Photobucket Photobucket

CITARASA RINDUAN

Sunday, June 13, 2010

ANDA NAK A++???


Masa dulu2 lah aku ingat lagi, macamana nak capai kejayaan dalam pelajaran, nak berjaya, walaupun duduk area felda, aku nak gak score A++ macam anak2 bandar...maklumlah, nak keluar dari felda..nak tengok bandar..mesti kena pandai dalam akademi..baru merasa belajar ke negeri orang or yang terlebih pandai atau rezeki,,sah2 dapat belajar ke luar negara...YAHOO.....

nie, antie ayu nak kongsi sesuatu tips untuk para pelajar, khasnya yang selalu usya blog antie bila kelaparan, so..kali nie antie nak syer sesuatu yang lebih khusus untuk adik2 antie...(cewah, bila pulak nama aku bertukar ke antie?...) tak apalah janji entry nie bermanfaat

antara tipsnya ialah:-

  • BUAT PERANCANGAN AWAL

Walaupun sekarang dah bulan april, masih lagi adik2 ada kesempatan nak buat perancangan, seperti buat checklist dan tampal dimana2 yang adik2 senang lihat...perancangan selalunya lebih khusus dengan jadual diri adik2 atau kata2 semangat untuk adik lebih bertenaga nak belajar, jangan lupa amalan doa yer...
Lagi 1, bab jadual tu...tak cantik pun tak apa.janji adik2 mudah faham...yang utama tu...kenalah patuhi jadual tersebut, jangan ditampal tapi buat hiasan yer...


  • SASAR TAGET

Ingat lagi zaman antie dulu2...mesti buat sasaran pada semua paper...sampai kalau tak boleh, di boleh kan juga...........so...pada adik2 elok lebihkan tumpuan agar sasaran A++ pada semua paper dicapai

  • STUDY GROUP

Tubuhkan group adik2, antie dulu2 ada kumpulan tau,..pilih lah kawan2 yang bijak, kuantiti dalam 4-6 orang, kami sama2 bertukar2 pendapat mahupun idea...contohya mana yang pintar matematik akan bantu kawan yang lemah,.sekurangnya, kalau dikelas kita tertinggal atau tak faham, time nie lah kita dapat manfaat...


Rasanya, ini sahaja tips yang antie boleh kongsi, maklumlah...dah lama juga antie tinggalkan alam persekolahan, belajar dengan kawan2 adalah waktu yang amat bermakna..selain buat rujukan di perpustakaan..yang penting jangan melencong....

4 tips supaya mudah mengingati adalah

  1. Banyakkan buat latihan bagi setiap subjek, amalkan setiap hari..sekiranya rasa tak puas hati dengan jwapan..cuba pada soalan yang lain..sekuranya masa adik2 tak panjang
  2. Minum air masak yang banyak, sayuran dan amalkan senaman agar sihat selalu, bagi antie, sekiranya sakit...pelajaran banyak yang tertinggal
  3. Buat nota ringkas,,,ala2 comel gitu..gunakan pelbagai warna..pelbgaikan tulisan. agar kamu tidak bosan membacanya
  4. selain tu, buat gambarajah pokok...bagusnya guna fomula yang mudah adik2 fahami...
semoga berjaya yer

0 ulasan: