CITARASA RINDUAN

Saturday, June 19, 2010

TERIMA KASIH AZIAN...KE CITARASA RINDUAN

(AZIAN SEKELUARGA)

Assalamualaikum..
selamat berhujung minggu...esok hari BAPA.....nampaknya berduyun-duyun si anak bawa si ayah keluar makan, jalan-jalan..hulur hadiah segala bagai..sebagai tanda TERIMA KASIH membesarkan kita orang..

Sebelum aku buat entry khas untuk HARI BAPA, aku nak ucap TERIMA KASIH kepada AZIAN sekeluarga, atas kesudiannya berkunjung ke CITARASA RINDUAN..terharu sangat, dapat bersua akhirnya...

Ikutkan masa azian singgah pagi tadi..aku dok memasak lauk pauk tengahari....,maaf dipinta kerana terkurang layanan....Pelanggan pun keluar masuk, mengukarkan kami berbual lebih panjang..Kalau ikutkan tak puas rasanya dapat bersua sekejap sahaja...namun, atas kerja yang dilaksanakan oleh azian untuk pelajar praktikal di kawasan JOHOR untuk pelajar UITM PAHANG. Aku memahami kerjaya yang sedang dijalankan oleh beliau..

Sebenarnya kami bersua melalui blog...Rupa-rupanya suaminya selalu makan ke CITARASA RINDUAN semasa bertugas di kawasan johor...namun, sekarang mereka sekeluarga dah berpindah ke PAHANG..itu yang perasaan keinginan Azian singgah ke CITARASA RINDUAN membuak-buak...

Seronok lihat telatah anak bujangnya si Muaz....makan soto abis semangkuk..lepas nie, Muaz tak boleh manja lebih-lebih sebab Muaz bakal dapat adik pada bulan 9 (raya kot....tak silap perkiraan aku)...

terima kasih atas kunjungan AZIAN sekeluarga...ikutkan perancangan...kami berkunjung ke BLOGGER masakkan terkenal...sapa lagi kalau bukan si CIK MAT GEBU (CMG), namun atas kesibukkan aku di kedai...membuatkan aku membatalkan hasrat yang bergelora....

PS: ada jodoh, ada masa, panjang umur...terjah ke umah CMG dengan muka selamba...

2 ulasan:

Lelord said...

uwaaa x dpt ke citarasa rinduan

Siti Ruhayu Ab Rahman said...

sis..

tap apa..akan datang pasti bersua..ada jodoh tak kemana

soto aje