Photobucket Photobucket

CITARASA RINDUAN

Thursday, June 3, 2010

CINTA PERTAMA AKU PART 2


Ku sambung semula kisah cinta pertamaku…semoga kalian tidak tertunggu-tunggu…ada kesempatan ambil umai dari sekolah…untuk kalian…aku sajikan untuk lunch korang.

Akhirnya, aku berjumpa dengan salah seorang lelaki yang mula menambat isihatiku…zaman remaja, usia 18 tahun adalah zaman wanitaku ingin dicinta dan menyintai..mulanya si dia menjauhkan diri…kerana ada wanita yang lebih layak untuk dirinya yang amat warak, berkarisma tinggi,segak,berakhlak mulia dan mempunyai wajah yang sesuai dengan wataknya yang sungguh disegani… Pakej yang amat lengkap untuk seorang yang bergelar lelaki. Terpesona dengan sifat kejantanannya. Si wanita pula adalah seorang wanita yang amat sempurna, selain warna kulitnya yang cerah, lemah lembut dan bertudung lingkup…sesuai sungguh pasangan mereka itu,

Waktu itu, aku sudah mula menjauhkan diri dari lelaki tersebut, kerana aku tak mahu digelar orang ke tiga…si lelaki dan si wanita sama-sama hangat bercinta.. Aku sebenarnya merana, meratapi kesedihan..kerana cinta yang kuhulurkan dipandang sebelah mata… menangis bukan jalah terbaik untukku..kerana masih ada perjuangan yang masih belum ku teruskan. Teringat wajah kedua ibubapaku yang mengharapkan aku berjaya, aku kuatkan semangat ~ tiada lelaki lain yang harus muncul selepas dia~

Empat bulan lamanya..tiba-tiba si lelaki muncul menghulurkan salam..aku terkarisma…mahu meneruskan atau mengabaikan…teringat kisah lama yang diriku tidak diendahkan..sangat pedih..seperti kaca yang terhempas ke batu..berderai perasaanku dahulu…

Ikutkan kalau hawa nafsuku yang membara..sudah tentu aku terima salamnya..kemudian meninggalkan bila kami sedang hangat memadu asmara..padan mukanya….kerana aku kau endahkan…

Namun, lain yang kufikirkan lain yang berlaku..si lelaki terus memujukku.katanya.kepadaku~teruskan pelajaran namun sama-sama ada ikatan persahabatan,mana tahu satu hari ada jodoh kami ke alam bahagia.

Aaaah…..senangnya bicaranya..seolah-olah dia punya kuasa meletakkan aku sebagai ganti bila siwanita yang dipujanya beralih arah….memang tuhan punya kuasa, akan mengembalikan semula hati orang yang tertindas..( zaman sekarang tuhan balas tunai, tiada hutang…)

Kuasa tuhan., bila sahaja aku biarkan tanpa apa-apa pesan..tanpa apa-apa janji..si lelaki hilangkan diri..waktu itu aku mula mencarinya…mengharapkan tiada apa-apa yang berlaku keatas dirinya..risau dan kuatir kalau bencana yang melanda. Mana tahu si dia, melakukan sesuatu yang memudaratkan diri.

Bila jauh dimata, dekat dihati…akhirnya aku temui si lelaki…rajuk membawa diri..cinta yang di hulurkan ku anggap sepi…

Akhirnya, aku sambut jua salam dan ikatan yang dia inginkan..namun, dalam hatiku sudah hilang rasa cinta..hanya diganti dengan rasa kasihan sahaja…kasihan bila melihat keadaanya yang sedemikian rupa…bagi aku, tidak rugi, bersahabat..disamping membantunya mencari jalan untuk meyakinkan dirinya di rantau orang.

Setiap kali kami bercuti, si dia akan menelefonku…aku yang telah menganggapnya sebagai kawan, hanya menjawab biasa-biasa sahaja…kalau hatiku sudah tidak sudi…aku tak berdaya menipu diriku…itu tekadku..

Walaupun dia selalu mengunjungi ke rumah orang tuaku selepas kami tamat pengajian…kerana ada masalah dengan pogram pendidikan, aku tetap layan sebagai seorang teman…lagilah aku tiada abang. Hormat kerana sifatnya yang penyabar dan warak…

Aku teruskan pengajian ke Pulau pinang, dia masih menghubungiku…aku pasrah…kerana aku tiada pilihan..dia kuanggap abang, alhamdullilah..ibuku jua dia panggil ibu..begitu jua ayah dan adik beradikku.

Hubungan kami..seperti adik beradik..walaupun dia rajin bertadang sewaktu aku dalam pengajian diploma akauntansi, aku akan selalu menjamunya dengan hidangan yang dia inginkan…Bila dia gembira..aku lebih suka…melihat hubungan kami atas dasar adik beradik.

Seperti yang kuduga…memang tiada jodoh antara kita…walaupun dia cinta pertamaku Namun, ada cinta pandang pertama selepas dia..cinta yang memang di jodohkan olehNYA…

Ku akhirkan kisah cinta pertama ini untuk kalian..SEMOGA ada kesempatan akan ku ceritakan kisah pandang pertamaku..(harap kalau aku lupa korang reminderkan)

11 ulasan:

Sufi Asri said...

wahh.. best2.. tapi sedih sikit.. =(

eh mcm terbaca novel pulak.. :D

Kasih Suci - Mama Damia said...

cam kisah novel la kak...hehehe...

tapi betul la bak kata pepatah..mencintai tak semestinye memiliki....

Unknown said...

mcm baca novel la ayu.... :)

Chilabaey's Spot 2 said...

Boleh buat novel cinta remaja ni... Tak pernah baca novel2 macam ni.... :)

kella said...

hmm.. begitu kisahnya...
apa cerita dia sekarang kak..
adakah masih berhubung.. dah kawin jugakkah dia.. hmmm

kella said...

Kak AYu jom layan gambar ni..

Subhanallah..

Unknown said...

zoro

sedih?....
kenangan lama.....
dah lupa....

Unknown said...

kasih

cinta tak semestinya memilikinya dan

memilikinya tak semestinya menyintainya...

Unknown said...

sis lia

dulu2 mmg suka buat novel utk kawan2

Unknown said...

abang chilabaey

novel versi cinta pertama..nanti ada jodoh dan masa ayu sambung cinta pandang pertama pula

Unknown said...

kella

kak baru jumpa dalam fb

alhamdullilah dah dapat anak seorang, girl

kerja dia pun best,..alhamdullilah...suka tgk pic dia n keluarganya...bahagia