CITARASA RINDUAN

Saturday, June 19, 2010

ABAH- KAU SENTIASA DI HATI


(wajah abah mertuaku, sewantu pernikahan adik iparku )

(wajah ayahku sewaktu berkunjung ke rumahku pada 16hb jun 2010)

DIA...
MEREKA....
Dua insan yang amat istimewa
Sungguh istimewa bagiku..

ketegasanmu membuatkan aku kecut
Seperti kanak-kanak yang selalu membuat nakal

Kata-kata nasihatmu membuatkan aku orang yang berguna
Hingga bergelar isteri, kepada En Zalie tercinta

Senyuman mu membuatkan aku riang
riang kerana
aku mempunyai 2 orang ayah yang amat dihormati

Selamat hari Bapa
Khas untuk

AB RAHMAN DOLLAH
DAN
HAMIS BIN HJ ABU

PS: SEMOGA PANJANG UMUR MEREKA, amin....MEREKALAH KESAYANGAN HAMBA..

10 ulasan:

Miss Mirror a.k.a Sam said...

Bertuah Ayu masih ada keduanya... Selamat Hari Bapa buat keduanya.

Siti Ruhayu Ab Rahman said...

MM...
mereka berdua amat bermakna..

alhamdullilah..mereka masih ada...
bagi ayu mereka guru untuk ayu bergelar insan yang berguna...

SELALU KONGSI MASALAH BERSAMA2

kasih suci said...

alhamdulillah...sis ada dua org ayah...sebagai anak, kita kne sentiasa menghargai setiap pengorbanan yg telah mereka lakukan..jasa mereka takkan dpt kita balas...

Siti Ruhayu Ab Rahman said...

kasih..

selagi mereka ada,..selagi itulah sis akan lakukan yang terbaik untuk jasa mereka

tiada kata mahupun benda yang boleh sis gambarkan untuk pengorbanan mereka..

selamat hari bapa jua untuk ayah kasih..semoga ayah kasih segera sembuh...amin

cikgu isza said...

hargai mereka selagi masih ada..

walaupun ayah garang tapi x bermakna mereka x sayang kan?

Siti Ruhayu Ab Rahman said...

cikgu

selamat malam..dan berhujung minggu

ayah saya tak pernah pukul atau herdik saya..kadangkala....kalau saya nakal time kecil2 dulu...ibu yang akan rotan atau libas ngan batang ubi..kikikikk

garang, rasanya tak pernah kot...depa tu susah nak marah macam ayah-ayah orang lain...

hingga kalau ada masalah ngan pakwe saya boleh rujuk ayah saya...(oh....rindunya dengan ayah)

A-Y-I-E said...

macam nak menangis pulak...

btw.. tgok ya ini

http://a-y-i-e-sharing.blogspot.com/2010/06/cari-barang-tersembunyi.html

Roronoa Zoro said...

selagi masih ada.. hargailah.. hehe..

saya dah xde ayah.. hampir setahun pergi.. (12 june 2009). masa hari bapa tahun lepas, adik saya yg darjah 5 tue nangis dalam kelas sorang2 sbb x sempat bagi hadiah kat abah kami. dia dah siapkan kad semnggu awal tapi arwah x sempat tgk langsung.

Adik saya yg x sempat masuk tadika pula x tahu apa2 dan masih bermain ketika kami menguruskan jenazah. ternyata dia masih kecil sehingga menyangkakan ayah dia hanya tidur dan tidak tahu dia telah pergi selamanya.

dan saya sendiri x sempat nak tunjuk segulung sijil diploma yg telah saya usahakan hasil penat dia menyumbang wang.

dan sehingga hari ini kami masih merasa pedihnya dan susahnya tanpa dirinya. masih teriang2 kata2 dia sebelum meninggal.

abah.. semoga kau tenang disana.. al fatihah...

sori terbuat entri disini.. =(

Uncle Lee said...

Hello Siti Ruhayu, I was at Ummi's place nak check out noticed your callsign, and buat U turn... busybody over.
Noticed you from Kulai Jaya?
I know a Kulai....in Johore few miles out of town. A new town there?
Anyway, my last trip passing there was 14 years ago, enroute from S'pore to KL.

Anyway, is that your bapa on that cute bike? I love bikes....
A happy Father's day to your dad....he still very young, good looking too.
And you have a beautiful Sunday and keep a song in your heart, best regards, Lee.

♥CIK SHA♥ said...

selamat ari bapa buat kedua bapa anda..hargailah mereka..