CITARASA RINDUAN

Tuesday, June 1, 2010

KISAH AIR MATA


Di suatu petang sedang si ayah mertua menjamu hidangan petangnya di sebuah bangku lusuh yang selalu menabur bakti kepadanya, datang si menantu duduk disisinya, dengan berat hati si menantu meluahkan rasa yang terbuku dijiwa.

Diceritakan kepada si mertuanya...segala luahan hatinya tentang kerisauan dijiwanya dimana si suaminya yang dahulu aktif, cergas dan aktif dengan aktiviti sukan..menghadapi masalah kesihatan yang amat merisaukan si isterinya.

Mengadulah si menantu kepada ayah mertuanya dengan nada perlahan bukan tujuaan asalnya meraih simpati namun memohon pertolongan dari segi kejiwaan dan meminjamkan semangat untuk kekuatan mentalnya...Lebih-lebih lagi berharap ada jalan lain untuk menyelamatkan si suaminya..dengan harapan si suami sembuh dengan segera.

Tanpa disedari si menantu, mengalir air mata si mertua...sebak...teresak-esak, menantunya terkejut...terus dipeluk si ayah mertuanya...bukan niat si menantu sedemikian rupa, hanya kerana jiwa menantu yang tidak tahan menahan beban keseorangan.

Maka, berlakulah episod air mata antara keduanya, si ayah mertua yang sememangnya tidak tahan dengan luahan menantunya, hanya dapat meminjamkan airmata kerana dia tidak berdaya..baginya dirinya hanya mempunyai seorang anak yang lahir dari benih cintanya, si menantu yang setia menjaga kebajikannya dan seorang cucu yang bukan setarafnya..

Inilah pengorbanan si ayah mertua....manakala si menantu tetap mengalirkan airmata, keluarlah aliran air yang tiada malunya.. mengharap belas namun tiada arah jalan hujungnya..menangis tanpa pedulikan sesiapa... derita si suami yang ditanggungnya tidak jua ditemuinya..

4 ulasan:

Kniedaz said...

kisah benar? tabahlah hati

azieazah said...

Sungguh bertuah menantu, dapat ayah mertua sudi berkongsi rasa...

Sungguh beruntung ayah mertua, dapat menantu yang prihatin..

Siti Ruhayu Ab Rahman said...

kniedaz

kisah air mata..sukar utk diertikan

Siti Ruhayu Ab Rahman said...

azieazah

bertuah sungguh ayu dapat kenal sis...hope sis menjadi kakak yang terbaik utk ayu.