CITARASA RINDUAN

Sunday, June 27, 2010

AKU RINDU SUARA DAN GELAK SUAMIKU

Pemanduan aku agak kurang selesa..mungkin kerana hatiku sayu mengenangkan Umai disebelah yang terlena kepenatan…kesian dengan keadaan Umai…tak terjaga…kurang layanan dari aku si Ibunya apatah lagi dari ayahnya yang terbaring kaku dengan kesakitan yang beliau hidapi

Ya Allah, kau kurangkan kesakitan yang dirasai oleh suamiku Mohamad Razali Hamis

PS: aku perlu kuat…dari segi mental dan fizikal….

42 ulasan:

eqbalzack said...

ayu kena sabar k...
setiap manusia tak terlepas daripada ujian drp Allah s.w...

Siti Ruhayu Ab Rahman said...

salam abang ee

jiwa ayu kurang tenteram...sepanjang perjalanan kerumah dari hospital...air mata menjadi peneman...

terima kasih atas nasihat abang ee.

cheqna said...

salam kak ayu
be strong...benar..berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul...so kak ayu kena kuat walau hakikatnya hanya kak ayu yang tahu..apepun cheqna doakan yang terbaik untuk kak ayu...

JaJa'Z said...

kak ayu: be strong ok..jaja doakan semuanya akan selamat seprti biasa..jgn lupa sentiasa minta pertolongan dr Allah ok..

A-Y-I-E said...

Assalamualaikum kak ayu, jangan sedih-sedih. Kami serta blogger-blogger yang lain mendoakan kesihatan suami kak ayu sihat. Inilah ujian Allah terhadap kita. Insyaallah jikalau kita terus menerus ingat terhadapNya, Allah akan sembuhkan suami kak ayu.

Insyaallah jikalau ada kesempatan, saya datang ke kulai nanti

Mat Gebu said...

salam ayu....saya turut bersimpati dan turut berdoa atas kesihatan en zalie....

nuanza said...

salam...

semoga terus kuat dan tenang
jaga kesihatan diri yer..agar dpt jaga yg tersayang..

cikgu isza said...

hanya kata2 semangat dan doa yang dapat di kirimkan..

semoga segalanya akan pulih..

BEN ASHAARI said...

salam ayu ..

doa dari kami berdua kepada Allah agar Zalie kembali sihat seperti dahulu.. jaga diri dan umai ...

AZLINA said...

Salam Ayu, akak doakan semoga suami Ayu, Zalie cepat sembuh dan dpt kembali di samping Ayu dan Umai..tabahkan hati & banyakkan berdoa, pasti ada hikmah disebalik sesuatu...

anis said...

salam dik.
tabahkan hati menempuh dugaan Allah ini, setiap yg berlaku pasti ada hikmahnya. bangunlah di tengah malam utk solat hajat n solat tahajud n berdoalah kpd Allah dgn setulus hati. InsyaAllah... Moga suami adik cepat sembuh.

Lelord said...

Ayu..be strong, btul airmata peneman kala ini tp jgn ikutkan perasaan sgt. Cian kat umai jgn nangis depan dia tau. Akak doakan yg terbaik untuk kamu sekeluarga

ChiLaBaey's said...

Saya doakan kesjahteraan dan kesihatan suami ayu juga.... Kena kuatkan semangat dan sentiasa berdoa dan meminta kepada Allah supaya diberikan kekuatan utk melawan penyakitnye....

Yang penting kena kuatkan fizikal dan mental utk menghadapi segala apa yg akan berlaku... Insya Allah semuanye akan beransur seperti sediakala... :(

CiKaLi said...

Aslm,

arap kak ayu tabah ek..
bnyk bace doa..
mntk Allah sembuh kan..
abg Zalie..

cikali sentiasa mendoakan
kesejahteraan keluarga kak ayu..

ain said...

salam ayu.. sabar dalam menempuh dugaan ini.. semoga semuanya seperti sedia kala.. jaga diri dan umai...

AYU said...

sabar ayu menghadapai ujian Allah...
Kak ayu doakan suami ayu cepat sembuh...ayu pulak jaga kesihatan ye..

eija zaquan @ sweetmama said...

yup btol..ayu mesti kuat dan tabah..mmg sedih bila lihat org yg kita syg sakit..tp ayu kena kuatkan semangat ayu k...semoga en. zalie sihat seperti sediakala. Take care of yourself to..!

Kniedaz said...

Sabar dan kuatkan semangat..kami doakan semuaga en zalie cepat sembuh

Nora Asfa said...

Salam Sis. Ayu..

Akak memahami situasi Ayu.. sebab Akak juga melalui situasi yang sama pabila orang yang di kasihi (Abah) sakit.. Do'a adalah penawar untuk kita menjadi tabah dengan izin Allah SWT. Semoga suami Sis akan segera sembuh dan sis juga jaga kesihatan ya..

kella said...

kak ayu! tahu.. kak ayu kuat..
akak byk doa kat Tuhan, moga dipermudahkan segalanya..
kita pun sama2 doa ya, semoga suami akak cepat sembuh
risau pula..
(wlaupun kita tak tahu hujung pangkal sakit apa.. tapi kita tahu ianya seperti serius!)

harap kak ayu tetap tabah dan kuat! kena kuat kerana masih ada yang bergantung harap!

jaga diri!

sweetie2010.blogspot said...

Salam Ayu,

Semoga tabah dan sabar menghadapinya.Semoga suami Ayu cepat sembuh. Amin

Mamamya said...

salam ayu....

kami sekeluarga sentiasa mendoakan semoga zalie cepat sihat...insya'allah ada kelapangan nnti akak pergi melawat lagi yerk...

tabahkan hati yer ayu....

Siti Ruhayu Ab Rahman said...

cheqna

terima kasih diatas kata-kata semangatmu..

Siti Ruhayu Ab Rahman said...

jaja

alhamdullilah...tuhan telah makburkan apa yang dihajati

terima kasih jaja diatas kata-kata semangatmu

Siti Ruhayu Ab Rahman said...

ayie

terima kasih...terharu dengan ayie..walaupun masih budak2 lagi namun..penuh ilmiah...dan terima kasih atas doamu itu

insyallah..ada jodoh...datanglah ke kulai..namun, dalam minggu ini..kami masih di pakar putri, jb

Siti Ruhayu Ab Rahman said...

salam CMG

terima kasih atas doa-doamu itu...sesungguhnya terharu hati ini dengan sahabat blogger yang banyak memberi kata-kata semangat...

alhamdullilah..ayu masih kuat untuk teruskan kehidupan ini

Siti Ruhayu Ab Rahman said...

nuanza

terima kasih dik, selama di uji olehnya kak semakin tabah bergelar wanita

Siti Ruhayu Ab Rahman said...

cikgu isza

sesungguhnya kata-kata semangat dari cikgu dan para blogger membuatkan ayu kuat dalam menghadapi ujian ini

Siti Ruhayu Ab Rahman said...

salam ben

terima kasih diatas doa kalian berdua

nampaknya ayu dan umai semakin lama semakin tabah...semangat perlu kuat kerana hidup ini perlu diteruskan

alhamdullilah en zalie semakin hari semakin banyak peningkatan dari segi pernafasannya...mesin on off untuk stabilkan keadaannya

Siti Ruhayu Ab Rahman said...

salam azlina

terima kasih atas doamu itu

sesungguhnya hikmah yang tersirat, ayu belajar berdikari tanpa en suami..binggung memikirkan kereta dan storm yang perlu dibayar..

alhamdullilah semua di selesaikan dengan keberanian yang ada di jiwa ini

Siti Ruhayu Ab Rahman said...

salam anis

terima kasih kak, ayu amalkan ayat nubuha, ianya dari sahabat FB iaitu KD dan isma...
alhamdullilah...setiap saranan sahabat blogger mahupun Fb ayu amalkan ..

terima kasih sekali lagi

Siti Ruhayu Ab Rahman said...

sis lelord

entahlah kemarin murah sungguh nilai airmata ayu...mungkin disebabkan ayu tak pernah renggang dari en zalie

nasib umai tak nampak ayu menangis, kerana dia tidur kepenatan..

terima kasih kak...ayu doakan akak selamat sampai ke qatar...

Siti Ruhayu Ab Rahman said...

salam abang chilaybaeys

terima kasih atas nasihat dan kata-kata semangat dari abang.

alhamdullilah...semakin hari en zalie sudah menunjukkan condition yang baik...semangatnya kuat seperti ayah abang..

semoga keduanya tetap kuat, dan Allah mengurangkan sedikit kesakitan yang mereka hadapi..amin

Siti Ruhayu Ab Rahman said...

salam chikali

terima kasih dik

sesungguhnya doa adik...menguatkan hati akak untuk menjadi seorang wanita

Siti Ruhayu Ab Rahman said...

salam sis ain

terima kasih diatas doa kak...

terharu dengan sikap kak yang sentiasa mengambil berat tentang family ayu

Siti Ruhayu Ab Rahman said...

salam kak ayu

terima kasih yer, alhamdullilah...ayu sudah makan nasi.

semakin kuat dan berani dari segi mental dan fizikal...

Siti Ruhayu Ab Rahman said...

salam eija

terharu dengan eija sekeluarga...
terima kasih...semoga doa dan kata-katamu itu sentiasa ayu abadikan ...

ingin menjadi iron lady....tq...

Siti Ruhayu Ab Rahman said...

salam kniedaz

terima kasih sayang

sokongan awak amatlah akak hargai

Siti Ruhayu Ab Rahman said...

salam nora asfa

kadangkala bila kita dilanda ujian..kita tahu bahawa DIA selalu disamping kita, barulah kita sedar kita adalah antara yang terpilih

semoga abah nora sentiasa sihat...

Siti Ruhayu Ab Rahman said...

salam kella

penyakit en zalie kritikal..namun, fasa yang dilaluinya berlaku secara mendadak hingga 7 hari beliau tak sedar

terima kasih diatas doamu sayang.

ayu kuat menjadi seorang wanita dan isteri kepada en zalie..

Siti Ruhayu Ab Rahman said...

swetie 2010

salam ziarah, terima kasih diatas nasihat dan doamu...

semoga kita semakin kuat bergelar wanita..amin

Siti Ruhayu Ab Rahman said...

salam kak lieya

terima kasih diatas kehadiran kak sekeluaraga..ayu sungguh terharu...kehadiran kak..menguatkan lagi semangat ayu...

terima kasih sekali lagi kerana menjadi sahabat ayu..