Akhirnya (hari yang ke 10 di ICU pakar putri) En zalie dah boleh makan bubur...sedikit, adalah dalam 4 sudu, namun ianya memadai dari minum susu dari tiub yang dipasang dari hidungnya.. aku tahu ianya menyakitkan...namun, perlukan masa untuk en zalie menyesuaikan keadaan sementara jantungnya yang belum kuat.
Sepanjang en, zalie mula sedar dari komanya...aku tahu, kerenahnya seperti budak kecil..hendak itu..hendak ini..bukannya dia tak boleh minum air tapi, kuantitinya perlu sedikit..namun, aku seperti ibu yang perlu bermain dengan emosi kanak-kanan, perlu tabah, kuat semangat dan pandai memujuk....(tapi sampai bila?)
Terharu dengan kedua orang tuaku...selama 5 hari berkampung dihospital, walaupun ruang di luar ICU agak kurang sesuai, namun..kamu berdua banyak meluangkan masa mengalunkan doa dan ayat-ayat al-Quran....penguat semangat en zalie....terima kasih Puan Jumiah dan En Rahman
Terima kasih kepada ahli keluargaku yang sanggup pulang ke JB, abang long, kak long, uda, jijai, jali, ain , ika, manja, haikal, dan amoi....memberi semangat kepada aku dan en zalie..aku tahu, mereka cinta akan suasana dahulu..namun kini berbeza..beri kami peluang dan ruang..ada jodoh, kami mengziarahi kalian
terima kasih kepada abangku Azlie dan kakakku Enn, korang penguat semangat aku...untuk meneruskan kehidupan...sesungguhnya kalian berdua amat bermakna kepada aku
Terima kasih, Isma dan Kak Dian, tanpa kalian..wajah ini kurang senyuman...(teringat hari ke 5 dihospital, aku dah lama tak sentuh nasi...itulah hari yang amat menyenangkan bila kalian disisiku, kumakan nasi seperti kebuluran.)
Terima kasih kepada kak lieya sekeluarga, abang ee (alhamdullilah, berangkat ke perth pada malam nie..bangga dengan abang ee, selamat pergi dan pulang), cik mat gebu, azila, ben ashaari,sis lelord yang selalu mengirimkan kata-kata semangat dan doa untuk aku dan en zalie..alhamdullillah..akhirnya keadaan en zalie bertambah pulih, hingga doktor terkejut dengan keadaannya yang amat memuaskan.
Jua, terima kasih kepada sahabat blogger seperti sis yatie, NJ, MM, azian, kella, mama miraki, jaja, cikgu isza, eija zakuan, sis zaidah, sis rizan, sis aja, sis ayu, cheqa, chielabayes, ayie, nuanza, azlina, chikali, sis ain, kniedaz, adik anis, nora asfa, sweeite 2010, mas duniaku, sis nurmalissa, eina (sugar spices). Sesungguhnya setiap doa dan kata-kata kalian ayu amalkan buat penguat semangat ayu menjadi wanita yang tabah dan berani
dan, kepada sahabat FB, seperti idah, ani ayu, eija, kak hasina dan lain-lain. Bukannya aku tidak mahu memberitahu keadaan en. zalie yang sebenar, namun aku tak punya kekuatan ketika dalam kesusahan dan kesediahan.
Kini, aku semakin berani,..terima kasih diatas kiriman mesej dan kata-kata semangat dari kalian. Berkat doa kalian, akhirnya en zalie diizinkan bertukar ke ward.
PS aku, perlu kuat bermain dengan emosi, agar tidak mengizinkan makanan yang tidak bagus untuk kesihatan en. zalie berada di perutnya, ianya ibarat racun yang cepat melarat.
13 ulasan:
Syukur Alhamdulillah...dah bertambah sihat. semoga cepat sembuh en.zalie
MAAF kerana Kak Azie seperti ketinggalan dgn berita yang menimpa ZALIE ni. (Kak Azie pun baru jer keluar hospital).
apapun syukur rahmat ke atas NYA, semakin pulih ZALIE dan semoga kesihatannya terus bertambah baik.
buat AYU dan seluruh ahli keluarga, semoga terus tabah dgn ujian ini, dan terus kuat menjadi insan yang diuji...
Aminnnnnnnnnnnnnnn....
alhamdulillah berkat kesabaran ayu sekeluarga...
akak agak emosi membaca n3 ayu ni
turut gembira dengar khabar gembira..
ayu bertuah dikelilingi orng2 tersayang yang memberi dokongan..
hanya doa yang dapat saya kirimkan..
Alhamdulilah..maaf yea x dapt jenguk En Zalie..x balik jb..hati teringin tp apa kan daya en suami x ada..ct doakan agar kesihatannya bertambah baik n ayu terus kuat semangat,amin..
alhamdulillah...
kasih nak mintak maaf sebab x sempat nak mesej akak bertanya khabar dan x berkesempatan nak melawat en zalie kat hospital..kasih sibuk dengan aktiviti kolej...tapi kasih selalu doakan kesihatan en zalie supaya cepat sembuh seperti sedia kala...
alhamdulillah semoga asben ayu terus sihat....
alhamdulillah
semoga suami kak ayu cepat sembuh ye =)
salam melawat.. kak ayu..
lama cuti.. ni baru sempat kita melawat..
Alhamdulillah sangat.. syukur sekurang kurangnya ada peningkatan! sama2 kita doakan lagi, semoga semuanya selamat..
kak ayu, kuatkan hati.. tabahkan diri ok..
InsyaAllah.. semua slamat.. Amin.
salam melawat.. kak ayu..
lama cuti.. ni baru sempat kita melawat..
Alhamdulillah sangat.. syukur sekurang kurangnya ada peningkatan! sama2 kita doakan lagi, semoga semuanya selamat..
kak ayu, kuatkan hati.. tabahkan diri ok..
InsyaAllah.. semua slamat.. Amin.
Syukur Alhamdullillah..semoga en. zalie akan bertambah sihat & ayu semakin kuat & tabah menghadapi apa jua rintangan mendatang.
alhamdulillah, En Zalie dh sedar..insya allah, berkat doa semua dan ketabahan keluarga ayu, En Zalie akan pulih seperti dulu..take care
Alhamdudillah, moga En Zalie makin sihat dan Ayu sekeluarga dapat meneruskan kehidupan seperti biasa,sokongan orang2 sekeliling memang amat bermakna kan Ayu,anak Mas pun masuk wad Ahad lepas, kena denggi, baru semalam balik,
Post a Comment