Semakin akhir bulan ramadhan, semakin pilu hati ini… apa yang berlaku, ku tabah melalui semua itu.. baik keluarga ataupun sahabat kerap menyokong apa yang terbaik buat daku, kerana itu ku masih bertahan walau acapkali, ku melihat hujung tabir suami tercinta terdapat takungan air…
Ku perlu kuat, ku tidak perlu meminta permintaan seperti selalu, ianya pasti melukakan perasaan suamiku.. yang penting syawal perlu dilalui jua, kerana kita tak perlu menoleh ke belakang
Namun, ianya seakan berakhir apabila kedatangan sepupu en zalie ke rumah.. (anak saudara arwah abah mertua), dengan gelak tawa anak-anak abang Angah (nama timangan), kami sambut mesra, seronoknya berbuka puasa dengan kesudian mereka bersama-sama menghidupkan ramadhan..
Walau beberapa jam dengan mereka.. namun ianya berkesan jua di riak wajah suamiku….
PS: syukur, en zalie memberi keizinan untuk ku berbuka dengan ibubapa dikampung pada hari esok (27 hb ogos), walau tidak bermalam, sekurangnya.. dapatlah ku kucup jari jemari ibubapaku.. awal tak mengapa.. kerana raya ke 3, baru ku dapat beraya bersama familyku semula..
27 ulasan:
Salam Ayu
Apa juadah raya tahun ni??
Selamat Hari Raya Aidilfitri buat Ayu sekeluarga....
Moga Ayu sekeluarga ceria dihari raya nanti.....
cikgu iman--
wsalam....
rasanya semua yang berasaskan ayam.. kesihatan en zalie perlu dijaga.. tak perlu daging lembu atau makanan yang berkolestrol tinggi..
cikgu balik mana tahu nie?
Mas--
terima ksih Mas, sedang memikirkan suasana pagi raya yang sedih sayu, mungkin jua ceria...(pertama kali beraya tanpa arwah abah mertua.. )
alamak.. stok mercun x bli lg.. hehehe.. busy kerja.. huhu
selamat menyambut hari raya yang bakal datang lagi beberapa hari buat ayu & keluarga
Salam pagi Jumaat yang indah CR...
moga dapat halani hari2 akhir Ramadhan dengan penuh ketabahan..
slmt ari rraye kak ayu....
cikali--
nak cari kat mana dik?? ada jual ker??
hahhahah.. jangan nakal2 ya
eelobor--
terima kasih teman...
ku doakan agar lebaran ini tetap dirai, walau keadaan yang berubah
Azza--
terima kasih sahabatku Azza.....
amin....
walau ianya seakan dipenghujungnya...
namun.. tetap terasa kehilangannya
Nad--
terima kasih dik, utk kamu jua.. SELAMAT HARI RAYA..
hehe..
bunga api je la..
cian kt adik bongsu ni ha...
~(padahal saye yg main lebih2) hahaha
untuk blogger azza--
BLOG ANDA ADA VIRUS, sila klik sini untuk menghilangkannya..
http://ruhayurazali.blogspot.com/2011/05/sattle-kes-malware.html
hehe..
bunga api je la..
cian kt adik bongsu ni ha...
~(padahal saye yg main lebih2) hahaha
cikali--
Tau dah.... kamu memang agak nakal.. hahahhahah.. AMPUN!!
Dalam hidup ini, terlalu banyak pengorbanan yang perlu kita lakukan. Apatah lagi kita ini wanita, yang bersifat lembut hati tetapi sebagai isteri dan ibu, keredhaan suami itu paling utama.
Saling menghargai membuatkan pengorbanan itu dirasakan ringan saja untuk dilakukan... Tapi itulah kekuatan jiwa di masa akan datang.
Semoga AYU gembira bila berada dalam kelompok keluarga nanti...
kak Azie--
sentiasa perlukan sokongan dan kata2 kamu..
terima kasih kak.............
tak terkata nak luahkan bertapa ayu sangat2 menghargai nasihat kak azie...
kita isteri je yg tahu isi hati suami kan .. ieda kalau tiba syawal selalu bergenang air mata menatap wajah suami .. mengenang dia anak yatim piatu ieda lupakan segala yg terkesan di hati ini ..
semoga sama2 kita raikan syawal indah penuh makna ini ya ayu
mohon maaf lahir dan batin selama perkenalan ieda dan ayu dia alam maya ini .. :)
ieda--
itulah kan, lagilah masih baru sangat2 kehilangan arwah.. Ya Allah sedih sangat2, ayu duduk bersama2 arwah hampir 8 tahun.. tahu ragamnya... caranya..
ah.......
rindu sangat2..
terima kasih ieda.. sama2 kita bermaafan, tiada apa yang perlu di minta maaf, kerana kita sentiasa redha dan ikhlas bersahabat kan....
semoga ayu tabah menghadapinya... kalaulah cheq sue di tempat ayu...tak pasti bolehkah sekuat ini...
diana--
tulah.. saat dinanti berakhir malam tadi, selalu berbuka dan bersahur 3 orang jer..
meriah malam tadi
cheq sue--
terima kasih atas nasihat dan doa kamu...
moga Allah beri yg terbaik utk kita. kak liza pun sabtu ni berbuka puasa dgn keluarga belah kak liza di subang (rumah kakak). mak pun beraya di subang je sebab nak visit pusara ayah di kota damansara. mlm lepas terawih barulah kak liza balik semanggol.
mesti seronok nanti akak dpt buka skali dgn parents kan..mmg itulah perkara paling bahagia bila berbuka puasa dgn org tersayang..
Alahmdulillah masih ada peluang lagi Ayu. Bolehlah balik jenguk mak-abah dulu sebelumbalik semula ke Sayong.
Kalau Umai ada adik meriah sikit kan Ayu....
Beruntung En Zalie dpt isteri macam Ayu, beruntung juga Ayu mndapat suami spt En Zalie, Salam Aidilfitri dari kakyus
liza--
moga dipermudahkan urusan kita.. dipermudahkan menghadapi dan menghidupkan ramdhan yang terakhir..
moga ceria bersama family ya
izan--
wah!!!!
rindu sangat dgn kamu,, hp sis belum okey. tu yang tak ada sms kamu.
terima kasih dik
kak zakie-
selalu mengharfap dan terus mengharap untuk mendapatkan cahayamata..
kak doakan utk saya ya..
kak sariyusa--
terima kasih kak, salam lebaran utk kak sklrg juga.. raya ada jodoh kita bersua ya
selamat hari raya kak ayu...
mesti akak dah tak sabar nak berbuka esok kan..
papepun.. sy doakan yang terbaik buat akak sekeluarga.
^^,
cik pulau--
terima kasih dik.......kamu mmg baik hati
Salam lebaran ayu.
Isilah setiap saat hidup kita yg singkat ini dgn kegembiraan. Hapuskan kesedihan krn ia menyesakkan.
=D
Post a Comment