Photobucket Photobucket

CITARASA RINDUAN

Sunday, June 13, 2010

KERENAH PELANGGAN CITARASA RINDUAN

(pic from goggleTQ,,,,mood penat bangat....)

Assalamualaikum..

Seharian kat kedai...aku kepenatan...4 orang pekerja cuti serentak...dari sabtu hingga hari nie...alahai...memang tak boleh nak kata apa...ikutkan nak jer cuti ...tapi, bila mengenangkan hujung minggu nie masih dalam cuti sekolah gerenti masih ramai pelanggan yang setia melanggan makanan di kedaiku..

Pernah aku tutup kedai time cuti sekolah tahun lepas...tak silap 2 hari..melawat kakak dan adik di Kuala Lumpur..musim cuti sekolah..nak ziarah anak-anak saudara yang dah besor panjang. Rindu kat Ika, Ain, Haikal, Emy dan Manja (opss...akan datang kak kong aku, bakal dapat baby yang ke 4...wow...tahniah kak, semoga tabah dan sentiasa sihat...)

Tapi bila, berniaga semula, ada pelanggan tetap yang sampaikan hajat....depa terkilan...anak-anak yang duk kat singapore, kedah dan lain-lain negeri nak bersantap di kedai CITARASA RINDUAN... tak dapat nak merasa, sampai ada yang kata kempunan....

Alahai, itulah ragam pelangganku yang buatkan kami berfikir 9,10 kali..samada nak tutup atau niaga.....dan>>>>>>>>>>>>>>>>

Akhirnya...ikut kata abah...niaga...sabor jer lah...nak buat lagu mana...kena gak jaga hati pelanggan...nie pun tengah musim deman bola...gerenti ramai pelanggan minta tapau makanan untuk di santap malam hari...

Gara-gara bola kebanyakkan si ibu tarik muka, mana takknya malas nak layan kerenah si suami yang lebihkan perhatian kat TV, manakala ....si bapa datang ke kedai dengan mata yang ala-ala mata burung antu...bersengkang mata....penangan bola lah katakan.

Paling seronok bila ada customer yang datang berkeluarga...3,4 meja..cantum menjadi satu....time nielah...aku hanya dapat jengah sekejap...selebihnya dok main mata ngan periuk dan kuali...

Kadangkala kesian kat saudara mara yang singgah ke kedai...kami tak dapat layan secukupnya...mereka memang kata tak kisah atau senang kata memahami keadaan kami...

Tapi, kami lebih faham yang mereka tak selesa,,,dengan keadaan kedai yang sesak orang...sehingga yang sempat kami buat bila bersua hanya bersalaman....nak bual-bual panjang..memang tak dapat...Kesian kan............


PS: rasanya aku nak buat umah khas kat belakang kedai..untuk saudara mara yang singgah ke kedai...sekurang-kurangnya mereka selesa,..dapat selunjur kaki atau baring-baring lepaskan penat...

5 ulasan:

azieazah said...

Berniaga ni macam juga orang yg bekerja makan gaji. Tetap ada jadual dan peraturannya.

Bagi yang gigih pasti merasa nikmat hasilnya...

Kalu tak kerja kuat sekarang, nanti lambat lak dapat bergoyang kaki.. heheheh

Bila dah mampu tambah pekerja nanti, tokey lak teringin nak masuk dapur lakkk...

ISZA said...

mak abah niaga kedai makan kecil-kecilan... tapi sibuknya tetap terasa.. faham keadaan ayu...

Ayie said...

Haaa.. saya setuju dengan kata-kata terakhir tu.. kalau saya datang.. nnt leh la dapat belaian manja... hahahhahah

Zaidah said...

ciannyer ayu...tentu ko penat memasak...sampai tak ade cuti...tapi itulah adat berniagakan...bilalah akak nak singgah kedai ayu nie...huhuhuhu

kella said...

kak ayu! kak ayu! mahu kita kerja part time di kedai kak ayu ke?
sian akak..
takpe kak ayu! susah 2 dahulu.. senang kemudian! chaiyook! :D
thumbs up!