Photobucket Photobucket

CITARASA RINDUAN

Monday, August 2, 2010

OKSIGEN DIKURANGKAN DARI 6 LITER KE 4 LITER

32 hari di hospital..satu jangka masa yang amat lama..namun ianya amat penting untuk sebuah nyawa kepada suamiku, bermakna 12 hari aku disini….menemankan si suami…menjadi nurse peribadi yang tanpa tauliah…terima kasih kepada staff nurse dan pelajar KLMU dan pelajar INTENC yang mengajar aku bagaimana menguruskan keperluan suamiku.

Segala kelengkapan dihospital amat memuaskan, aku sudah pandai menyesuaikan diri, sebenarnya 3 hari aku tidak dapat menulis, kerana mengadaqkan puasa tahun lalu..alhamdullilah…akhirnya dapat ku habiskan sementara tiada pekerjaan lain yang boleh ku lakukan.

Hidup di hospital sering kali dikejutkan suara pesakit dan suara dari mesin – mesin disini..pekikan, lolongan, rintihan dan macam-macam ragam pesakit ku perhatikan.namun aku sudah lali…pesakit di hadapan, sering berganti..namun untuk suamiku belum ada peluang untuk pulang ke rumah.

Dan akhirnya hari ini, oksigen yang diperlukan oleh suamiku dikurangkan ..nampaknya dia semakin tabah…hanya aku sering tersipu dan gelak seorang bila jam 4 pagi para doctor akan mengambil darah untuk ujian oksigen atau buah pinggang, memek wajah suamiku berubah rupa..seperti kanak-kanak yang kesediahan bila tidak dapat barang yang di pinta…aku jua yang kena jadi penenang…

PS Oh, abang….kau takut sakit bila dicucuk sana sini…tidak sesuai dengan tubuhmu yang besar….hahahahah…

5 ulasan:

maszmadi said...

smoga suami sihat hendaknya..

Kengkawan said...

speedy recovery ya

Nur Hawa Mohd Zin said...

heheh...mesti hubby akak manja ngan akak...semoga sehat ye kak..sume dalam keadaan selamat

kella said...

doa sentiasa bersama..

psst.. kak ayu, nak minta no telefon boleh? :)

Yatie said...

Salam Ayu,
Semoga suami Ayu cepat sembuh...akak dapat rasakan kerinduan yg kalian alami..semoga sabar dan tabah selalu..