CITARASA RINDUAN

Monday, January 10, 2011

Pizza kelapa...?


Salam. selamat pagi Isnin semua…

Hujan-hujan macam nie, kalau dapat bantal dan tilam..syok jugalah kan…….

Lagilah semalam tidur lewat layan Anugerah Juara Lagu ke 25….

Area kampong tercinta hujan lebat…aku memasak pun rasa agak mengantuk gitu…….kebetulan ada kelapa parut yang lebih, baki dari urap pucuk ubi yang kugunakan untuk jualan makanan tengahari….kalau simpan, nak buat apa??? So…………..kita buat sesuatu…heheheh

Terpikir pulak nak makan pizza kelapa…heheheh, lemeng kelapa lah…sajer tukar nama..bior unik namanya…nak rasa lagi ngam kita buat sambal cili padi ikan bilis…..bior berpeluh-peluh………..syokkan?

Jom, layan resepi nie, sebenarnya ,mudah jer…tapi sajer nak kongsi dengan korang resepi lempeng kelapa dan sambal cili padi ikan bilis…


Lempeng kelapa

Bahan-bahannya,

Kelapa parut – 200 gram

Tepung gandum -200gram

Gula – 2 sudu

Garam -½ sudu

Air

Minyak masak

Cara menyediakan

  1. campurkan kelapa parut dan tepung gandum, terus masukkan gula, garam dan air… gaul sehingga rata, tak terlalu cair dan tak terlalu pekat adunannya
  2. oleskan minyak masak ke dalam kuali, bila kuali cukup panas..buang minyak…masukkan adunan yang sudah siap digaul…
  3. bila adunan dah kekuningan/masak/garing..angkat..
  4. buat ulangan keatas adunan hingga habis, boleh juga disimpan ke peti ais untuk dijamu pada waktu yang lain sekiranya adunan terlebih
  5. sedia utuk dimakan.

Sambal ikan bilis Cili padi

Bahan-bahannya

Ikan bilis- 100gram (dikopek, dibelah dua, dibersihkan, dibasuh dan digoreng hingga garing)

Cili padi- 50 gram (blander)

Bawang merah – 2 ulas (blander)

Halia- 1 ulas (blander)

Asam keping – 2 keping

Gula – 1 sudu

Garam – ½ sudu

Ajinamoto – ½ sudu

Minyak masak – 2 sudu

Bawang merah – 2 biji (potong nipis)

Cara menyediakan

  1. panaskan minyak masak, tumis bahan-bahan yang telah diblander.
  2. masukkan garam, asam keping, gula dan ajinamoto, tumis sehingga minyak lari dari bahan-bahan
  3. masukkan bawang merah, dan ikan bilis
  4. tutup api, edia untuk dihidang
  5. selamat mencuba


PS: sesekali layan sarapan kampong sedap juga…jemput makan semua..

9 ulasan:

Mama Janet said...

Eh, sekarang lempeng kelapa pun banyak warong2 dah jual untuk sarapan pagi.

Citarasa Rinduan said...

mama janet..

ada jual kt mana?....boleh rasa....

maszmadi said...

eee cam sedap jerk, dolu2 kalu kat kampung, mintak jek kat mak, kompem dapat... ni dah dok jauh, huhu kena tunggu balik kampung ler..

✿ y.a.n.i.e budak G.E.B.U ✿ said...

sedap nye

✿(^^,)✿

eelobor said...

sedap gak makan lempeng kelapa nie, nak2 pula di buat oleh citarasa rinduan.

Aku Adalah Aku said...

waa..... bestnyer........ akak, send cni sekeping... hehe

ab@h_Izz said...

sedap gak ni..tapi bila makan time2 hujan lagi sedapla..ngan kopi o sekali no...

wahida said...

perggghhh, buat i kecur liur je, cicah lak ngan sambal ikan bilis pedas meletup tu...mmg feveret i tu...teringin sgt nak rasa masakan ayu...

azzey said...

CITARASA RINDUAN: Mmg sedap ni....sama le juga dgn mkn ubi kayu rebus cicah sambal & ikan masin..:)