Photobucket Photobucket

CITARASA RINDUAN

Monday, October 7, 2013

Resepi Jemput-Jemput pisang, rahsia lagi?

Mai daku nak syer satu rahsia kat korang, petang semalam daku syer gambar jemput-jemput pisang dalam FB mahupun IG daku. Maka ada kengakawan nak tahu macamana hasil cengkodok pisangku bulat dan gebu? Ranggup diluar lembut didalam?

Sebenarnya ianya hanya terletak dijari-jari kalian. Tak perlu pakai sudu untuk membentukannya. Daku pelajari dari makcik yang jual pisang goreng kat tepi jalan. Dalam ramai-ramai peniaga yang jual pisang goreng, walau guna tepung yang sama. Hanya makcik tu seorang boleh hasilkan pisang goreng yang lain dari pada yang lain.

Bila ku amati kerjanya dengan jari-jarinyalah makanan jualanya sedap-sedap belaka. Fuh!!!!  Jadi jangan rasa tak selesa bila menyediakan sesuatu makanan dengan jari kalian. Yang penting korang amalkan kebersihan dan amalan zikir tak lekang dibibir. In shaa Allah.. suami, mak mertua dan anak-anak pasti sayang ketat2 dengan korang.

Kalau ikutkan daku tak perlu syer resepi. Namun pernahlah daku menyembang dengan pembaca setia blog CR dia minta daku taip resepi dengan jelas. Moga senang dia nak masak buat keluarganya..Okey!, tak ada masalah.. Janji daku buat dengan ikhlas.. Ameen

Bahan-bahannya

  1. 6 biji pisang (tak kisahlah pisang apapun, kalau pisang 44hari 10-12biji ya)
  2. 600gram tepung gandum
  3. 1 sudu teh bikarbonat
  4. 1/2 sudu teh garam
  5. 2 sudu gula
  6. 4 sudu gula perang/melaka/merah
  7. Minyak masak untuk menggoreng
Cara menyediakan

  1. Lenyekkan pisang, garam, gula dan gula merah hingga hancur.
  2. Masukkan tepung dan bikarbonat. Tuang air sedikit demi sedikit. Kacau hingga adunan mesra.
  3. Biarkan adunan sekejap dalam 1/2 jam(30minit) tutup adunan. Panaskan minyak gorengan dan bolehlah basuh pekakas pinggan yang kotor ya
  4. Bila minyak betul-betul panas. Perlahan api, gunakan jari (pastikan korang bersihkan dengan baik) ambilah sedikit demi sedikit dan bentuk bulat adunan jemput-jemput ke dalam minyak.
  5. Apabila warna jemput-jemput bertukar ke warna kegelapan. Sedia untuk diangkat dan dihidangkan.
  6. Selamat mencuba.



Sunday, October 6, 2013

Resepi Kuih Lompang, rahsia macamana nak lesung pipitnya terletak cantik

Assalamualaikum, moga yang baik2 buat diri ini dan pembaca setia blog CITARASA RINDUAN. Terima kasih buat sahabat blogger baru yang sudi follow blog ini. Jua, buat blogger lama sentiasa ada saat jatuh bangunnya diri ini. Terima kasih korang!!

Kuih lompang, kuih kegemaranku... dan semestinya bukan kegemaran suamiku. Jadi, kuih ini hanya keluar setahun sekali di dapurku. Huhuhuhu..

Alhamdullilah, bila kejadiannya cantik. Maka ramai sahabat FB mahupun sahabat Instagram inginkan resepi kuih lompang, untuk kalian daku kongsikan resepi kuih ini.


Bahan-Bahannya


  1. 2 cawan air**
  2. 1 cawan gula pasir**
  3. sehelai daun pandan (ikat)**
  4. 2 cawan tepung beras
  5. 1 sudu teh kapur makan
  6. 2 cawan air 
  7. 100gram kelapa parut (campurkan sedikit garam)

Cara Menyediakan

  1. Masak dahulu bahan bertanda ** biarkan sejuk. Sementara itu masak air kukusan.
  2. Masukkan tepung, kapur dan air dalam mangkuk. Kacau kesemuanya.
  3. Satukan terus bahan nombor 1 (pastikan sudah sejuk) Kacau hingga sebati.
  4. Tapis dan asingkan kepada warna kesukaan kalian. Daku masukkan paste jagung, sirap ros, adunan asli dan pewarna hijau.
  5. Sedia untuk masukkan dalam mangkuk kuih lompang. Isi penuh hingga bibir mangkuk kuih. Kukus selama 15-20minit
  6. Sedia untuk dihidang dan diletakkan kelapa parut.


ps: rahsia untuk menghasilkan kuih lompang yang cantik. Air kapur hendaklah ditapis. Semasa mengisi adunan kedalam mangkuk sila isi penuh hingga paras bibir mangkuk kuih lompang.
Sekian.. selamat mencuba