan keadaan kini kami tidak dapat berfikir untuk memulakan perniagaan untuk tempoh terdekat atau tidak. Insyallah, ada kelapangan MIL,en zalie dan aku akan berbincang untuk kedai kami citarasa rinduan.
**************************
Kemarin, selepas urusan pengebumian arwah selesai, ada seorang sahabat arwah yang mengingatkan kepada kami tentang beberapa perkara tentang arwah iaitu
1. Fidyah hutang puasa simati2. Fidyah khatam Al Quran
3. Hutang piutang sesama manusia
4. Menunaikan Haji
Alhamdullilah, mujurlah kami di terangkan oleh ahli yang telah dilantik oleh yang berkenaan bagi pengiraan fidyah hutang puasa semasa arwah hidup, dan kami telah membayar selepas kiraan di buat (tidak perlulah kami tangguhkah molek disegerakan)
Manakala, bagi Khatam Al –Quran atas arwah dan lainnya kami segerakan kerana ada kemampuan atas lain-lain yang arwah tinggalkan.
*****************************
Semasa sessi penerangan/pembayaran dilakukan. Kami, bertukar-tukar permasalahan tentang beberapa perkara tentang kehidupan semasa di akhirat nanti... ada jua, beberapa perkara yang mungkin agak remeh namun aKu ingin kongsikan dengan kalian iaitu doa anak kepada ibubapa dan doa ibubapa kepada anak-anak
Semoga kita sama-sama mendapat kesejahteraan dari anak-anak kita dan kita pula sentiasa di doakan oleh ibubapa untuk kesejateraan kita..amin
Doa anak kepada ibubapa
“Ya Tuhanku! Ampunilah aku, ibu bapakku dan kasihilah mereka keduanya, sebagaimana mereka berdua telah mendidik aku waktu kecil.”
Doa ibubapa kepada anak-anak.
رَبَّنَا هَبْ لَنَا مِنْ أَزْوَاجِنَا وَذُرِّيَّاتِنَا قُرَّةَ أَعْيُنٍ وَاجْعَلْنَا لِلْمُتَّقِيْنَ إِمَامًا
“Wahai Rabb kami, anugerahkanlah bagi kami pasangan-pasangan hidup dan keturunan sebagai penyejuk mata kami, dan jadikanlah kami pemimpin bagi orang-orang yang bertakwa.” (Al-Furqan: 74)
**************
PS: cara membantu orang yang sudah mati sila klik sini
19 ulasan:
yong tiap2 hri baca doa ibubapa~
yong--
alhamdullilah...memang inilah amalan yang sangat bagus...
namun, doa ibubapa kepada anak2 kak ayu, baru dapat tahu malam nie....
moga sama2 kita berkongsi ilmiah yer dik
terima kasih ayu berkongsi info...salam takziah sekali lagi dari kami...
salam ayu...moga segalanya berjalan dengan lancar, dan tq info yg diberi...
tkziah ye..
sy pun baru gak tahu malam ni pasal doa tuk anak2..thank ye sis
tq untuk info..
alhamdulillah dh siap tahlil.. moga pahala sampai kpd arwah..
tq atas info kak.. doa utk ibu bapa mmg baca sekali ngan doa lps semayang =) tun pernah dgr yg doa seorg anak xkn dimakbulkan melainkan dia berdoa juga utk ibu bapa.
Assalam kak,
tengs sudi kongsi info,moga segala pahala sampai kepada arwah..Bertuah arwah punya anak menantu yg sentiasa mndoakannya..
salam ayu...
terima kasih berkongsi pengalaman (berkaitan fidyah si mati) & info yang sangat berguna utk kita amalkan ni yer...
Assalamualaikum...
Salam perkenalan..Terima kasih atas info yg sangat brguna ...
salam takziah dari saya ye ayu.
terima kasih b'kongsi ttg fidyah si mati...sblm ni akak cuma tahu ttg hutang si mati sesama manusia & menunaikan haji..
info yg baik ayu.. munna pun cuma tahu ttg hutang si mati dgn org je...
salam
perkongsian yang bagus kak, ada banyak benda yang saya belum tahu ni =(
terima kasih krn berkongsi.. takziah..
alhamdulillah...semoga Allah permudahkan segalanya, apa yang boleh di segerakan eloklah di selesaikan secepat mungkin.
sama macam ayu jugak...biasa dengar hanya doa anak kepada ibu bapa. mendapat ilmu baru doa ibu bapa pada anak2...
thanks for sharing
cam tak sesuai jek kan..saja tag ayu if kelapangan sila lah
http://canteek-selalu.blogspot.com/2011/04/giveaway-from-moscow-by-miszlullaby.html
amalkan setiap kali selepas solat...
alhamdulillah..semoga semua dipermudahkan dan akak sekeluarga diberi kemudahan dan kelapangan dalam semua hal..amin
Post a Comment