PETALING JAYA: Pengacara Malaysia Hari Ini, Fedtri Yahya, 30, mengakui masih berasa sedih selepas isterinya Nurul Anati Ismail, 26 mengalami keguguran bayi pertama pada 26 Julai lalu.
Peristiwa itu berlaku selepas kedua mereka pulang daripada berbulan madu di Korea.
Kata Fedtri, keguguran kandungan yang baru berusia lima minggu itu berkemungkinan disebabkan isterinya terlalu banyak bergerak ketika mereka berada di sana selama empat hari.
“Sebelum pergi berbulan madu kami sudah membuat pemeriksaan doktor terlebih dahulu, namun tiada apa-apa tanda positif yang dia mengandung.
“Setelah beberapa hari pulang kami buat pemeriksaan sendiri dan keputusannya positif, namun beberapa hari selepas itu berlaku pendarahan yang menyebabkan keguguran,” ujarnya yang ditemui pada Majlis Pelancaran Program Raya TV3 dan TV9, di sini, Khamis.
Pasangan ini telah melangsungkan perkahwinan pada 28 Mei lalu di rumah pengantin perempuan di Pengkalan Machang, Pasir Mas, Kelantan.
Biarpun masih bersedih, namun Fedtri menerima kenyataan bahawa belum dikurniakan rezeki dan menganggap ada hikmah di sebalik keguguran tersebut.
“Siapa tak sedih, semasa mendapat tahu isteri mengandung, saya paling teruja namun saya faham bukan rezeki saya untuk menimang cahaya mata.
“Apa yang penting isteri saya selamat dan saya faham perasaan dia selepas keguguran lebih sedih berbanding saya,” ujarnya.
Tambah Fedtri selepas kejadian tersebut, dia beberapa hari menjaga isterinya di rumah.
“Saya tidak cuti tapi saya kerap pulang ke rumah untuk menjenguk dan masak untuk dia.
“Itu juga pengalaman yang sangat berharga kerana sebelum ini saya hanya jaga diri sendiri tetapi kini ada tanggungjawab menjaga orang lain pula,” katanya.
Dalam pada itu, bercerita kehidupan selepas berumah tangga, Fedtri mengakui dia lebih bahagia dan sering menghabiskan masa di rumah.
“Kehidupan saya hanya di pejabat dan rumah, jika tiada kerja saya duduk saja di rumah. Isteri saya seorang yang rajin memasak dan saya pula pemakan,” ujarnya berseloroh. KREDIT TO mStar
PS: salam takziah untuk pasangan ini… Semoga bakal ada penyambut zuriat kalian…. Usia masih muda, bukan penghalang untuk mengecapi kebahagian…
15 ulasan:
takziah jgak,kesian diowang,.bukan rezeki la tuh,.
ada hikmah disebalik apa yang terjadi...
bukan rezeki fikri dan isteri lagi...
insyaAllah..mudah2an lepas ni Allah akan kurniakan cahayamata buat pasangan ini..
Itu tandanya, Allah belum nak bagi rezeki la tu. Adalah hikmah di sebalik apa yang terjadi. Yang penting, kita redha dengan ketentuanNya kan Ayu... :D
kesiannya.. takpelah..insyaAllah ada rezeki untuk mereka nanti
sedihnya dengor kawan saya
rezeki diorang dikemudian hari tu~~
insyaAllah, ada rezeki tak lama lagi ada la tu...
belum ada rezeki..
bila dia kawen eh..tak tahu pun..huhu..
apa2pun rezeki semua ditangan Allah..hanya Dia Yang Maha Mengetahui..
baik fedtri..iallah ada rezeki untuk fedtri dan isteri nanti kan..
kesiannya....takpelah, insya'Allah nanti Allah gantikan dengan yang lebih baik kan akak...
sudah ada yg menanti di syurga, moga Allah kurniakn lebih rezeki lagi, Insyaallah!
dulu mase org sekolah pun ada sorang cikgu keguguran..mmg nampk kesedihannya..papepun yg terjadi mesti ada hikmahnya.
insyaAllah..nnt rezeki ank kembar terus..
kan kak ayu?? hihihi
kalau ada rezeki ...adalah jika tiada bersyukurlah kerana dia maha mengetahuinya...:)
Post a Comment