Photobucket Photobucket

CITARASA RINDUAN

Friday, January 28, 2011

Pejabat Imgresen Negeri Johor dari Bangunan TJB berpindah ke Taman Setia Tropika Kempas, Johor



Alhamdullilah, selamat petang jumaat sahabatku sekalian
Baru balik dari pejabat Imigresen Negeri Johor di bangunan TJB dan Konsulat Indonesia, di jalan Taat Johor baharu…..

Urusan untuk passport my bibik Ina, dah sattle…happy sangat sebab dapat uruskan pada hari ini

Hanya, urusan permit untuk bibik Ika bermasalah…kerana, bangunan pejabat Imigresen Negeri Johor telah berpindah……ini memonya

Jabatan Imigresen Negeri Johor telah mengeluarkan kenyataan bahawa akan mula beroperasi di pejabat baru pada 31 Januari 2011 ( Isnin ) di alamat seperti berikut : -

Jabatan Imigresen Negeri Johor
Kompleks KDN Negeri Johor
Jalan Setia Tropika
Taman Setia Tropika, Kempas
81200 Johor Bahru
No. Telefon        :        07 – 223 8400
No. Faks             :        07 – 222 8485

Waktu perkhidmatan di Pejabat Imigresen Negeri Johor, Wisma Persekutuan, Johor Bahru pada 28 Januari 2011 ( Jumaat ) akan ditamatkan lebih awal seperti berikut :

Sehingga Jam 12.15 Tengahari
Bahagian Visa, Pas dan Permit
Bahagian Pekerja Asing
Bahagian Penguatkuasa

Tidak Beroperasi
Bahagian Pasport

Kerjasama orang ramai adalah diperlukan supaya dapat merancang lebih awal sekiranya memerlukan perkhidmatan di Pejabat Imigresen Negeri Johor supaya tidak timbul kesulitan di saat-saat akhir.
Sekiranya memerlukan penjelasan lanjut, orang ramai boleh berhubung terus ke Unit Korporat, Pejabat Imigresen Negeri Johor di talian 07 – 2244 255 atau alamat e-mel : khidmat _johor@imi.gov.my.


PS: so, urusan untuk siapakan penyambungan permit bibik Ika, akan diuruskan sebelum raya cina, kena bawa salinan kad pengenalan aku (majikan), morney order RM 454.00 dan bayaran insurans pekerja Indonesia adalah RM 145.00
Sekian untuk makluman………..semoga ada sahabat yang duduk di johor mempunyai masalah berkenaan paspord dan permit pembantu…berkongsi dengan ku..di alu-alukan..

8 ulasan:

Jieda said...

Tadi baru je call imegresen nak tanya pasal buat passport.

gadisBunga™ said...

baru plan nak gi imegresen utk buat paspot juga. huu~

CikguAreefNaim said...

salam kak,

taman setia tropika yg byk bangunan baru tu yer... kalau nak gi angsana dr seelong lalu situ dulu...

nampak byk kedai baru bukak di situ... baguslah tu, mengurangkan kesesakan di bandaraya JB...

alhamdulillah, urusan kak dipermudahkan allah...

Unknown said...

jieda--
bangunan TJB tu utk penyambungan permit....
kalau untuk rakyat malaysia, di pekan rabu tampoi

gadis bunga--
kalau orang kita, malaysia..di johor di tampoi, kalau daerah lain ada gak. macam simpang renggam, mersing dll...

azreef--
salam, ya...di setia tropika...utuk sambung permit pekerja ya....untuk buat pasport pekerja pula di jalan taat jb, depan best world...

amin...syukur sangat....2 pekerja nie dah lama bekerja..sambung tahun yang ke 6...bayaran permit seperti yang kak kongsi diatas..

isketambola said...

em...tuk penetahuan akak n rakan2 sekalian...pejabat JPN Johor Bahru akan berpindah awal bulan 3 nnti...so,sesape nk berurusan pd mase 2 leh la pegi ke Pej JPN Pasir Gudang @ Kulaijaya @ daerah2 lain...hehehe

Unknown said...

che ismail
terima kasih ya, kongsi info..orang kuat JPN nie...hehehehe

berpindah ke mana yer??
boleh syer

azzey said...

gud info ayu..:)

Unknown said...

thanks azzey