Photobucket Photobucket

CITARASA RINDUAN

Friday, April 27, 2012

Blogger ini buat aku mahu menabung


Orang ramai kata, hari jumaat merupakan hari yang paling diberkati, rezeki bertambah2.. alhamdullilah, jua berkaitan dengan diriku, hari ini masa aku sibuk memasak lauk pauk untuk hidangan adik beradikku yang akan ke teratak CR malam nanti, tiba2 terdengar enjin motosikal...

Kalau bunyi hon tu, tak lain tak bukan.. mamat posmen lah tu, .. gelabahlah sambil menyiang ayam mentah, aku cari tudung kepala.. hehehheh, awatlah mamat posmen nie suka bunyikan HON bertalu2.. cubalah hon bunyi lagu dangdut ker, rock ker, okeylah.. nie.. PIN..PIN.. (langsung tak ada irama,.)

Ehem, kelaut lagi entry aku nie, yerlah.. orang nak bercuti ke laut.. pastinya terbawa2.. hahahha

Okey2.. inilah yang ku katakan rezeki di hari jumaat, Cenderhati dari blogger JemariSuri, oh!!!! nikmatnya hidup yang bernama blogger... Thanks JS (ayu terlupalah yang ayu dapat hadiah dari awak, sebab tu hati asyik berkata2...) siapalah yang kirimkan... Terharu dakuuuuuu........................

Tak sabarlah nak buka parcel tu, sampai sampulnya lunyai berbau ayam.. hahahhahah

Tara.................... Daku terima sebiji beg duit kecil dan nota yang sangat bermakna, Nak syer ker ngan korang kata2 indah dari blogger JS ker?

Eh!!! mana bolehhhhhhhhhhhh,, kalau mau, korang kena belanja aku PIZZA HUT.. hahahhahah (acah jer..). Sekarang nie aku kenalah mula menabung duit syiling, bila dapat sesuatu dari sahabat WAJIB dihargai dan diguna pakai... Amin


PS: masih terburu2.. siap memasak, sementara nak tunggu ayam kering, aku basuh kasut sekolah Umai, iron baju sekolah Umai untuk Isnin nanti,, Agar taklah kelam kabut dibuatnya.. kannnnn (ada jodoh, panjang usia, kita jumpa isnin nanti,, Insyallah, FB daku still aktif) Jom balik Kampung!!!

Pecel Lontong santapan orang Jawa.


Salam pagi jumaat sahabat, nampaknya cuaca agak panas gitu. Bagi suri rumah tu.. time gini cepat2 lah sidai pakaian, cepat keringnya, petang nanti dah boleh lipat segera, lepas tu.. kita tidur.. heheheh

Memandangkan jumaat cuti bagi CR, maka selain aktiviti berjogging dan mengziarahi tanah perkuburan islam di kampung tercinta, selalunya kepala akan berfikirlah apa menu sarapan, makan tengahari dan menu makan malam buat keluarga tercinta... boleh botak rambutku asyik fikir menu makanan.. hahahha

Kebetulan, semalam petang MIL cabut pokok cekur.. MIL kata dia teringin nak buat PECEL LONTONG, eweahhhhhhhhhhhhh!! walaupun aku ada sedikit campuran JAWA, tapi idaklah pandai buat pecel lontong. Rupa-rupanya sama jer buat kuah pecel macam masak ikan keli dan lain2..
Jom semak resepi (kredit untuk mak mertuaku)

Bahan-bahan Kuah Pecal

  1. 100 gram Kacang Tanah *** Digoreng
  2. Bawang Putih 5 Biji** Digoreng
  3. Cili Padi 15 Biji*** Digoreng
  4. Bawang merah 5 Biji*** Digoreng
  5. Buah cekur  4 Biji
  6. Gula
  7. Garam
  8. Asam Jawa atau gantikan Sos cili
  9. Sedikit air


Bahan-Bahan

  1. Lontong 1 biji ukuran lontong segera, tapi kalau buat sendiri, selalunya lebih lembut isinya korang boleh sediakan awal, ukuran potongan dalam semangkuk besar
  2. Tauger (dibersihkan, di rebus dengan air panas)
  3. Timun (dibersihkan, dikupas kulitnya dan di racik halus)
  4. Bawang goreng (boleh buat sendiri)
  5. Ulaman atau gantikan daun salad.


Cara Menyediakan


  1. Blander halus bahan-bahan yang telah digoreng, masukkan garam dan gula, tapi jika suka cara menumbuk, korang boleh tumbuk halus sedikit demi sedikit bahan-bahan yang telah digoreng. Masukkan air perahan asam jawa.
  2. Keluarkan kedalam mangkuk, gaul sebati
  3. Masukkan lontong, daun2 ulaman kedalam mangkuk, tuang kuah pecel, hias dengan kreativiti anda.
  4. Selamat mencuba

PS: belah malam, akan menerima kunjungan dari adik beradikku dari KL, kemungkinan.. 2 hari aku kan bercuti ke kampung, siapa area Felda Tenggaroh Mersing, jom.. gather2 ke Tanjung leman..




Thursday, April 26, 2012

Hasil dah menjadi....


Assalamualikum...
Alhamdullilah, syukur kehadrat Illahi.. kesihatan penglihatanku kini ada peningkatan sedikit, mula-mula memang rasa pening yang amat.. terharu bila ada sahabat yang sentiasa mendoakan kesejahteraanku, ada yang memberi nasihat malahan ada yang mencadangkan beberapa produk, hingga aku terlupa dengan produk yang dahulu ku amalkan iaitu propolis AVAIL, itupun diingatkan oleh sahabat Bloggerku RINA, thanks sahabat.... 

Moga Perantaraan Propolis ini menyembuhkan mataku.

***************
Sambung cerita yang ada kaitan dengan tajuk

Korang masih ingat entry anakku  Umai menanam Halia?? Kini hasilnya boleh diambil.... Halia muda yang sangat harum baunya, kat kepala dah cadang nak masak ayam halia untuk menu Lunch esok.. Heehehhehe... 
Berkat tangan dan jari jemari anakku, masih ada lagi beberapa pokok yang belum ku cabut.. Tunggu sahabat blogger yang nun jauh katanya nak bertandang ke CR.. Bolehlah jamu mereka, tu pun kalau jadi.. Hehehhehe


Air tangan MIL, buat menantunya seorang, Terima Kasih Mak.. memang bertuah diri ini, sentiasa disayangki IBU mertua...

Tuesday, April 24, 2012

Apasal lama aku tak BW??


Assalamualikum sahabat... lamanya tak online, nak BW apatah lagi... sebenarnya kalau nak diikutkan kesejahteraan tubuh badanku, alhamdullilah.. baik2 sahaja, tapi.. memandangkan aku mempunyai masalah kesihatan penglihatan Glaucoma dah beberapa tahun (agak2 dah hampir 5 tahun kot) terpaksalah aku tidak mengaktifkan diri untuk berblog seperti dahulukala.. Cis, ala-ala blogger tegar pulak.. kikiki
Nak memastikan penglihatanku yang baik-baik kenalah aku kawal diri dari sering bermain dengan sinar cahaya komputer, sebab tulah kadangakala boleh jadi stress kalau tak update blog.. kikikikiki...

Nak ucap terima kasih kepada sahabat blogger yang baru dan lama, yang sering singgah bertanya khabarku.. terharu sangat2... terima kasih sahabat....
Menu lunch hari ini, sejak2 hilang selera makan sebab aku jaga pemakanan, asyik makan menu seimbang, sesekali nak juga makan kat luar.  Destinasi hari ini di Secret Recipe Kulaijaya.


Ubat dari Klinik Pakar mata, doktor Ezanee yang sangat baik hati...selain titis, dapat juga ubat makan.. tekanan mata kali nie alhamdullilah bawah 20, tak macam dahulu naik mendadak hingga 40 keatas.... Syukur, Doakan aku cepat baik ya sahabat

Sunday, April 22, 2012

Hari ini punya cerita


Hari ahda nan indah.. lepas siap memasak di Citarasa Rinduan bergegas ke kampung tercinta Felda Tenggaroh, Mersing.. ada majlis kenduri Kesyukuran jiran tetangga... Selalunya kalau ada kenduri yang berkaitan jiran terdekat, pastinya aku tidak lepaskan peluang untuk menghadirkan diri, lebih-lebih berkaitan anak-anak  buah baru yang lahir kedunia....
Anak ke 2 sahabatku, Fahmi Irzahiden.. sepasang dah adik aku dapat cahaya mata... baby boy nie sangat tembam.. geram daku.... selamat datang kedunia Fahmi

Bonda Fahmi, ku tiak Jaja, aku dah anggap Jaja tu dah macam adik perempuan aku.. Selain acara potong jambul, majlis kesyukuran adik perempuan Irzahiden iaitu Irni Nadia Tumian kerana dapat sambung belajar ke U (degree). Tahniah dik

Inilah bonda tercinta. Puan Jumiah Ramli, ku mendoakan yang baik-baik buat beliau.. Tanpanya tiada hadirku di dunia.. Terima kasih Ibu...

Hidangan Nasi ambeng, 1 dulang 3 orang.. 3 bungkus, 1 hidangan lagi kami makan beramai-ramai syok.......

Rezeki yang berganda-ganda ku doakan buat seluruh keluarga Tumian Bin Dahlan


Saturday, April 21, 2012

Hari Keluarga Felda Sungai Sayong 2012


Dari 21-22 April 2012, Hari Keluarga bagi kampung Felda Sungai Sayong sedang berlangsung di Teluk Godek, Mersing. Hari keluarga yang ditunggu-tunggu oleh seluruh penduduk kampung.

Terima kasih buat seluruh ahli jawatankuasa yang berjaya menguruskan hari keluarga ini, Jom kawan-kawan layan gambar peserta di hari pertama sewaktu perasmian yang telah dibuat oleh Dato Adham Baba di kampung Sungai Sayong, malahan wartawan SINAR HARIAN turut membuat liputan. Tahniah


Suku peserta bergambar bersama pemimpin.. Peserta yang lain menaiki kenderaan masing-masing, manakala 60 biji kereta terlibat dalam hari gemilang ini


Dijangkakan, malam 21 April live band akan memeriahkan suasana, manakala pada 22 April selain diadakan aktiviti bersantai, turut dimeriahakan dengan sukaneka.

Peserta ke Teluk Godek, Mersing dianggarkan dalam 600 orang, makanan dan penginapan adalah percuma jua pengangkutan.. Terima kasih buat seluruh peserta dan ahli Koperasi yang menjayakan majlis


PS: berkali-kali En Zalie mengajak daku turut serta, entah mengapa aku tidak mengiakan.. mungkin kesiahatan mataku membataskan segalanya.. ku doakan kesemua peserta pergi dan pulang ke rumah dengan selamat.. Amin

Friday, April 20, 2012

Birthday 20 April


Selamat hari lahir ku dedikasikan entry ini buat sahabat bloggerku Mayana.. Moga diberikan kesihatan dan kesejahteraan yang baik-baik buatnya...Semoga sentiasa ceria dibawah lindungan yang maha Esa... khas buat kamu.. moga berbahagia selalu, selamat hari lahir yang ke 30 tahun..


Jua, buat sesiapa yang menyambut hari kelahiran pada hari ini 20 April.. SELAMAT HARI ULANG TAHUN KELAHIRAN.. moga Allah merahmati kalian semua....
Selain blogger mayana, sepupuku Zierah Dolmat, sahabat alam mayaku Ain Humairah dan kepada birthday 20 April, May Allah bless u..

KEMASKINI: jua buat Mak blogger GB yang menyambut hari kelahirannya pada tarikh yang sama.. HAPPY BIRTHDAY MAK GB,

Ada jodoh di hari jumaat


En Zalie ajak aku dating ke bandar Kota tinggi, mulanya malas oooo, maklumlah.. dah rancang nak BW sampai lebam ke blog korang, kebetulan.. aku rancang nak masak tengahari ala kada....

Tapikan, terselit kegembiraan tanpa ku sangka2.. apabila aku membuka pintu bank Maybank.. ku terkaku memandang insan pertama yang hadir dalam diriku yang bernama LELAKI

Kerana lelaki itu, wujudnya aku dimukabumi.. 
Abahhhhhhhhhhhhhhhhhhh... tak sangkanya tanpa apa2 perancangan kita bertemu di situ...
Jom makan... hahahahhaha, 

Lepas melepaskan rindu dengan insan tersayang.. masuk ke kedai pakaian.. Ewah.... shopping baju raya pulak..... hehehhehe Layan jerlah..

Lempeng kosong VS Sambal Sardine


Morning sahabatku... salam Penghulu hari... Korang dah breakfast ker? Hari ini CR bercuti, rutin harian di hari Jumaat selain ke tanah perkuburan, pastinya jogging tidak aku lupakan...

Masa berlari-lari tadi, kepala dok ingat nak buat sarapan apa, kalau ikutkan seleraku.. Soy Protien dah memadai, tapi bila fikirkan En Zalie dan MIL, pastinya aku tak boleh fikir diri sendiri...

Lari punya lari, maka tercetuslah idea nak buat lempeng, sebab semalam aku ke blog kak Ratna dia tayang nasi sardine, tu yang hati meronta mau cari sardine.. heheheh

Siap belari terus ke pasar cari sardine, alhamdullilah... dapatlah buat suku tepung, itulah hasilnya 7 keping lempeng ( gambar kat atas baru dapat 3 keping, terus aku snap..heheheh) sekarang nie nak buat kuih aku dah rasa tak syok memandangkan baca kisah tepung yang ada peluntur.. adoiiii.. mujurlah aku berpihak pada tepung 1 Malaysia, moga-moga tak dengarlah berita yang buruk2 tentangnya..  Risau..

Jemput makan semua....

PS: nak bagi sikit kat blogger cilik ini, moga kandungannya baik2 hingga lahir kedunia.. amin

Thursday, April 19, 2012

Malam-malam layan ini


Nak bagi kat blogger ini.. moga dia sentiasa baik2 dimalam hari... kasihan dia belum makan lagi.. kiikikiki (abis aku kena piat nanti) hihihihi

Friday I'm In Love, aku cinta siapa tu...

Selamat malam jumaat sahabat, hari ini kalau diikutkan tak berapa nak ceria.. tapikan, bagi aku.. kalau kita buat2 ceria insyallah.. semuanya akan jadi happy, asyik nak bad mood tak elokkan.. senyumalah.. Insyallah, itulah petua untuk menjadikan diri kita rasa bahagia...

I'm In Love.. wahhh!! asal malam jumaat jer nak love2... ajer gatal anak Pak Rahman nie.. kikikikiki, sebenarnya nak cerita yang aku dah jatuh cinta dengan Qi, siapa Qi tu?? hah!!! abislah kalau En Zalie dapat tau.. ha'aah..... Tak tauuuu....

Qi Razali tu sekarang buah hati si penyanyi Yuna.. Malam nie jam 8.30 malam bermula malam ini 19 April 2012, dapatlah kita tatap muka dia hari2 di tv 9... Ewah!!!!!! gatal tak sudahhhhhhhh


Drama terbaru Friday i'm in love atau bahasa melayunya Mula Jumaat malam Khamis (pelik pulak kalau di transletkan hihihihi), jom layan sinopsipnya

FRIDAY I’m In Love mengisahkan Awang, seorang remaja yang juga seorang pembantu di sebuah kedai buku dan bersahabat baik dengan Ana, Nisha, Pitt, Jo dan Hansem. 

Awang menyambut hari jadinya yang ke-21 bersama mereka pada Jumaat di kedai kopitiam milik bapa Nisha. Sedang mereka sibuk berbual, Awang terlihat seorang gadis cantik iaitu Amy dan secara tiba-tiba Awang cuba sedaya upaya untuk berkenalan dengannya. 

Tanpa disedari, mereka menjadi serasi dan Awang jatuh cinta kepada Amy dan kisah cinta mereka berterusan pada Sabtu, Ahad, Isnin, Selasa, Rabu tetapi pada Khamis, Amy menamatkan percintaan mereka dengan mengakui bahawa dia sudah berkahwin. 

Awang berasa sangat kecewa, namun pada hari seterusnya, dia bangun dengan ingatan kabur terhadap Amy dan bertemu pula dengan Bella dan jatuh cinta sekali lagi. 

Episod pertama Friday I’m In Love akan bersiaran bermula malam ini (setiap Khamis), jam 8.30 malam melalui slot Aurora di TV9 (Saluran 119). 

Istimewa buat pertama kalinya, TV9 akan menyiarkan kesudahan episod cinta Awang ini dalam format telefilem selama dua jam di slot Skrin di 9 pada Rabu, 18 Julai, jam 8.30 malam. 

Penampilan istimewa pelakon wanita popular seperti Fouziah Gous, Puteri Sarah Liyana, Izara Aishah, Nabila Huda dan Ayang Hussein sebagai kekasih hati Awang pastinya akan lebih menghangatkan lagi drama ini.



KREDIT TO METRO ONLINE

Wednesday, April 18, 2012

Mujhse Dosthi Karoge, Aku suka!!!


Buat kaki Hindustan, seperti aku.. apa lagi, jom layan filem yang sedang ditayangkan di saluran TV 2. JAM 10.00 PM. (18 APRIL 2012)

Masa paling sesuai kita bersenang sebelum tidur.. jommmm

Telur Ikan Mayong punya hal


Kalau nak diikutkan telur mayong sangat mahal... Aku tak jual sekarang untuk pelanggan, maklumlah.. harganya mentah jer hampir berpuluh2 RM.
Kalau ku jual.. sure pengsan pelanggan setia CR..
Kerana keinginan tekak, aku minta En Zalie beli juga, sebab aku mau kunyah telur mayong tanpa makan nasi, entahlah.. dah beberapa hari nie tekak tak best....
Dan seperti yang kujangkakan.. telur ini tak habis dimakan.. mujurlah aku teringat kat jiran terdekat.. walau dalam gambar nampak sedikit.. seplastik besar aku paking untuk jiranku tu,, Harapan aku agar tak membazirlah, sayangkannnn

PS: jiwa agak kacau.. esok nak ke Hospital, mahu ambil darah... harap2 kesihatanku baik2 sahaja.. Amin

Traffic mencanang naikk!!!

Ya Allah.. punyalah berbunga2 hati ini.... Bila berkenalan dengan beliau, ku rasa berada diawang-awangan.. Terima kasih beribu2 lori buat beliau....

Glem daku sekejap.. Hahhahahahah...

Korang nak tahu pasal betapa bestnya bila diri ini dikisahkan, jom... baca blog beliau.

Buat beliau, diri ini rasa dihargai, terima kasih berlori, ada kelapangan kita lari-lari, ada rezeki kita bertemu secara realiti.


PS: sekarang aku sedar, keindahan dan keikhlasan terbentuk hasil acuan yang suci murni, terima kasih buat teman-teman yang sudi bersahabat denganku, yang sentiasa menyokongku dalam dunia blogger,memberi nasihat, memberi galakkan dan sentiasa meninggalkan komen di blog cincai ini. kalian sungguh HEBAT

Shahriah Abdullah Master Chef sudi follow blog CR!! Wowww...

Selamat pagi sahabat, sepatutnya hari ini WW (Rabu tanpa kata2), namun kerana terujaan aku... aku buat entry tergempar ini... so sweeettttt

Tadi malam, aku buat entry ini ... maklumlah dah lewat malam.. mata yang rabun nie main google jer blog kawan2 yang buat review tentang Restaurant yang ku pergi malam semalam... beri kredit terus of lappy..

Korang nak tahu siapa pemilik blog tersebut??
Shahriah Abdullah... seorang novelis PRIMA yang sekarangnya berjaya melahirkan 8 karya terbaiknya... Wah!!! menariknya.......

(karya terbaru beliau, sedang panas di pasaran.... peweet)


Tapikan, sebelum tu malulah nak story yang aku salah taip nama kat entry tersebut.. Ialah, nak cepat punya pasal.. aku tertulis nama Samsiah Abdullah, walahemahnya nama sebenar beliau adalah Shahriah Abdullah, maaf beribu kemaafaan kak Shahriah.... (Ayu janji kalau kak ke Citarasa Rinduan, Ayu belanja.. Hehhehe)

Chop!!! beliau juga merupakan peserta Master chef musim pertama... aduhai, hari2 natap pertandingan tu.. tapi tak perasan beliaulah pesertanya... (betapa lalainya aku disitu)


Nak ke blog beliau yang lain2, macam-macam ada tau... Korang Klik sendiri lah ya



PS: Suka baca komen beliau, dengan rendah diri tak syer pun identiti, mujurlah aku peminat novelis.. aku perasan siapkah beliau.. dan sampai saat ini aku masih tak percaya!!! terharunya.. Kak Shahriah, Ayu sukaaaaa.

Irania Restaurant PARSIA


Pertama kali ke Restaurant ini pada hari ulang tahun kelahiran pakcik Usu En Zalie, aku sekeluarga jatuh cinta padang pertama dengan keenakan hidangan Nasi Arabnya (Chiken Mandy).

Hari ini ke sini lagi sebab temankan En Zalie cari kasutnya.. Dah 4 tahun tak tukar kasut, malam nie baru cari... kebetulan Kedai Al Ikhsan bersebelahan dengan kedai Arab nie, kami masuk sekali lagi....

Hanya makan samosa Ayam (nama yang betul aku lupa....)
Kalau korang nak cuci mata dan teringin nak menjamu selera kat situ korang boleh ke
63 Jalan Pendidikan 4
Taman Universiti Skudai
81200 Johor Bahru

PS: google tentang kedai Arab nie, terjumpa blog Kak Samsiah Abdullah, terbaiklah entry beliau.. jom baca, KLIK SINI

Tuesday, April 17, 2012

Adat berniaga biasalah..

Hari ini ku terima kedatangan se`van` pekerja Kementerian Kesihatan Malaysia, adat berniaga kedai makan.. itulah saat yang paling mendebarkan...

Kalau nak diikutkan cuak, gelisah semuanya terpahat didada.. macam nak luntur hati dan jantung saya, entah2 bacaan bp saya mahu2 beratus2 naiknya, itu belum lagi check bacaan untuk paras jantung saya.. hahahahha

Gitulah, mana yang berniaga, mana yang menjual makanan.. pastinya tahu.. setiap tahun pasti akan ada pemeriksa kesihatan yang spot check di kedai/premis kita...

Alhamdullilah, syukur.. bila cukup apa yang diperlukan, cukup syarat2 yang disediakan.. barulah lapang hati ini.. Walahemahnya, sebelum itu macam nak lari balik rumah jer.... kikikiki

(nasi arab di Restoran Taman U. Skudai, Saya makan 2 minggu lepas, rasanya malam ini saya mahu makan lagi, walau diet.. saya mahu hiburkan dan beri kredit untuk diri sendiri)
teleng tengok gambar nie.. kannnnnnn

Ikan Patin masak Lemak cili Padi


Selamat Pagi selasa sahabat.. 
Semalam ku aktif di FB dengan mengunakan maxis mobilem,tapi tak online untuk update blog. Fuh!! gitulah.. ada notebook baru, tapi tak ada line internet, tak guna jugak.. kikikikiki..
Pagi nie nak syer makanan kegemaran orang Negeri Sembilan, malahan menu ini menjadi kesukaan pelanggan setia Citarasa Rinduan.. Ikan Patin masak lemak cili padi versiku...

Bahan-bahannya

Ikan patin seekor, di potong ikut kehendak anda, nak bagi lendir hilang, rendam dengan limau nipis. Baru dibilas bersih
Cili padi segengam **
Lada merah 4 Biji **
Bawang merah 7 biji **
Bawang Putih 5 biji **
Halia sebesar ibujari **
Buah keras 3 Biji **
Kunyit basah 1 biji **
Santan atau susu cair 
Garam sedikit
Ajinamoto sedikit
Gula 1 sudu Teh
Serai 2 batang yang telah dititik
Asam keping 2 kuntum
Air putih 5 Cawan


Cara menyediakan


A) Tumis bahan ** yang telah di blander, masukkan serai, garam,ajinamoto, gula, asam keping. Hingga kering bumbunya.
B) Tuang santan, air. Tunggu sehingga kuah mengelegak, pastikan santan tak pecah. Kalau gantikan susu.. Kaedahnya sama. Bila kuah betul2 mengelegak dan santan masak dengan betul, perlahankan api.
C) Masukkan kepala ikan patin dahulu, baru diikuti isi ikan patin. Nak tahu ikan sudah masak, ikan akan terapung dipermukaan periuk/kuali
D) Sedia untuk di hidang, hias dengan daun kunyit. Selamat mencuba





(Terung bulat, buah tangan dari suami tercinta. Santapan buat tersayang, ku masak goreng kicap tanpa bahan perasa)

PS: Ikan patin Masak Lemak cili padi tu kalau ada tempoyak. Peeh!! terangkat.. Tapi stok tempoyak tak ada.. kita buat apa yang ada jerlah ya..

Sunday, April 15, 2012

Seminggu Nan lepas, Kisah Gathering 8 April 2012 masih segar diingatan


Gathering blogger yang dianjurkan olehku saat akhir, hanya sempat jemput sahabat blogger melalui telefon, gara-gara notebookku yang tersangat keuzuran, seminggu sebenarnya peristiwa ini berlalu. Segarnya ingatanku dimajlis itu, ku pinjam Hari bahagia sepupuku Suzie Yana dan suaminya Mail iaitu hari perkahwinan mereka berdua untuk mengeratkan hubungan yang terjalin menjadi reality

Inilah wajah blogger yang hadir tepat pada masanya jam 3 petang, iaitu blogger sis Sue Joshua (berbaju putih), Blogger popular Sis Lin (bertudung syira) dan Isteri Blogger Kasawari iaitu Puan Azlinda.

(kredit to FB Kasawari kerana gambar ini ku tersenyum sendirian, gelagat yang tidak dapat diungkap dengan kata2)

Mereka bertiga, pasangan sahabat yang sangat serasi, kerana kami mengenali diteratak CMG bertahun sudah.. maka gelak tawa menyinari persahabatan yang terjalin... Gandingan 3 wanita yang sopan santun membuatkan hati ini semakin ceria, walaupun kepenatan melayan sanak saudara sebelum pertemuan terjalin...


Anak bujang Sis Lin terlindung dik bunga meja makan, baik dan sopan budaknya... Mengheret DSLR ibu tercinta.. ada aura fotografer.... Blogger Kasawari yang sentiasa ramah dan mesra mengamatkan suasana, walaupun port kami terlalu dekat dengan speaker Live Band sekurangnya kecacatan dilindungi dengan kehadiran  Mr Joshua yang sentiasa cool dan tersenyum suami tercinta Sue Joshua, terima kasih buat beliau yang sudi menemani isteri tersayang bersama Rhea yang cute
(kredit to FB Blogger Kasawari, aku ingin kongsikan kecomelan Rhea anak blogger Sue Joshua.. geramnya, Comelkann)

Terima kasih diatas kehadiran sahabat FB  Kak Azizah, merangkap sahabat reality.. tak sangka.. pertemuan tidak dirancang di Taman Putri Kulai berlaku, dengan anak tersayang yang lembut wajahnya....


Ini adalah saat akhir pada jam menunjukkan angka 5 petang, tahniah buat blogger Oh Oeya yang berjaya sampai walau 1 jam menghadapi masalah dengan GPS.. hatiku pada asalnya tidak tenang kerana risaukan beliau tersesat, namun bila terpandang senyumannya ku bersyukur akhirnya kak Oeya dihadapan mata...

Terima kasih buat sahabat blogger yang sudi menghangatkan suasana majlis persandingan sepupuku.. Moga ukhwah yang ada terjalin selamanya...

PS: kalau korang nak baca kisah mereka di majlis tersebut hingga ke teratak blogger terkenal si Sedenak sila klik keatas nama2 blogger tersebut



Menatap orang baru hati ini juga mauuu


Menghadirkan diri ke majlis akikah anak sepupu En Zalie... sudah hampir 2 bulan baby Damia Kaisyarah lahir ke dunia.. Namun, aku tiada kesempatan nak mengziarahi orang baru.

Nan pasti,semalam adalah harinya menatap rupa orang baru.. Membuatkan hati ini semakin mahu cahaya mata..... Apapun buat mama Damia iaitu Ju dan suaminya.. Tahniah kak Ayu ucapkan.. Moga kehadiran baby Damia ke dunia mencabangkan lagi sinar kebahagian buat kalian sekeluarga.. Insyallah

 Comellllllll......


Kalau ikutkan perut ini dah dipenuhi dengan makanan, sebab sebelum ke akikah Damia, kami sekeluarga ke Papan Timur, melawat sepupu en zalie yang excident 1 bulan lepas, kemarin aku mengziarahinya di hospital, hari semalam.. melihat pada keadaan fizikalnya yang patah kedua2 kaki, dan tangan kanan.. membuatkan hati ini sayu.. Moga Nash kembali sembuh dan bekerja semula...

Insyallah...
Inilah kerja orang perempuan.. Asal ke majlis orang tangan tamo diam.... membasuh pinggan mangkuk sambil ditemani sepupu perempuan en Zalie.,. memudahkan kerja mencuci...

Balik ke rumah, singgah dahulu ke Citarasa Rinduan.. masih gagah menguruskan kedai.. hinggalah kemalam.. aku rasa letih yang amat....

PS: Apapun, semoga yang baik2 buat diriku dan teman2 yang sudi membaca kisah semalamku... Selamat berhujung minggu

Saturday, April 14, 2012

Saiful Nang ke Finland sebab sambut hari lahir blogger terkenal?

Selamat berhujung minggu sahabat, hari ini ku perlu ke majlis akikah cucu mertuaku di Air Tawar 5, walau ada majlis.. seperti biasa Citarasa Rinduan tetap beroperasi, Maka awal pagi nie bersilatlah daku di dapur untuk menyergerakan menu sarapan pagi mahupun tengahari...

Bila ada laptop baru, aura aku kembali berblog? Oh tidak... bagi aku sama sahaja, Maklumlah berniaga, pastinya aku akan berblog ikut ruang masaku yang ada. Itu yang kadangakala, time tunggu pelanggan bolehlah aku menaip entry, kalau sibuk.. faham2 sahajalah.. bekulah blog ini. Hehheh

Eh. tajuk lari pulak... sebenarnya aku nak dedikasikan ucapan SELAMAT HARI LAHIR buat Blogger Nieza yang berada di Finland, dengar2 kan... Photografer terkenal tu ke Finland sebab nak sambut hari lahir Nieza tau...

Ahakss. habislah peha aku kena cubit dengan Nieza sebab aku memandai2 buat spekulasi tentang kedatangan Saiful Nang ke Finland.. Walhal beliau ke situ atas urusan perniagaannya... Tapi, aku percayalah Nieza yang kaki fotografie pasti tak lepaskan peluang nak belajar menembak dengan beliau...

(Gambar terbaru di FB Saiful Nang.. kini beliau di Espoon Keskus, kat mana daerah tu.. kenalah tanya blogger Nieza.. Hehehhe)

Khas buat Nieza semoga murah rezekimu, semoga berbahagia selalu, moga Allah berikan kesihatan yang baik2 buat beliau.. Bagiku, walau tidak bertemu,walau kami beribu batu, tapi alam blogger membuatkan hubungan yang terjalin erat sentiasa...
Selamat hari Lahir sahabat..

Friday, April 13, 2012

Lappy dah beli, aku kembali berblog


Assalamualikum....
Yehah!! mood happy....
Setelah seminggu daku bercuti berblog, terima kasihlah buat sahabat yang sudi kluar masuk ke blog daku.. sudi buang sesawang yang penuh dirumahku, sudi sapukan habuk yang berkeliaran... hehehhehe

Kredit to my En Zalie kerana sudi mengeluarkan RM untuk belikan lappy baru buat isterinya ini.....
Yang pasti, sahabat FB yang rajin melayan resah dan rindu dendamku terhadap dunia blog.. terima kasih berjuta2 ku ucapkan

PS: nak ke seminar kesihatan bersama Monavie.. insyallah.. ku akan singgah ke blog sahabat yang lain jika ku kurang sibuk ya... Salam sayang dariku buat kalian semua..

Thursday, April 5, 2012

Mohon sahabat doakan agar Ibunya selamat walau anaknya sudah tiada..

Salam takziah ku ucapkan buat sepupuku Intan dan suaminya Ayie diatas pemergian anaknya yang tercinta
Baby sulung yang sedang dikandungkan oleh Intan, cukup bulan.. namun meninggal dunia dalam kandungan, sekarang Intan (ibunya) sedang bertaruh dengan nyawanya

Mohon jasa baik sahabat-sahabatku supaya mendoakan operation yang sedang dijalankan oleh doktor di Hospital Kluang., Johor berjalan dengan lancar

Aku sebagai keluarga terdekat.. mengucapkan salam takziah buat seluruh simati..
Al fatihah


PS: sayunya hati ini, mengenangkan nasib yang menimpa sepupuku,. Namun tuhan punya kuasa…


Saya perlu diganti? Atau perlu di baiki?

Saya akan/perlu bercuti…

Memandangkan saya yang keuzuran.. maklumlah beli tahun 2008 sehingga kini tuan saya tak mahu menukar yang baru, masih setia tuan saya pada saya.. Nampak sangat tuan saya lokekk..kikikikiki




Oleh yang demikian, saya mohon pada tuan saya iaitu puan Citarasa Rinduan, untuk menerima permohonan cuti saya..  samada saya perlu diservies, atau saya perlu diganti baru? Terpulang pada tuan saya…..


Sekian…
Lappy yang sentiasa berkhidmat.

(gambar kredit to google..)

PS: jawapan puan Citarasa Rinduan, selagi boleh diguna.. aku akan gunakan kamu.. cuma aku bagi kamu cuti 2 hari..  (permohonan diluluskan) 

~~selingan,. bila lappy bercuti, secara automatik,. blog citarasa rinduan jua bercuti~~