CITARASA RINDUAN

Sunday, August 14, 2011

Fasa ke 2 berpuasa,Amalan kemana?


Lepas subuh tadi, ingat nak baca al quran, selalunya lepas subuh aku uruskan umai ke sekolah atau terus ke pasar..
Maklumlah cuti, nak ubah amalan baca al quran ke siang hari moga aku tak tertidur lepas sahur…
Sekali jer, dok khusyuk… habis 1 surah aku tertidur dengan bertelekung.. aduh!!! Baik pulak tu stail aku tidur… (korang dapat bayangkan tak?)
Hilang amalam aku hari nie….
Mujurlah umai kejutkan… minta aku mandikan dia…. Bila umai minta pakaikan sabun ke badannya.. aku tersapu ke rambutnya.. alamak….. sorry, anak Ibu.. Ibu mengantuk da…………….
PS: fasa ke 2 berpuasa, dah tak solat tarawih kat masjid.. subhanallah.. lalainya aku..

17 ulasan:

missbby said...

ayu penat sangat tu..tulah pasal ayu..peringatan untuk diri sendiri jugak, puasa tu puasa, tapi amalan tu ke mana eh?..*malu kat Tuhan*

Citarasa Rinduan said...

missbby--
tulah kan.... mengucap panjang bangun tadi, mujurlah anak ayu tak terkejut pandang ibunya tidur dengan bertelekong..

azzey said...

inilh kita manusiayg penuh sifat ketidaksempurnaan. sama2lah kita memperbaiki amaln kita...

p/s: lm x dtg blog ayu. template blog pon dh betukar. cantik!

Gen2Merah said...

takpa kak... yang penting baca sebaris pun dah besar pahalanya

Nur-nba said...

Salam.. Sian Ayu sampai tertidur2dengan telekung.. Penat sangat kot. Badan pun kena rehat juga. Sama-samalah kita tingkatkan di bulan yang mulia ini.

pena rozie said...

Sian... Ngantuk sangat ek....

ieda said...

ekekekeke lucu lah ayu .. sampai tertidur2 di buatnya .. ieda arinie x tidur gak lepas sahur ekekek sbb teruja dpt BE ahahaha :))

IMANSHAH said...

saya sibuk mennada ni, kejar dunia sungguh,,hehe

sambil2 baca quran gok

Nur Hawa Mohd Zin said...

cian akak...macam mana biz bulan puasa ni...awe ni balik kerja je badan penat betul..malam dah tido awal..

Mr.Thinker@Ali said...

pada pandangan saya, amalan itu tidak hilang. hanya pembalasan amalan yang berkurangan.

semoga sama-sama cemerlang dalam beribadah. amin~

eelobor said...

aku dah terbayang camner, siap boleh gelak guling2 lagi.... hihihihi

akoo pae said...

haha mngantuk sgt tuu..sian si umai..
=p

Yasminhamid said...

sama la macam saya.. bila dah masuk fasa ke2 ni.. macam2 dah terkurang...

cik pulau said...

fasa ke2..fasa keampunan..
moga kita semua sentiasa mendapat keampunan dari Allah..^^,

Dearie Pearls said...

ngntuknyer ibu umai...
mujur anak sporting je.. hehehe

Kengkawan said...

tu semua godaaaan hahahha

Kalamhati said...

Peringatan utk KH gak ni..insyaallah akan cuba berjemaah smpi akhir ramadhan