Photobucket Photobucket

CITARASA RINDUAN

Tuesday, June 15, 2010

KHAS UNTUK IBUBAPA YANG INGINKAN ANAK-ANAKNYA PINTAR MENGHAFAZ AL-QURAN


Alhamdullilah…aku terpaku bila membaca akhbar metro harian hari ini..selalunya kita mendengar kanak-kanak cepat belajar dalam bidang nyayian, petah berkata-kata atau menari..

Namun…kali nie si kecil seawal usia 2-3 tahun sudah mampu menghafaz 30 surah dalam al-quran..sungguh istimewa mereka…itulah yang ingin ku kongsi untuk kalian.

Walaupun kanak-kanak tersebut masih pelat dan tutur katanya belum jelas namun itulah lah yang terjadi kepada DARWISYA ARDIANA ROZALI 3 tahun dan adiknya DARWISH ADRIAN 2 tahun…mereka mampu menghafaz ayat-ayat al-quran…

Tiada rahsia si Ibu kanak-kanak ini iaitu MAZLINA RAMLI 30 tahun, beliau menceritakan amalan yang di gunakan olehnya kepada anak-anaknya. Seawal usia 6 bulan beliau telah mendedahkan kepada anak-anaknya dengan bacaan al-quran melalui VCD..

Selain itu, amalan memberikan makanan seperti kekacang, badam, kismis, kurma, madu, habbatus sauda, buah zaitun dan air yang dibaca dengan surah taha.

Untuk lebih lanjut sila klik sini

PS : inilah cara yang betul untuk mendidik anak-anak…kerana mereka lebih mendalami segala ilmu yang kita ajari sejak berusia 6 bulan hingga ke atas…Oleh itu, jadikan amalan untuk mendidik anak-anak kita dikemudian hari…Insyallah….anak-anak yang soleh dan solehah adalah dari didikan ibubapa yang cemerlang dan terbilang.

4 ulasan:

azieazah said...

Sejuk mata melihat... damai hati memandang..

Semua ibubapa mempunyai impian begini, tapi apa yang diberi, wajar disyukuri..

Unknown said...

sis azie..

semoga kita dapat manfaat bersama2...
amin

ISZA said...

antara nak dengan taknak jer.. godaan syaitan menafikan hak memang kuat..

cara dan amalan dah dinyatakan.. lakukan atau tidak sahja..

Unknown said...

salam cikgu isza....

itulah lumrah ibubapa sekarang...

semoga dijadikan iktibar..