Photobucket Photobucket

CITARASA RINDUAN

Monday, August 16, 2010

MENANTU? HANTU? PEMBANTU RUMAH?

Assalamualaikum, selamat pagi para sahabat...ku doakan korang semua sempat sahur , bukan apa...ambil berkat...bersahurlah walaupun sebiji kurma sudah memadai...nak pi kerja kalau tak bersahur, alamatnya 3 petang..semua dah pakat sakit perut...ada yang tak tahan, terbuka awal, ada ker?

Semenjak pulang kerumah...alhamdullilah,,belum lagi kami sekeluarga terlepas bersahur...lagipun kalau aku terlambat menyediakan menu bersahur...mak mertua tersayang gerenti dah siapkan makanan..

Sejak aku melangkah ke rumah ni, setiap kali bulan ramadhan kami nie anak beranak tak suka nak susahkan anatara satu sama lain..kalau mak dah bangun, dia takkan kejutkan aku untuk bantu memasak...tapikan malu juga, kalau sekali dua okey lagi...kalau tiap hari ?.....dah sah-sah aku si hantu bukan menantu..

Hari nie dah hari ke 6 kita menjalankan ibadah puasa, pejam celik, pejam celik dah nak beraya, aku nie jenis yang tak leh duduk senyap-senyap...kalau ikutkan nak jer buat persiapan awal-awal...

Update blog sambil basuh langsir...bak kata orang indon...`alon-alon`....basuh separuh-separuh...lama-lama siap sebiji umah aku kemas..cadang nak basuh tingkap, dapat 3,4 biji tingkap okeylah tu...bila dah sampai lebaran...gerenti tak banyak tenaga ku gunakan...

Memanglah aku ada pembantu rumah, tapikan...aku rasa lebih baik aku yang bersihkan keseluruhan rumah nie, rasanya lebih puas dari arah pembantu rumah yang uruskan. Aku lebih suka pembantu rumah tolong di kedai sahaja, tahun nie 3 orang pembantu aku balik kampung...Nampak gayanya lebaran nanti dapatlah ole-ole dari Indon,

Tapikan, bercerita tentang pembantu rumah nie, setiap orang ada hal sendiri, aku tahu ramai wanita zaman kini yang berkerja, maklumlah..situasi kita berbeza. tak semestinya yang ada pembantu rumah tu malas...hanya keadaan yang berbeza, apa yang penting....saat menguruskan ketibaan lebaran...ianya satu perasaan yang amat luar biasa...

PS hanya wanita yang tahu.....


2 ulasan:

kella said...

Selamat pagi! :)

macamana perkhabaran sekarang?
kita sedang qada semula baca entri blog ini! hehehe.. maklumlah, masa tak mengizinkan..

betul tu, kita pun baru rasa ada rasa beban tanggungjawab sekarang ni, memang byk perkara nak fikir kan, dulu time solo ok je, ni dah berdua, byk pihak kena fikirkan juga, so persiapan pun dah berganda..

betul tu.. hanya wanita yang rasa.. :)

kella said...
This comment has been removed by the author.