Photobucket Photobucket

CITARASA RINDUAN

Saturday, June 12, 2010

PENYAKIT MISTERI? ADAKAH IANYA MASIH ADA DI ABAD INI?


Assalamualaikum salam pagi sabtu...Aku mendoakan kesejahteraan kalian...semoga ceria disamping keluarga tersayang, harapanku kita sama-sama diberkati dan dilindungi olehNya..amin...Hari nie, aku ingin berkongsi info kesihatan yang mana ianya masih ada dalam kehidupan kita dari dulu hingga kini..

Pada abad kini..penyakit moden seperti darah tinggi, jantung, buah pinggang, kencing manis dan pelbagai penyakit yang nyata (nampak) sudah sebati dengan kita.

Namun, masih terdapat penyakit yang berbentuk misteri....kenapa aku panggil misteri?...kerana penyakit ini tidak nyata...Sukar untuk dipercayai..namun ianya boleh memberi panduan untuk korang,,,agar kalian mendapat maklumat untuk dikongsi bersama-sama.

Tanda-tanda penyakit misteri


    • Malas melakukan rutin dan amalan harian seperti berkerja, belajar, solat, zikir, tilawah Quran dan sebagainya
    • Gangguan ketika melakukan ibadah harian seperti lupa ayat-ayat Al Quran yang selalu dibaca dalam,doa yang dihafaz dan was-was.
    • Kehilangan minat atau semangat secara tiba-tiba terhadap aktiviti harian termasuk seks.
    • Mimpi buruk seperti mimpi ngeri, jatuh dari tempat tinggi atau mimpi bersetubuh.
    • Kerap bermimpi haiwan seperti tikus,anjing hitam,kucing hitam,ular,kala jengking atau binatang berbisa.
    • Berdebar-debar terutama menjelang malam.
    • Gangguan semasa tidur seperti sukar tidur, terkejut berulang kali, lewat bangun, cemas, terasa ditindih hingga sukar bernafas dan bersuara.
    • Sering mengantuk tidak mengira masa.
    • Hilang selera makan dan berat badan.
    • Suka menyendiri, kerap termenung, rasa gelisah, sedih dan kekosongan.
    • Kerap migrain, pening kepala, selesema yang berpanjangan, gastrik atau sakit kronik tetapi tidak dapat di atasi dengan rawatan doktor.
    • Letih luar biasa.
    • Daya tumpuan merosot.
    • Rasa sakit tetapi diSAHkan sihat oleh doktor.
    • Rasa bersalah, hampa, kecewa, tidak berguna dan terasa ingin mati.
    • Kesan lebam di tubuh seperti di peha, betis atau lengan.
    • Cepat marah dan benci tanpa sebab dan secara tiba-tiba.
    • Hilang kawalan diri pada waktu-waktu tertentu seperti pengsan, histeria atau tidak sedarkan diri.
    • Terasa sesuatu bergerak-gerak dalam badan atau perut.
    • Ternampak bayangan, lintasan atau sesuatu yang pelik.
    • Terdengar suara, bisikan atau bunyi yang menakutkan.
    • Terasa seperti diperhatikan atau diintai.
    • Badan merasa tidak selesa seperti takut atau seram sejuk semasa dalam rumah.
    • Melihat haiwan berbisa seperti lipan, kala jengking atau ular di dalam rumah.
    • Kerap terhidu bau busuk seperti darah, kemenyan, bangkai dalam rumah. Kadangkala bau wangi atau pertukaran antara bau busuk dan wangi.
    • Haiwan peliharaan seperti arnab, kucing dan ikan mati dengan kadar cepat atau akan sakit selalu.
    • Anjing pula akan menyalak tidak tentu hala seperti gelisah atau ternampak sesuatu.


5 ulasan:

eqbalzack said...

abg eq berdoa semoga kita semua di jauhkan dengan perkara2 mcm ni...

Sufi Asri said...

penyakit misteri..? takut.. T_T

mintak2 kita semua dijauhkan dariinya.. tapi terasa mcm pernah kena jer? =(

Unknown said...

abang ee

amin...semoga kita dijauhkan..

Unknown said...

zoro

amalkan ayat kursi untuk pendiding diri sendiri..Insyallah..pasti dijauhkan

Tuan Urahara said...

aku pernah mengalami sendiri.....aku kena buatan orang...kira kira banyak jin yang masuk dalam badan....alhamdullillah...sekarang dah sembuh ........sapa yang nak elak semua ni...jangan malas solat dan jangan tinggal solat....badan kita menjadi kebal dengan serangan sihir jika kita sentiasa jaga solat dan selalu membaca al quran..........