Photobucket Photobucket

CITARASA RINDUAN

Showing posts with label mimpi atau reality. Show all posts
Showing posts with label mimpi atau reality. Show all posts

Wednesday, December 28, 2011

Yang ini pula siapa yang search?


Pernah diblog aku ada yang cari gambar bogel blogger popular, aku mampu tersenyum sahaja.. macam2 hal 

Monday, July 25, 2011

Fuhh!! dalam alam tidur pun DIA ganggu

 Ku toleh kekanan…
Ku toleh ke kiri…..
Serba tak kena, pandang sudut mana pun semuanya berduri…….
Eik, takkan semua tempat ada benda nie!!.
Kacau…………..
Aku berlari ke arah padang…
Toleh kebelakang… Yes!! Dah hilang dah!!
Tapi, ku tersepak benda tajam…………………
Aduh! Ku terjerit nyaring………. Takkan hujung jari kakiku tersepak benda itu……..
Oh!! Betul…. Memang kenyataan………….
Durian penyebabnya….

Tit… tit… (eik, takkan bunyi ambulans pelik!! )
Yang, matikan jam lonceng!! Dah jam 5 pagi…..
Heheheheh! Penangan raja buah………….. sampai ganggu ku dalam mimpi..(nak tahu pasal apa korang klik entry ini dan itu)

Saturday, July 2, 2011

Mimpi malam tadi..

Kat mana2 aku nampak..
Rumah disebelah kanan aku, ada 2 budak memerhatikan lubang tu.. panjang ekor ular sawa tu ada dalam 2 kaki..
Aku jadi risau..
Bila aku berjalan kaki 200 k.meter kehadapan baru ku perasan, ada 2 perempuan sedang ketok sesuatu atas lubang.. lar!!! Ku pitam.. itu kepala ular..
Jadi, panjang gila ular sawa tu…
Aku cepat-cepat lari ke rumah.. nanti bas sekolah sampai..
Tiba belakang rumah, aku nampak dalam longkang.. ada seekor lagi ular sawa. Kali nie ular tu baru telan seekor kambing, gemuk gile badan ular tu.. kambing tinggal kaki jer kat celah gigi ular… dasat….
*****************
Aku lari!! Lari……
Tiba-tiba, sms telefon aku berbunyi (eik, macamana budak sekolah macam aku ada telefon bimbit pulak)
“Tolong saya, anak saya 2 ekor hilang, jika jumpa sms semula….”
Dari  Bapak ular sawa..
Hah!!!!!!
Bapak ular sms aku…….
Tit… tit… bunyi apa pulak nie?
Huhuhuhu, sekali pengera jam lah.. dah jam 5.30 pagi
PS: gila kentang punya mimpi… kalau reality sungguh aku tak hingin,…..tapi lawak pun ada..

Saturday, April 2, 2011

Aku jadi mak andam pulak!!!!

Apasal aku kena jadi mak andam nie, pengantin dah depan mata…siap tadah muka kat aku

Rasanya aku datang majlis nie sebab nak raikan majlis kenduri kawin kawan aku jer…

Eik, ler….awat kat tangan aku ada barangan make up nie…
WAH!!! Tidak,aku tak pandai solek orang, muka sendiri pun aku tak pandai, lagilah nak rias pengantin ………

Kak, lambatnya solekkan saya, cepatlah pengantin lelaki nak sampai tu..kata pengantin perempuan mendayu-dayu..

Aduh!! Aku terus rasa nak pitam!!!!!!



(itulah penangan mimpi yang aku alami hari ini, betul-betul menakutkan..macam di kejar hantu pulak,
Sebenarnya malam tadi dalam jam 8.50malam aku terus tidur. Tersangat letih dan mengatuk, ingatkan sekarang nie dah jam 5 pagi..rupanya dah jam 2 pagi….huah!!!
Nak tidur balik tak mungkin, pagi nanti ada tempahan makanan pulak, FIL dan MIL ke rengit attend majlis kawin sepupunya….sure 2 hb aku tak akan berblogging..)

PS:salam ceria, salam berhujung minggu sahabatku semua, eik.ada ker yang online jam 3 pagi nie!!!..(gambar tu, gambar pertunangan sepupuku…..2 minggu nan lalu)



Thursday, February 24, 2011

Aku di terima bekerja semula?

Di sini : “Selamat pagi”

Di sana : “Puan Siti Ruhayu Ab Rahman ker?…anda telah mohon jawatan Pegawai Akaun di tempat *****?”

Di sini :Yer, semua borang telah di berikan berserta resume saya, interview telah dijalankan sebulan yang lepas………
Di sana: “Tahniah puan….permohonan anda berjaya, anda boleh laporkan diri di Jabatan ******, pada hari isnin jam 8 pagi….”.

Di sini : “Alhamdullilah…”

***********************
Aku terus melompat kegembiraan……selepas meletakkan gagang telefon….terus ku peluk en zalie dan umai tersayang.. Happy sangat pagi ini,,, ingatkan sijil lamaku dah tak laku.... Yahoo!!!!! welcome to working Puan Ayu....(  dah 8 tahun pegang sudip dan kuali...agak-agak boleh kerr otakku buat semula kerja-kerja akaun nie??....)

Namun, aku perhatikan memek muka en zalie berubah 100%..tiada ceria diwajahnya…

Apa yang berlaku nie??

Tit…tit….tit….. “bunyi apa pulak ni”


PS: ler jam lonceng , mimpi rupanya spoil habis...,,,, kalau reality…sanggup ker aku tinggalkan mereka????



Saturday, October 16, 2010

PRIMULA BEACH RESORT, KUALA TERENGGANU


WAH…tadi sekodeng dalam blog ben….ewah-ewah syoknya depa laki bini…selain dapat hantar ibubapa zla ke aiport untuk tunaikan ibadah haji..dapat jumpa dengan blogger masakkan kak nor secubit garam….

Dapat chating sekejap dengan ben…sambil tu…aku tanya tentang resort yang dia booking tu..wah…..primula resort beach namanya….aku nie kalau singgah ke terengganu..hanya tahu hotel sri Malaysia jer..ala..yang dekat dengan pasar payang jer…

2,3 kali ke sana mesti booking hotel tu jer…nampaknya kena ubah selera…

So..aku pun google hotel yang dikatakan tu….wah…..korang mai sini lihat hasil yang aku temui…












Cantik sangat..kalau jiwa korang fotografer sure korang takkan lepaskan peluang nak menembak kat sini…best gile….memang cantik pemandangan kat sana…masakkan pun sure sedap-sedap…maklumlah..negeri yang terkenal dengan nasi dagang….







PS: nak pi…nak pi…nak terjah ke sana juga


Wednesday, October 13, 2010

Apa perasaan anda andai motor anda hilang?


1.
Menggelabah, semua rasa tak betul

2. tertekan, walaupun tak ada benda yang perlu ditekan

3. menggigil..nak buat kerja asyik ingat motor kesayangan anda

4. senak, rasa macam sakit perut

5. cemas, sambil istifar dalam hati

6. fikir yang bukan-bukan, salahkan diri sendiri, walupun banyak pertanyaan dalam diri

Itulah, rasa a.k.a perasaan yang aku alami pagi tadi…lepas siapkan sarapan pagi…dalam jam 7 setengah pagi…mak mertua beritahu..motor skuter kesayanganku hilang dalam garaj motor…adeh…..mengeletar satu badan…berpeluh-peluh ko…

Dah fikir yang bukan-bukan…salah aku ker?...malam tadi, rasanya aku dah kunci mangga kat pintu garaj…siap kunci handel lagi….(sayang ooooo motor…)

Rasanya, kunci motor aku simpan elok-elok…dalam rumah nie pun tak ada orang lain………

Cemas gile dibuatnya, siap nak patah-patahkan tangan pencuri….nak pi report kat balai polis…bior padan muka pencuri…peeh…jauh betul rancangan aku…

Aku soal kat mak. Walaupun dalam hati berbuku kerisauan….

“Mak, betul ker motor hilang? (macam tak percaya pulak), cuba lihat betul-betul…mangga kat pintu garaj ada atau tak? Pintu garaj tertutup atau terbuka…”

Mak balas, “Pintu ternganga, mangga dah terbuka…memang sah motor tak ada…”

Adeh…………betul-betul dah hilang lah…..bisikan syaitan dah datang……toot*****…punya pencuri…marah sungguh nie, pagi-pagi dah buat hal…


thanks, mr goggle (ini bukan motor aku....)

Dalam setengah jam berlalu…akhirnya temui jawapan…rupa-rupanya abah mertua tukar dengan kereta kesayangan beliau…

Wah…………………………………….

Awatlah tak habaq awal-awal………………nasib badan aku tak tukar hijau…..wawawawawawa

PS: bukan salahku atau sesiapa…Cuma takdir di pagi rabu …………………..(senyum walaupun payah)

Tuesday, October 12, 2010

Adakah iman kita masih kuat?..............


Baru balik dari ambil umai di tabikanya…hari ini…customer agak ramai…rezeki berniaga..memang diakui amat penat…peluh keluar bak mandi di telaga…namun…bila lihat untung rugi perniagaan…hatiku kuat menyatakan…bidang berniaga makanan amat menyenangkan…

Bila fizikal dan mental kepenatan..ku tarik nafas dalam-dalam…bertahajud dikaki sejadah mengharap keseimbangan dunia dan akhirat

Apabila ku fikirkan ada insane yang lebih malang menghadapi kehidupan…aku berpijak di dunia yang nyata..walaupun aku sudah melalui pengalaman hidup yang bagiku agak menguji keimananku…alhamdullilah, aku masih dilandasan yang benar walaupun bisikan hati…agak goyang…amin…

Syaitan berada dimana-mana, menguji…dan terus menguji kesabaran anak adam…sesekali tersasar jauh dari landasan yang ditetapkan…akibat kealpaan…alhamdullilah…akhirnya kembali gagah mengikut lunas-lunas islam

Inilah reality kehidupan…selagi bernafas…selagi itu kita pasti akan di uji iman dan maruah harga diri….

Sebagai peringatan kepada sahabatku semua…walaupun dunia pinjam pinjaman….selagi bernyawa…..marilah kita perbanyakkan selawat…memuji junjungan nabi muhamad, keluarganya dan sahabat-sahabat baginda…

PS: jemu dan jelik dengan tingkah laku manusia yang bertopengkan syaitan….tidak malu mempesendakan maruah walau punya anak bini dirumah..

Friday, August 27, 2010

AKU BERLAKON NGAN FARID KAMIL -leh pegang, leh sentuh tu beb-



Aku berlakon ngan Farid Kamil?

Nak ker Farid bergandingan ngan aku?

kalau betul......................

Oh bangganya dapat berpelukan, bersentuhan…sure tidurku tak lama….

Tak lena asyik ingatkan bau badan si Farid Kamil tu….

Hahahahhaha……………….

Lawak jer, sajer nak main ngan FB nie hah….

Nak join sila klik sini…

http://apps.facebook.com/pasangan-artis/?ref=mf

PS: itu kalau..kalau betul?....dijauhkanlah…….tak rela pegang sana sini tubuh lelaki yang bukan muhrim…..


Tuesday, August 24, 2010

AKU NAK CUBA - HANYA RM 1,560.00 AJE-

Aku nak cuba yang nie satu malam ajer, kalau En zalie terlebih bajet...aku nak dia booking 3 hari 3 malam.....syok oooooo dapat tidur lelama....lagilah bulan posa.....(terus batal puasa aku...heheheheh)




kalau susah gak nak tempah, aku minta yang macam nie pulak, ala....murah jer RM 1,560.00 pakai duit nuffnang yang aku dapat tu......tak cukup?....ala....pinjam kat blogger pemes nun, Ben Ashaari..hahahahah


tapi, semuanya adalah angan-anganku, Insyallah mana tau kan.....akan bertukar ke reality......korang doakan lah yer, sampai gak satu ari kat hotel klass nun....lokasi.?...dekat jer kat Meilenwerk, Stuttgart, JERMAN.....hehehe

untuk info selanjutnya layan sini

Tuesday, April 27, 2010

KUNJUNGAN BALAS DARI BLOG BEN ASHAARI

Adus...akibat dari mimpi yang buatkan aku ala2 tekejut dari lamunan, aku diterjah bertubi2 kat ym dan FB... ayoyo... aku memang tak tipu, mimpi nie memang bawa aku jelajah sampai ke kelantan, jauh kan....?

Kalau nak kata aku terlebih khayal a.k.a berangan...sure aku tak sanggup buat entry "Ada apa antara aku, Azila dan Ben Ashaari", Ada yang kata aku tak basuh kaki, alahai....tiap2 malam sure amik ambil wuduk,,,mana boleh tak basuh kaki, tak sah solat aku..hehehehe

Sebenarnya, aku layan novel HM Tuah, cinta 5 segi...ingat cinta 3 segi jer ada kat dunia....4.5 segi pun ada tau...dan sebelum tertidur aku buat entry tentang novel Emma Maizura, cinta 3 segi juga antara si kembar, tangkap leleh baca novel tu....(tiba2 teringat kat si kembar Isma,......sis rindu kalian, bila lah dapat jumpa?)...

Syok chat dengan WAWA, dalam fb, wawa minta aku baca blog ben ashaari..eik......? entry apa lagi si Ben tu...puas aku follow ikut semua blog yang dia dok jelajah, masih ada entry baru ker?...nie mesti kat opis ben tengah kekurangan kerja tu...sampai ben dok buat entry bertubi2...., alahai...ben2. penangan ko memang best dalam dunia blogger. TERBAIK BEB!!!

Nak tau apa entry Ben Ashaari? mai KLIK SINI .... tajuknya, "perancangan minggu ini JOHOR"... adus...kacau si ben nie, awatnya sampai lupa yang aku ada rancangan lagi mengetarkan stamina dan menguatkan akal fikiran....." ben, ko lupa lah tu.........................".
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>


EXPEDISI 4X4 SELAI-ENDAU TAMAN NEGARA
1-2 MEI 2010..

PS: kalau ko jadi datang ngan azila, sure aku yang rugi..mana taknyerr nak jumpa MAT GEBU tu...)

ADA APA ANTARA AKU,AZILA DAN BEN ASHAARI

Aku, mulanya tak setuju, tapi akibat desakan dan permintaan, aku turutkan, setuju jer lah, sekurangnya aku dapat manfaaf dan bekenalan dengan lebih rapat...

Aku, tarik tangan umairah,..ikut planning aku dan keluarganya jumpa kat ERL,yang buat konfius tu,.mana En Zalie... maybe dia follow aku kemudian..

Sampai jer kat ERL, ben dan azila dah tunggu kedatangan aku..mana tak happy family yang romantik aka ala2 pasangan paling meletop kat dunia blogger jemput aku datang ke rumahnya,...

"selamat berkenalan ayu, " sapa azila dengan ramahnya..., wow, cantiknya wife ben..cute, rendah jer tubuh badannya..

Aku, terus peluk dan berjabat tangan dengan azila, time nie ben dah mula layan Umai,,,wow.. ben memang suka budak2 lah bisik ati naluriku...

"Ayu, jom ben bawa balik kampung azila", sapa ben dengan nada simpati, eik...janji nak jalan2 putrajaya, awat ler dia ajak aku ke kampung kelantan pulak.....bisik hatiku....

"okey, ayu set jer"...peeh,tanpa berlengah lagi aku turutkan kata2 ben..yahoo............ trip ke kelantan pula.,....

johor-putrajaya-kelantan

dalam perjalanan, aku masih lagi teringat kat En. zalie, "mana lah hubby aku nie, sure dia lupa nak follow aku kat putrajaya tadi"... bisikan hati menerpa kembali..., ku toleh kanan dan kiri , suasana seperti yang ben ceritakan dalam blognya ben ashaari II, 6 jam perjalanan kami tiba akhirnya ke kampung azila...seperti yang aku gambarkan sama seperti dalam blog ben, korang nak tahu sila KLIK SINI

Setibanya dikampung azila...kami dikunjungi ahli keluarga azila yang agak ramah, memang ramai ahli keluarganya...time nie pula depa syok tengah makan malam., yahoo..memang best gile..makan nasi dagang pulak tu...umai makan dengan lahapnya... azila asyik sorong lauk2 kat pinggan aku, peeh....aku nie diet..tapi, dah rezeki depan mata makan jerlah...ben pula, aku perhatikan dan 5 pinggan nasi dia bedal..kussss semangat.....

Lepas tu, ben dah layan anak2 saudaranya si ammar dan Ryyan... nak tengok pic dia hah, kat bawah tu.... cute kan anak2 saudara Azila, patutlah Ammar amik alih kuasa blog ben ashaari..rupanya ammar memang cerdik, tentang blog ben ashaari kena jual tu pi klik sini




Bila bangun pagi, aku dah tak larat nak buka mata., dek kepenatan si Umai yang demam pun tak buat hal,,, tapi aku dengar suasana kat luar bilik tidur dah bising2..ayoyo..malu beb, kalau bangun lewat, maklumlah family azila nie warak sikit...., aku gagahi juga nak mandi pagi, kuss...semangat..sejuk gile air perigi nie...suasana kampung memang buat aku tak leh blah...mandi ala2 P.ramlee okey gak, hahahahah....ingat nie zaman dulu2 ke Puan Ayu...mandi betul2 ler...baru puas ati.....Grgrgrgrgrg....sedapnya mandi kat perigi nie...

Lepas mandi aku ke dapur, azila cuit tangan aku, dia kata

" ben suka makan nasi beriani, ayu bantu azila masak boleh ker?"...

hah. nasi beriani, bila pula ben suka nasi tu..aku tak pernah baca pun dalam blog dia..., aku anggukkan jer.....

"Zila, ayu nak beras beriani ada jual tak kat kedai runcit area sini"....yerlah aku nak masak beriani, bukan nak masak nasi ayam...brand apa2 pun takkisah...

" nanti zila tanyakan ben, kejap yer ayu"....

Ben, time nie keluar dari bilik...terus dicapainya nasi goreng yang azila buat, umai pun makan dengan lahapnya...si ammar dan Ryyan duk kat keliling meja makan...Aku, masih lagi terasa macam mimpi..eik..mana En zalie nie call pun tidak, sms pun tidak, tahu ker aku kat mana sekarang nie, takkan storm buat hal pula?...kali nie bisikan hati aku masih terbuai2 kekecewaan...

tak leh jadi nie, aku nak call ler handphone en zalie, tiba2....

"Yang. bangun...dah awal pagi nie...Umai minta susu, malam tadi dia tak buat hal, agaknya makan ubat selsema sebelum tidur kot....."..sapa en.zalie

Aku, pandang kanan dan kiri..eik....ler..aku mimpi rupanya..................
(wee,...awatnya aku leh mimpikan family ben nie....hahahahaah...poyo...tu ler terlebih baca novel tu.....)