Photobucket Photobucket

CITARASA RINDUAN

Showing posts with label felda sungai sayong. Show all posts
Showing posts with label felda sungai sayong. Show all posts

Tuesday, June 4, 2013

Dato singgah CR lagi

Dato Adham Baba gemar makan ikan asam pedas di CR. Selepas pilihanraya ke 13, hari ini dato ke CR, terima kasih dato... beliau pemimpin yang paling peramah, mesra dengan pelanggan dan orang kampung di sini.

ps: hari selasaku yang sedikit sibuk, baru pulang dari majlis yasinan sahabat. Sayur nangka, ikan masin.. peberatku. Memang aku skip ambil lunch hari ini. Risau semasa yasinan ku tertido berkali2. Hahaahhaaa....

Sunday, April 7, 2013

Jom ramai-ramai ke sungai sayong, 4x4 BERGEGAR!


Selamat berhujung minggu sahabat alam mayaku.
Hari yang sibuk.. Alhamdullilah,selesai memasak lauk pauk untuk berjualan di CR.



Pagi ini, dikampungku ada pertunjukkan jentera 4x4..
Buat peminat yang gemar aksi lasak, ingin melihat pacuan 4x4 beraksi pelbagai gaya, turun naik bukit, sungai dan pelbagai.. Jomlah ke sungai di Felda Sungai Sayong, kulaijaya. Johor

Friday, June 22, 2012

Model Rumah Mesra Rakyat SPNB

Disebabkan banyak pemintaan berkenaan model rumah mesra rakyat.. ku kongsikan dengan sahabatku yang lain...... Dibawah merupakan model rumah generasi ke2 kawasan Felda Sungai Sayong

Nilai rumah RM65,000.00. Kerajaan membayar RM20,000.00, manakala pemilik rumah perlu membayar baki secara ansuran bernilai RM150.00 pada setiap bulan.....



(auto post, tuan rumah tiada)

Wednesday, May 9, 2012

Rumah Mesra Rakyat SPNB


Akhir-akhir ini aku baru perasan yang rezekiku melimpah ruah, selain rezeki berbentuk RM, kesihatan, rezeki rumah yang tidak kusangka.. tahun 2004 mohon tanah, tahun ini tanah kosong kami yang ditumbuhi lalang diberi rumah...

Hari ini dalam sejarah, perjanjian menandatangi rumah dengan pihak pemaju PSNB (syarikat Perumahan Negara Berhad) , Rumah mesra rakyat yang selama ini ku tunggu akhirnya menjadi kenyataan..

(gambar En Zalie dan peserta Generasi ke 2, F sungai sayong menunggu berita gembira untuk menandatangi surat perjanjian Rumah)

(Dato Halimah Sadique menjadi impian kami bergelar kenyataan bersama wakil SPNB, ketua kampung dan pengerusi GEN 2 Sg Sayong)

(peguam yang bertauliah menguruskan perjanjian bersama 510 permohon)

(Salah seorang permohon yang mendapat surat tawaran rumah mesra Rakyat, sedang menerima surat dari Dato)

(pihak Media dari Sinar Harian, Metro, Berita Harian dan lain-lain membuat liputan, selain itu radio BEST 104.0 turut bersiaran)

Paling bersyukur, dengan bayaran RM 150.00 bulanan, bayaran selama 20-25 tahun sudah mencukupi untuk kami anak beranak mempunyai rumah sendiri.. Alhamdulillah Terima kasih kerajaan....

(gambar wajib.. ahaksss. antara daku dan Dato)

Tuesday, May 8, 2012

Habuan RM 1.69 Billion durian Runtuh buat Peneroka FELDA

Detik bersejarah pada jam 11 pagi apabila PM Datuk Seri Najib Tun Razak membuat pengumuman di felda Jengka 8, Pahang berkenaan durian Runtuh yang selama ini dinantikan oleh ahli peneroka sejak beberapa bulan nan lepas...

Alhamdullilah, akhirnya jam 11.25 pagi PM mengumumkan RM 1.69 Billion sebagai wang yang diperuntukan buat semua warga peneroka diseluruh Negara. Habuan yang sangat besar buat kami anak PENEROKA.

Apabila pengumuman dibuat, maka.. setiap ahli peneroka akan menerima 15K bagi satu isi rumah. Ayah 5K, Ibu 5K, manakala untuk anak adalah 5K, selain itu ganjaran untuk semua peneroka dalam bentuk saham Felda Global Ventures dan semua kakitangan felda akan menerima habuan masing-masing


(gambar yang sempat dirakam oleh sahabatku Helmi Ramli (anak peneroka f Pasir Raja) siaran secara live apabila PM tiba di Jengka 8, Jerantut)

Seramai 5,000 warga peneroka berkampung di Jengka 8 untuk mendengar sendiri pengumuman PM, manakala tv 1 dan tv 3, membuat lintas langsung dari tempat kejadian.


Sebagai anak peneroka, ku bersyukur diatas pengumuman tersebut, Terima kasih Allah, terima kasih PM, terima kasih FELDA.. 

Saturday, April 21, 2012

Hari Keluarga Felda Sungai Sayong 2012


Dari 21-22 April 2012, Hari Keluarga bagi kampung Felda Sungai Sayong sedang berlangsung di Teluk Godek, Mersing. Hari keluarga yang ditunggu-tunggu oleh seluruh penduduk kampung.

Terima kasih buat seluruh ahli jawatankuasa yang berjaya menguruskan hari keluarga ini, Jom kawan-kawan layan gambar peserta di hari pertama sewaktu perasmian yang telah dibuat oleh Dato Adham Baba di kampung Sungai Sayong, malahan wartawan SINAR HARIAN turut membuat liputan. Tahniah


Suku peserta bergambar bersama pemimpin.. Peserta yang lain menaiki kenderaan masing-masing, manakala 60 biji kereta terlibat dalam hari gemilang ini


Dijangkakan, malam 21 April live band akan memeriahkan suasana, manakala pada 22 April selain diadakan aktiviti bersantai, turut dimeriahakan dengan sukaneka.

Peserta ke Teluk Godek, Mersing dianggarkan dalam 600 orang, makanan dan penginapan adalah percuma jua pengangkutan.. Terima kasih buat seluruh peserta dan ahli Koperasi yang menjayakan majlis


PS: berkali-kali En Zalie mengajak daku turut serta, entah mengapa aku tidak mengiakan.. mungkin kesiahatan mataku membataskan segalanya.. ku doakan kesemua peserta pergi dan pulang ke rumah dengan selamat.. Amin

Wednesday, December 7, 2011

Wawawawa.....


Tak boleh nak kata apa….

Yang pasti aku sekeluarga tak dapat join…. Insyallah tahun mendatang, mana tahu usia kami panjang…amin

Layan ajer perasmian mereka berangkat pada pagi tadi, jelajah Kembara  Banjaran titiwangsa 4x4 belia jentera Sungai Sayong..





Moga selamat kedestinasi yang dituju dari 7 hb December – 12 hb December 2011…

Monday, November 21, 2011

(berita terkini) Malaysia VS Indonesia 1-1, Aku pun masuk tv saluran 180..


Selamat malam isnin sahabat….

Hari ini sangat buzy…

Bila cuti sekolah bermula pasti aku sibuk.. faham2 jerlah kan.. perniaga kedai makan..

Korang buat apa tu???korang pasti tak online malam nie.. gerenti 95% antara kita sedang syok layan bola.. 1-1 kan??? Entah-entah korang yang terlebih sorak dengan 1 jag air dan sebungkus pop corn.. heheheh


Sokongan yang padu buat permain kita. Ada masa lagi buat permain kebangsaan kita beraksi..mana tahu ada rezeki.. 2-1 kan??? 

**************

Oh ya, korang ingat tak entry ini??

Semalam dah keluar astro ko…. Ahaksss… saluran 180. Walau channel itu terbitan RTM untuk sabah dan Sarawak, sekurangnya aku berbangga kerana kampungku yang tercinta dah bersiaran pada jam 8.30 malam…

Sedikit aksiku yang aku dapat paparkan.. lebih kurang gambar ini.. hahhahah.. 



PS: tak silap dokumentari tu bulan 3, bulan 11 baru ditayangkan.. lamanya.. hehehe

Thursday, November 3, 2011

Gangguan bekalan air di citarasa rinduan


Selamat pagi semua…

Terima notis dari SAJ… Nampak gayanya seluruh kawasan felda sungai sayong. Felda bukit besar, felda pasir raja, felda bukit ramun dan kampung rantau panjang akan mengalami gangguan bekalan air…




Citarasa rinduan tetap beroperasi…

Nampak gayanya… simpanan air sudah ku simpan… moga cukuplah bekalan air yang sedia ada bagi menampung gangguan air dari 10.pagi pada (3 november 2011) hingga 1 pagi (4 november 2011)
Buat sahabat yang berdekatan… jom simpan air anda…


PS: sah.. ramai yang makan di luar,. Dapur pasti cuti sehari.. kannnnn, jom ke Citarasa Rinduan


Wednesday, September 14, 2011

Wordless Wednesday (Part 13) Marhaban Raya ke 15



 Rezeki dibulan syawal….terima kasih kepada seluruh hadirin yang sudi keteratak kami.., alhamudllilah.. kesihatanku semakin pulih.. terima kasih sahabat sekalian yang sentiasa mendoakan kesejahteraanku dan memberi pelbagai tips padaku…

Friday, September 9, 2011

Majlis Hari Lahir Umai, Rewang, Cari bahan Mentah untuk citarasa Rinduan.. Sambutan Raya.. (Sibuknya aku!!)


Assalamaulaikum..
Salam penghulu hari buat sahabatku…
Hari ini, walau citarasa rinduan tutup.. namun jadualku agak padat.. menguruskan majlis hari lahir anakku Nur Umairah dari jam 9.00 pagi-11.30 pagi, barulah majlis selesai.. dengan bantuan pekerjaku dan bantuan beberapa orang guru. terima kasih semua...


Kata pengetua sekolah TABIKA KEMAS, hari ulangtahun kelahiran Umai disambut meriah.. ku jawab.. rezeki anakku, rezeki buat kawan2 Umai dan rezeki  cikgu yang mengajar anak2 di sekolah Tabika.

Akrabnya, anakku dengan ayahnya... ceria wajah Umai bila ayahnya datang walau majlis sudah berjalan separuh jalan... kehadiran ayahnya memang Umai nantikan.... SAYANG abah Zalie!!


Ku hulurkan beberapa makanan ringan dan minuman, jua duit raya buat sahabat2 Umai…. Budak2… bila dapat sesuatu dari seseorang, lagilah berupa barangan yang mereka sukar perolehi, melonjat kesukaan tak terkata… pelajar lelaki ku pakaikan topeng, manakala pelajar perempuan ku pakaikan topi.. comel-comel rupa mereka..


Seterusnya, ku bergegas menghadirkan rewang bagi sambutan hari raya peniaga jentera F SUNGAI SAYONG untuk tahun 2011.. aktiviti rewang yang sentiasa mengeratkan hubungan kekeluargaan kampung kami yang menjadi perpaduan rakyat..
Tema malam ini santai.. hanya berbaju melayu dan kurung, manakala jemputan VVIP hanya DATO ADHAM BABA dan beberapa AJK tertinggi jentera FELDA..
Ku ambil masa sekejap untuk update blog, sementara menunggu en zalie pulang dari solat jumaat.. nak cari bahan basah untuk citarasa rinduan… perlu ke pasar yang jauhnya memakan masa 3 jam pergi dan balik….
Ku perlu percepatkan masa kerana, malam ini majlis SAMBUTAN HARI RAYA perlu didahulukan…Masih tak dapat nak BW ke blog sahabat yang lain... doakan semuanya dipermudahkan ya..


PS: nampaknya, ku tidak dapat menghadirkan diri ke majlis kesyukuran anak blogger SINAR KEHIDUPANKU di taman U, skudai.. Semoga anak beliau yang berjaya melanjutkan pelajaran ke Universiti luar negara berjaya dengan cemerlang disana, dan sentiasa selamat pergi dan kembalinya ke tanah air.. Amin…


Monday, July 4, 2011

Nak tunjuk wajah.......

Assalamualaikum, salam hari isnin sahabatku semua..

Semalam maaf berlori ku tak sempat nak BW malah nak balas komen kalian di blogku….penat….

Tak dapat ku akui, selepas mengikuti hari wanita dan Sambutan Hari IbuAyah F sungai sayong, sebab umai join sukaneka antara kawan-kawannya.. ku benar-benar terkejar-kejar…

**************

Setengah jam di padang, 10 minit ku pecut ke citarasa rinduan, rasanya ada 4 kali ku ulang alik..bukan sebab ku senghaja nak tayang muka menghadiri majlis tersebut..tapi, untuk anakku disamping melibatkan diri dengan program kemasyarakatan..

Nak lihat tak gambar ku semalam??.. sebenarnya memang banyak gambar yang ku tangkap.. tapi semuanya ku simpan di Fb.. tak ada pun wajahku…hehehehe

***********
Kredit untuk pak Ngah yang tag wajahku di Fbku, jom…. lihat aksi kepenatanku..di sepanjang majlis Hari Wanita dan sambutan Hari IbuBapa peringkat f sungai sayong, Kulaijaya.......



Wajah umai yang bersemangat nak masuk pertandingan…


Wajah yang penat, tapi tetap beri sokongan untuk anakku Umairah, terselit dibelakang YB Dato Adham baba, dan Pengurus Felda En Zainuddin



PS: memberi galakkan untuk anakku, walau hanya menang saguhati.. sekurangnya umai tahu aku sentiasa berbangga dengannya… Tahniah Nur Umairah


Friday, May 6, 2011

PROGRAM MESRA 1 FELDA

Program MESRA FELDA, FELDA WILAYAH JOHOR akan berlangsung pada 6 – 7 MEI 2011, bertempat di felda SUNGAI SAYONG

Kepada semua warga FELDA seluruH JOHOR , Jom ramai-ramai meraikannya...

Tentatif program MESRA 1 FELDA

6 MEI 2011



MASA
MESRA  FELDA
8.00am
Pendaftaran peserta
8.30am
Pertandingan Syarahan & tilawah Al Quran

3.30 p.m
Check in Hotel. Hotel Novelle Kulaijaya

8.45 p.m

majlis Ucapan
 YB Tan Sri Mohd Isa B. Dato  Abdul Samad (pengerusi FLEDA),
Ceramah agama
-          Oleh ustaz Izab Hambali Hamzah
-          Tajuk :MASIHKAN KAU INGAT
Penyampaian Hadiah
-          Masjid contoh Wilayah Johor Bahru
-          Tilawah Al Quran
-          Syarahan (bahasa Melayu dan bahasa Arab)

11.00 p.m
Rewang Memasak



7 MEI 2011




MASA
MESRA FELDA
8.00 a.m
Pendaftaran peserta kaunter khidmat pelanggan
8.30 a.m
Kaunter khidmat pelanggan dan pameran
10.00 a.m
Pelancaran skuad WAJA felda Sg Sayong oleh Dato pengarah Besar Felda
10.30 a.m
Sessi bersama Dato pengarah Besar Felda
-          Ucapan timbalan pengerusi gabungan JKKK
-          Ucapan dato Pengarah besar Felda
-          Penyampaian hadiah
Finalist AKKF Wilayah Johor bahru
Pejabat Contoh Wilayah Johor Bahru
2.00p.m
Ceramah pewarisan
3.00 p.m
Pertandingan sukan rakyat
9.00 p.m
Malam kebudayaan



PS:Jom........ ramai-ramai meraikannya... untung bila kampungku menjadi tuan rumah... terasa kemeriahannya walau penat fizikal dan mental, terharu sangat-sangat....

Tuesday, May 3, 2011

SELAMAT PENGANTIN BARU AIZAT DAN AZIE

Assalamualaikum..selamat pagi sahabatku semua..mesti pagi ini kalian sibuk menguruskan diri dan family!!... maklumlah cuti 3 hari,atau ada ker yang masih bercuti lagi?? hehehhe...mesti ada kan?
*************


Ku dedikasikan entry ini khas untuk seluruh warga FELDA SUNGAI SAYONG dan seluruh kakitangan pejabat FELDA SUNGAI SAYONG diatas majlis perkahwinan anak sulung pengurus FELDA SUNGAI SAYONG (EN. ZAINUDDIN dan isterinya), semoga berbahagia untuk pasangan mempelai tersebut iaitu AIZAT & AZIE..

Ku doakan supaya jodoh AIZAT & AZIE berkekalan hingga hujung nyawa dan dikurniakan zuriat yang soleh dan solehah..amin

Kemarin 1 MEI ku sempat meraikan majlis perkahwinan tersebut yang berlangsung di DEWAN SRI SAYONG. Majlis perkahwinan yang dijalankan secara gotong rotong dimana ketua kampung,ketua blok dan seluruh warga beliau turut menjayakan majlis gemilang tersebut..

Mereka sepakat bekerjasama dalam majlis perkahwinan tersebut.. tahniah.... (satu kepujian yang harus ku beri kepada seluruh WARGA PENDUDUK FELDA SUNGAI SAYONG..

Jom...... lihat gambar-gambar yang sempat ku rakam untuk tatapan sahabatku semua....









Ps: gambar aku?? Macam biasa.. ku sorok, kalau ku tayang selalu.. sure korang muntah hijau.. hahahahha, SELAMAT BEKERJA sahabatku semua

Wednesday, March 2, 2011

Kantoi..........

Maaflah lambat online..

Ke Gym sementara mengisi waktu..
Kebetulan ada yang dah tegur aku agak berisi…

Adeh!! Tension…so pi Gym…bagi solid sikit bentuk badan nie

Dan. Kebetulan semalam semasa dokumentari KEMBARA SUNGAI JEJAK SEJARAH JOHOR 1511-2011, aku dah terkantoi…kredit to pakngah atas tag anda di FBku..




PS: sah, aku dah terlebih senang hati..gemuk ko…………, so......nak hilangkan lemak yang tak perlu ku teruskan GEGAR blog anda pulak......jom..follow aku GEGAR sama-sama

RTM vs F Sungai sayong

Petang tadi, pihak stesen RTM telah membuat liputan untuk warga felda sungai sayong, tajuk dokumentainya adalah KEMBARA SUNGAI JOHOR.. makin terkenallah orang kampungku. bila aganya waktu siaran? wajah aku ada tak?? jeng-jeng



Oleh kerana pelbagai aktiviti dijalankan, dimana pihak stesen RTM telah membuat liputan aktiviti yang telah dijalankan di kampong tercinta..seperti karangkraf pihak GPW, pembuat keris, kerepek, tapai ubi, pelbagai riadah di waktu petang seperti permainan petanque dan kompang mengelilingi kawasan kampong..

Aku tak terkecuali terlibat dalam dokumentari tersebut..dimana RTM vs warga beliawanis, dalam pertandingan petanque….(sajer suka-suka)

Korang nak tahu apa keputusannya??

Tunggu yer……..

Jom, saksikan gambar yang sempat ku rakam……..







Inilah, wajah 2 orang pengacara stesen RTM yang menjayakan pertandingan petang tadi..

*******
Untuk sahabat yang tidak tahu apa itu permainan petanque, aku kongsi dari blog sahabat blogger juga..

Sejarah petanque

Dikesan kewujudannya sejak 900 sm apabila satu set bola dan jek ditemui di makam orang Mesir Purba tahun 7000 s. m. Kemudian sukan ini dimainkan oleh oleh orang Rom dan Greek. Dikaji bahawa orang Rom orang yang pertama memainkannya di Marseilles 2600 s.m. yang lalu.

Pada zaman pertengahan sukan ini sangat popular sehingga dilarang kerana sesuatu sebab yang tidak diketahui. Pa kurun ke 17 bangsawan Perancis menjadikan permainan ini sebagai permainan bangsawan dan Raja Louis XIV Perancis telah memperkenalkan permainan petanq kepada 14 mata kiraannya. Semasa perang Napoleon menggunakan peluru marian sebagai bola permainan.

Yang lain-lain klik sini