Photobucket Photobucket

CITARASA RINDUAN

Monday, June 14, 2010

KHAS UNTUK SI SUAMI:KHASIAT MEMELUK ISTERi- UMUR BERTAMBAH KE 5 TAHUN

Seorang suami yang memeluk isterinya untuk sekurang-kurangnya 10 saat setiap pagi akan panjang umurnya 5 tahun!. Pakar motivasi Datuk Dr. Mohd. Fadzilah Kamsah berkata, fakta berdasarkan kajian oleh seorang pakar di Jerman mengenai hubungan antara sentuhan dan tahap kesihatan. Seseorang itu boleh panjang umur jika memeluk isterinya setiap hari kerana pelukan dan sentuhan boleh menyebabkan tubuh manusia mengeluarkan pelbagai hormon termasuk endorfin yang baik untuk kesihatan tubuh.

”Bagaimanapun, sebagai seorang Islam kita tidak harus lupa ajal dan maut terletak di tangan Allah,'' katanya. Hormon endorfin adalah sejenis bahan kimia semula jadi yang bertindak sebagai penahan sakit dan mengurangkan keresahan. Jelasnya, selain mempunyai kesan positif dari segi saintifik dan kesihatan sentuhan, pelukan dan gurau senda antara suami dan isteri juga merupakan sunah Rasulullah S.A.W. Ada kajian di Amerika Syarikat juga mendapati pelukan suami dapat mengurangkan tahap kolesterol dan meningkatkan kesihatan isteri. Oleh itu suami yang inginkan isterinya menurunkan berat badan digalakkan peluk isterinya lebih kerap.

Juga kata beliau, hubungan seks dalam penuh rasa kasih sayang juga dapat membantu pasangan untuk awet muda dan berketerampilan menarik. ``Wanita yang mempunyai kehidupan seks yang baik dan bahagia akan lebih cenderung untuk menghiasi diri,'' kata Datuk Dr. Fadzilah Kamsah
.

9 ulasan:

Unknown said...

wah...bgus info ni~

Unknown said...

alinac....

minta en suami...peluk kita tambah ke 5 minit lagi..sure umurnya bertambah2....hihihihi

Lelord said...

akak mmg suke kena peluk hehhehe

Unknown said...

kak..

lepas nie...hari2 kena peluk..maklumlah..dah satu umah dengan en suami...

suka sangat kak n en suami duk sama2....

Ayie said...

Aduh... akak boleh la citer.. pasal akak dah berkahwin..huhuhuh

ni ha saya ni.. saper saya nak peluk???

Gadis Johor bahru tu ke?Eeee bukan tak nak.. tapi takut kena langgar je ngan mama dia.. hihihihih..

I hope mama dia tak baca la komen ni...

Unknown said...

ayie..

kikikikik.....(gelak jahat nie), mama dia baik tau...

sis kan rindu ngan awak...agaknya bila nak jumpa lagi..jom serang ke kedai kak...ramai pelanggan yang masih muda tau...anak felda katakan..

azieazah said...

Sangat setuju dgn tips itu..

Jika tiada kesan umur sekalipun, wajar peluk demi kasih dan rasa cinta...

sweetie2010.blogspot said...

Salam Ayu,

Kalau macam ni kene peluk selalu lah yer..

Salam ziarah, singgah sini baca N3 dan terus follow u.

Ain said...

peluk memeluk ni boleh eratkan hubungan jugak kan....

bukan antara suami isteri jer, boleh amalkan kat anak-anak dan sedara mara....