Photobucket Photobucket

CITARASA RINDUAN

Monday, April 2, 2012

Bersyukurnya aku menjadi anak PENEROKA


Syukur, aku dilahirkan dalam komuniti kumpulan yang besar, kelilingku adalah penduduk setempat, maklumlah aku anak peneroka, bila ku melangkah dewasa dan DIA tentukan pasanganku, ku mendapat pelindung jua anak peneroka..

Kerana ini, sesungguhnya ku bersyukur atas ketentuan yang DIA berikan buat kehidupanku… jiranku hanya bumiputera yang berBIN dan BerBINTI..


Rasanya mungkin akan berlaku sedikit kecelaruan jika aku tinggal dibandaraya… mungkin aku tak tahu nak tanam menanam dimana, nak sapa dengan siapa? Mungkin aku tak tahu nak rewang... walhal, time rewang penuh makanan dan minuman yang disediakan oleh tuan rumah




Kalau aku duduk dibandar, mungkin aku dah tak reti nak makan sedulang dengan kawan2.. walhal kalau dikampung/felda aku pastinya makan sepiring dengan pekerjaku, sepiring dengan suamiku jua anak daraku…
(gambar kenduri kahwin jiran sekampung, aku suka hadir kemajlis orang lain, sebab aku suka akan masyarakat felda yang sentiasa berkasih sayang sesama jiran, dan mungkin entry aku tiada kena mengena dengan gambar.. heheheh)


Tapi, yang ini adalah betik dari pelanggan CR, seronoknya tak perlu keluar RM untuk membeli sebiji betik yang masak menguning… ku edarkan kepada pekerjaku.. kerana hari ini kami berpuasa sunat isnin



PS: kalaulah aku dilahirkan bukan menjadi anak peneroka, pastinya aku lupa dari mana asalnya sabun, minyak masak.. syukur, kelapa sawit menjadi rezeki halal kami berjaya hingga kini… (aku tiada niat untuk melukakan mana pihak, kerana aku tahu kawan2 semua dari golongan luar bandar, kini kita semua berjaya hingga ke tahap ini)

15 ulasan:

eelobor said...

hehehe.... aku bersyukur menjadi anak Malaysia

Unknown said...

eelobor--
kannnnnnnnnn... yang pasti aku suka kampung... kalau ke bandar ko tunjukkan jalan ya.. heheh

Hudalatip said...

duduk kg memang best kan ayu, kita rasa dua-dua, waktu kerja duduk kg, weekend balik rumah mak abah kat bandar, hehe

Maya Mayana said...

felda masuk bursa saham la ni :)

Puan Ros @ Sinaranmenu.blogspot said...

salam..hidup peneroka dan Felda!!!!!!

Unknown said...

yana--
tapi sedihkan kpf takdapat disenaraikan..

puan ros-
wsalam...
betul tu..... hidup felda

Unknown said...

Slm kak...Bersyukur mcm2 kemudahan yg kita dpt skrg...

mamaijat said...

.....Anak peneroka ke x..
dok bandar ke x...
kita semua anak MALAYSIA....
kan......

fatin said...

bersyukur... apapun kita 1 malaysia..hehee

blog-tips-kurus said...

bersyukur jadi rakyat Malaysia, kan..! :-)

Izan Ishak said...

zian pun tumpang bangga bila tgk ramai sekali anak peneroka yg berjaya sekalipun izan bukan anak peneroka. tapi asal usulku juga dari kampung...

PCL said...

ank peneroka dah bnyk dapat keistimewaan kini...syabas atas usaha org dulu2.

insan marhaen said...

bagus ya... rajin puasa sunat. amalan para ambiya!

jeBateja said...

den anak peneroka jugak kak....ahakz....menoreh getah dulu rm0.50 sekilo...ahakz

munna said...

tumpang bersyukur juga .. munna jadi menantu peneroka