Photobucket Photobucket

CITARASA RINDUAN

Sunday, August 1, 2010

19 julai 2010 (27 hari HSI)

(SETIAP ENTRY ADALAH BERJADUAL, MAAF SEKIRANYA TIADA RESPON DARIKU)

Umai datang, wow…aku teruja sehingga airmata sekali lagi berjujuran..rindu sesangat..hingga tak sedar storm yang aku pandu sampai ke tesco…aku bawanya ke playground…gembira yang amat anak kecilku itu..

Pintar sungguh, hingga merenggek hendak abah…(baju dan anak patung yang ku beli dipeluk erat)..minta ditukarkan baju baru ..katanya untuk dilihat si abahnya di ward…

Oh…anakku bijaknya..tapi sayang…tak boleh anakku…kamu hanya boleh ber 3G dengan abah, (sebak juga bila abahmu melambai tanpa mengeluarkan suara, kerana lehernya di operate), atau ibu merakamkan gelagatmu untuk tatapan abah kamu…itu sahaja yang boleh ku lakukan untuk kedua-dua insan yang dalam kerinduan.

Aku syukur ke hadrat illahi, kerana dikurniakan anak yang pintar dan memahami apa yang aku luahkan…semoga sembuh En Zalie dengan keadaan yang baik akan ku belikan sebuah basikal beroda 3….

PS :lupa nak kongsi, kedua orang tuaku datang, walaupun ibu berpuasa sanggup melawat menantunya, jua kedua mertua datang walaupun kesihatannya tidak begitu memuaskan, syukur kerana mereka masih ada untuk berkongsi cerita sedih dan gembira keluargaku..

3 ulasan:

Ain said...

kesian umai, mesti dia rindu nak bersama abahnya....

moga ayu terus kuat menempuh dugaan ini...

insyaallah...

aeinio said...

akak paham sgt apa itu 'erti rindu...' sebab pernah lalui keadaan sebegini.. moga terus kuat dan tabah ayu..

kella said...

rindu kak ayu....... hmm