Salam takziah dari blog citarasa rinduan terhadap keluarga Seri Bayu diatas pemergian arwahyarham pada jam 8.30 malam (sabtu) 2 hb Aril 2011.
Penulis lirik Seri Bayu atau nama sebenarnya Jamaludin Sulik, 47, (gambar) meninggal dunia di Hospital Port Dickson, Negeri Sembilan akibat penyakit saraf motoneuron.
************
Jenazah dijadual akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam, Batu 12 Tok Pelanduk, Port Dickson selepas solat Zohor.
Seri Bayu yang pernah menghasilkan lirik Cintaku Muzik Di Hatimu nyanyian Anita Sarawak pernah berkahwin sebelum ini termasuk dengan penyanyi Erema.
Bagaimanapun Erema menuntut cerai daripadanya pada tahun 2008 dan kes berkenaan masih lagi berjalan di mahkamah berikutan Seri Bayu enggan melepaskan isterinya itu.
Seri Bayu meninggalkan lima orang anak hasil perkahwinan dengan isteri pertama iaitu Muhamad Akmal, 16, Muhamad Aiman, 15, Muhamad Aizam, 12, Ally Farjana, 10, dan Muhamad Adham, 8.
*************
Semoga arwah ditempatkan dalam golongan orang-orang yang beriman..Al-fatihah..
Untuk maklumat lanjut sila klik sini
PS: ambil masa sekejap, menitipkan khabarku kepada kalian.. …terima kasih kepada teman-teman blogger yang setiasa berada disisiku semalam…alhamdullilah, selepas entry menyepikan diri..terus ku beradu hingga ke jam 5 pagi, sungguh nyenyak lenaku….
Insyallah……kita bersua pada malam ini untuk menyaksikan anugerah bintang popular di kaca TV masing-masing….
16 ulasan:
alfatihah..
semoga rohnya dicucuri rahmat..
alfatihah.. semoga roh dicucuri rahmat
Al-Fatihah..
Semoga Ayu lebh bertenaga hari ni..=)
innalillah.. baru tahu hari masa baca paper hari ni.
oh ye laa, ABP malam ni ye! nasib baik k ayu ingatkan :-D
hai kak ayu....apa khabar?
Allah lebih menyayanginya. Al-fatihah dan takziah dari kami.
al-fatihah
p/s: akak tag ayu
http://canteek-selalu.blogspot.com/2011/04/giveaway-oleh-oleh-dari-bandung-siapa.html
alfatihah dan takziah buat keluarga beliau.
salam takziah...al-fatihah..
takziah...al-fatihah
Dari Dia kita datang dan kepadaNya jua kita kembali.
Kes dia dgn Erema tak selesai lagi. Kesian......
Ello kak...kita baru balik dari LIPIS....kita baru taw petang td bila mula beli surat khabar td...ahakz
Al-Fatihah
setelah lama menderita akhirnya....
al fatihah...
syukur alhamdullilah majlis pengkebumian allahyarham pada pukul 2 petang tadi berjalan dengan lancar walaupun hanya segelintir sahaja sahabat dan rakan dan keluarga yang hadir namun syukur segalanya berjalan dengan lancar.. marilah bersama sama kita sedekahkan alfatihah kepada allahyarham.. AL Fatihah
Al Fatihah utk aruah. semoga rohnya dicucuri rahmat. amin
Post a Comment