Assalamualaikum selamat berhujung minggu, hari nie dah masuk hari yang ke 12 kita menunaikan ibadah puasa,cuaca kat luar pun cantik jer, cerah, sang suria pun dah tonjolkan diri, dah seminggu asyik hujan jer...semoga hari nie dapatlah kita menguruskan kain baju diampaian. Pening juga kalau hujan selalu...
Alhamdullilah…ayu masih dapat menunaikan ibadat puasa selagi tiada keuzuran, biasanya ponteng hujung bulan, gamaknya anak bulan dah nampak dahulu lah dari korang… raya awal dari korang..kwang..kwang..
Bercerita tentang ponteng puasa,kalau dibulan puasa, seisi keluarga takkan perasan yang ayu tak puasa, biasanya ayu cover dengan bersahur dan berbuka bersama-sama, macam orang berpuasa, kalau haus berani minum senyap-senyap ajer…
Kalau korang nak tahu sebelum bergelar isteri, ayu duduk dengan family di F Tenggaroh Mersing, ibunda kalau tak puasa, kami adik beradik tak pernah perasan pun, dia berpuasa sepeti biasa…itu yang bila bergelar isteri kepada En Zalie, ayu amalkan apa yang ibunda buat.
Teringat kat anak saudara ayu di Damansara, katanya hari-hari berpuasa, namun bawa bekalan minuman kesekolah, bila di tegur perbuatannya salah…dia kata, puasa tak boleh makan, minum boleh, eik……bila disoal tentang niat berpuasa terus diucapnya
…sahaja aku berpuasa makan di bulan ramadhan, esok hari kerana Allah Taala,
Adeh…. Dah berlakulah salah faham bila melihat mamanya minum di bulan ramadhan, walhal mamanya ada keuzuran.
Untuk wanita-wanita yang ingin tahu kenapa aku melakukan sedemikian, Kebaikkannya banyak antaranya:-
- Menghormati orang yang berpuasa
- Mengamalkan sifat malu, lebih tertutup terhadap sesuatu perkara
- Melatih diri agar tidak bersifat terbuka, lebih-lebih di bulan Ramadhan
- Melatih anak-anak berpuasa, sekiranya kita makan di hadapan mereka, pemahaman tentang ibadat berpuasa akan disalah ertikan oleh mereka
- Ajar anak-anak berpuasa, ianya rukun islam, namun mempunyai banyak manfaat, sekiranya tak dapat lakukan ibadat puasa, masih menghormati orang lain, tanpa makan secara terbuka
4 ulasan:
awe kalu tak puasa pun kak....segan nak makan...macam slah jerk..paling2 pun minum air jerk...sebab kita tak puasa dah kelebihan yang Allah bagi pada perempuan..nak makan pun tak da selera..tapi kat umah ni sume dah besar dah tau.jadi tak da hal...hehe..
best nyer dapat makan..hehe
btw, header tu menarik sesangat..=P
latest entry Resepi Tepung Pelita
Betullah AYU. Kak Azie setuju dan sokong apa yang AYU praktikkan. BONDA Kak Azie dulu pun tak pernah kami lihat dia dalam keadaan tak puasa. Kami anak2 pun tak tau masa bila yang dia tak puasa...
Assalamualaikum. Perhatian kepada blogger-blogger johor. Pada 28/8/2010 blogger johor akan menganjurkan 1 aktiviti berbuka puasa... akan di anjurkan di Johor Bahru. Kepada sesiapa yang ingin menyertai kami, sila ke facebook blogger Johor. Harap maklum
Post a Comment