CITARASA RINDUAN

Tuesday, August 9, 2011

Menjual makanan pada orang-orang yang tidak berpuasa.


 Terpanggil daku untuk berkongsi perasaan dengan kalian..sepanjang ku berniaga, sepanjang ku belajar berdikari untuk mencari sumber pendapatan dari jualan nasi campur dan minuman.. 8 tahun ku tempuhi bulan ramadhan.
Ku akui, kebanyakkan dari sahabat dan teman2 ada yang meragui tentang hasil penjualan lauk pauk dibulan ramadhan.. sudah tentu bibir2 sahabat secara langgsung atau tidak akan menyoalkan tentang penjualan makanan kepada orang2 yang tidak berpuasa..
Jawapannya,
Syukur.. selagi kudrat masih ada, tidak terfikir pun daku untuk menjual makanan pada waktu  tengahari kepada orang2 yang tidak berpuasa..
Sebenarnya, aku memasak dikedai pada jam 12 tengahari,namun dari awal pagi sudah menyiapkan bahan2 mentah dan bumbu.. Pintu kedai ku tutup rapat.
Bagiku, 20 jenis lauk pauk harus dimasak dalam keadaan segar, bukan makanan semalam yang diulang masak…manakala nasi putih ku tengek pada jam 2 petang.. Manakala, menu panas seperti ayam goreng, mee goreng atau apa2 makanan berbentuk mudah layu ku masak pada jam 3 petang.
Pada jam 3.30 petang ku pandu kenderaan menuju ke gerai tempatku mencari rezeki.
Oleh itu, tidak timbul kes aku nak menjual pada orang2 yang tidak berpuasa.

PS: ku tahu, haram halal menjual makanan kepada orang2 yang tidak berpuas, niatku adalah mencari rezeki yang halal, bukan mencari rezeki untuk kekayaan sementara…..

34 ulasan:

Cik Sara said...

Wahh..dah jadi rutinlah ek kak?.

Citarasa Rinduan said...

sara--
ya dik, sebulan jer, masak di kedai.. niaga di hadapan bank

Niena Pengembara Ilahi said...

kedai kak ayu kt mana? mcm best jer... :D

dlu masa cuti skolah nina pnah tlg sedara kt kmpung jual kt bazar

Niena Pengembara Ilahi said...

kedai kak ayu kt mana? mcm best jer... :D

dlu masa cuti skolah nina pnah tlg sedara kt kmpung jual kt bazar

missbby said...

bagus la ayu kalau cam tu..bestnya berniaga kan? Untung mesti besar..:)

kakcik said...

Sukar juga sebenarnya kalau kedai dibuka awal sangat kan Ayu. Kita tak tahu tujuan mereka membungkus itu untuk berbuka puasa atau dibuka segera.

Kalamhati said...

Betul tu ayu..kan bagus kalau semua pk mcm ayu..bkn pk nak untung je..

jika betul niat kita..insyaAllah rezeki tetap ada..malah lebih dr biasa akan dapat kan

CT NoArIzAh ArIs said...

Ayu yg penting niat kita berniaga kalau kata yg tak puasa tu dtg beli & bungkus time ayu bukak gerai pukul 3 atau 4 kita bukan tahu pun dia puasa ke x yg penting kita nak cari rezeki halal .

cik cek said...

Nawaitu yang baik dan Ikhlas...Insyaallah rezeki kita akan sentiasa dipermudahkan.... :)


p/s
Kak Cek cukup yakin Ayu begitu orgnya...sebab tu jualan Ayu sentiasa laris....:)

mama maman said...

Niat disertakan doa agar rezeki yg diusahakan halal..

Ps: penatnye memasak seharian.. kat kedai lak kena layan pembeli.. kuat sungguh semangat ayu.. tahniah..:)

bujal X said...

tabik!

Mommy Fara said...

Semoga dijauhkan dari keburukan...

=D

Aku Ibu Muda said...

semoga yg membeli tu adalah untuk juadah berbuka mereka kan kak...

~izan~ said...

izan btol2 kagum dgn kak ayu sbb masak berpuluh2 lauk sorg..masa kak ayu call ari tu bgtahu k.ayu masak semua,izan terus bercerita psl kak ayu kt ayah (kebetulan ayah ada kt sebelah izan dlm keta ari tu)..terus ayah ajak g,tp sygnyer jauh.... huhu

gadisBunga said...

kak ayu tokei contoh!

JunAina said...

20 jenis lauk tu...june nak masak 2 jenis lauk pun bercinta. ayu pokok pangkalnya hati...the best...

dieya said...

ada rupanya hukum mcm tu ya.
buat mcm k ayu, tutup pintu kedai, senang. kalau buka pintu tiba2 pelanggan datang, mesti serba salah kan.

Alya Esprézzo said...

haii kakk, heheh alya terjah balik! salam perkenalan :)

Mas said...

ayu....yang penting nawaitu kita baik dan ikhlas...
Insyaallah...
rezeki kita akan sentiasa dipermudahkan Allah....

Ati Masrif said...

hebat ayu..
dah ada jadual utk semua tu

rezeki tetap murah kan ayu ...

alinac lover said...

bgus kak~ segar dr periuk hehhee

Izan Ishak said...

moga rezki ayu bertambah murah bulan ramadhan ni~

Papa Mifz said...

terbaik..baru la rezeki tu berkat kan...:)

AZLINA said...

Assalamualaikum...Akak suka baca citer Ayu pasal berniaga ni, dpt juga jd panduan buat akak yg masih hijau ni.
Sedapnya ayam goreng kunyit kat bwh tu, goreng kunyit ni apa2 pun sedap, x kira ayam, daging, udg atau sotong, semua akak suka...

IMANSHAH said...

salam Ayu

Kat Ipoh ada tau restoren mamak yg jual makanan kepada org ramai...

IMANSHAH said...

salam Ayu

Kat Ipoh ada tau restoren mamak yg jual makanan kepada org ramai...

Bigdaddyz said...

Nawaitu itu jika jujur tiada perlu kepada kegusaran...

eelobor said...

tunggu lepas raya la....ikan bakar

Adzriel @ Liza AB said...

betul tu aku, mungkin nak cepat kaya tapi kaya juga dengan dosa. Moga Allah murahkan lagi rezeki ayu & yg paling penting mendapat keberkatan.

cikgu isza said...

salam ayu,
memang herajaan tetapkan berniaga di bulan puasa. seawal2nya jam 3. Itu takk jadi kesalahan. Niat kita pun betul kan. Yang jadi masalahnyer.. jam 11 pagi pun dah jual lauk pauk ngan nasi.. apa cerita?

Gen2Merah said...

syukurlah kak.. jangan jadi pada sesetengah peniaga luar sana. ambek kesempatan berniaga menjual makanan pada orang muslim di siang hari.. sedih kan...

apa pun, kami tetap doakan moga rezeki akak berlipat ganda di bulan ini.. salam Ramadan kak ayu

cucu umie said...

kalo kat kedai ayah itu ad shje yg beli air tebu waktu ptng..xthu nk kte apa dah.. hermmm

NadiRah said...

20 jenis?
byknyer~~~~
rindu akak jugak!!!!
ase nk g raye umh akak nnt...huhuu

Nur-nba said...

Banyaknya menu yg Ayu sediakan.. Semoga rezekimu sentiasa melimpah ruah di bulan yang mulia ni..