Photobucket Photobucket

CITARASA RINDUAN

Showing posts with label citarasa rinduan. Show all posts
Showing posts with label citarasa rinduan. Show all posts

Friday, July 19, 2013

Corat Coret Seminggu berniaga di Bulan Ramadhan


Berniaga lauk campur, pelbagai kuih muih termasuk Donut, pau sambal, roti jala, tahu sumbat air tanganku, nasi ambeng, pelbagai mee dan bubur/pengat adalah antara menu jualan yang dijual

Pelbagai bumbu a.k.a bahan-bahan masakkan ku sediakan untuk menyedapkan masakkan, berbeza dengan jualan harian dari bulan Ramadhan.

Jam 11 pagi adalah waktu sibukku dihadapan tungku2 dapur, setelah 1 jam menyediakan bahan-bahan masakkan, sehingga jam3 petang barulah masakkan siap di masak.

Adat berniaga, ada harinya cerah dan sebaliknya. 

Saat manis apabila dikunjungi sahabat, saudara mara dan kenalan lama. Thanks korang

Bertambah terharu Dato Adham Baba, selaku Adun Negeri Johor mengunjungi perniagaan Kami. 


PS: Maaf sahabat bloggerku, keterbatasan masaku menghadkan daku mengunjungi blog2 kalian.Ketahuilah kalian semua sentiasa dihati, menjadi penguat semangatku untuk berniaga. Thanks Allah.

Tuesday, May 7, 2013

Ter.. terlupa pulak!


Bersiaran dari Hospital Sultan Ismail, Johor.. Hanya temankan En Zalie buat rawatan 'medical'nya. Macam sebelumnya jika daku temankan En Zalie, pastinya CR tak beroperasi seperti biasa. ( maklumlah daku nie peneman setia. hehhhe)

Kelam kabut punya pasal sampai lupa nak ingatkan pembekal ayam mentah tentang CR tidak beroperasi. Akibatnya dari jam 8.15 pagi daku pula yang stress sebab kedua pembantuku tutup telefon bimbit. Ayam mentah sudah 30minit diluar kedai.

Cisss.. bukan daku jer pe'lupa', pembantu aku pulak ter'lupa' on hp. ker kedua-dua dah sepakat tamo kena ganggu?




Monday, April 22, 2013

Aku rela.. pergilah!.

Berat hati?
Sebak....?
Siapalah yang inginkan perpisahan sementara atau kekal?

In Shaa Allah, moga ada pengantinya..

PS: agak sibuk sedikit untuk minggu ini, ewah.. ala2 calon pilihanraya pulak.. Bahhahaah, tapikan daku minta jasa baik sahabat alam maya untuk LIKE daku di:

https://www.facebook.com/advertlets/app_190322544333196

Thursday, April 11, 2013

Bersiap sedia....

Sebelum nak bebel panjang mari kita minum dulu. Roti coco Rasin pilihanku dan milo tanpa susu mahupun gula. Ya!! ku pengemar coklat,milo dan koko... korang suka perasa apa? (soalan Umai bila dia tengok aku update blog, ibu suka warna apa?, binatang apa?, perasa apa?..dan bla? bla?... ) jenuhlah aku selalu terbantut nak BW ke blog korang. Hahahhaha

Mai nak cerita, tak lama lagi 4 pekerjaku (yang baru dapat result SPM) akan ke menara gading, ada yang mohon cikgu, polis, pengurusan perniagaan dan ada yang mahu masuk mahad Agama Johor.

Alhamdullilah, rata-rata rezeki mereka memang murah, bijak.. satu kejayaan buat masa hadapan mereka. In Shaa Allah.

Pendek kata, kini aku kena bersiap sedia dari awal untuk melepaskan mereka..
Huhuhu.. nak nangis rasanya...

Tak apalah... pasti suatu hari akan ada penganti yang lebih terbaik untuk membantuku menguruskan CR. Amin...


Saturday, April 6, 2013

Tetamu 6 April

Ex Staff Akademi Mahir

En Yusri B Kamari sekeluarga singgah ke CR betul-betul aku siap memasak lauk pauk tengahari.
Sudah 10tahun ku tinggalkan Kolej AKMA tempat ku mencari rezeki. Dahulu akulah pengajar USB system dan pegawai akaun di kolej. Banyak betul kenangan disana semasa anak dara.
Apabila kunjungan En Yusri ke CR dapatlah kami bertukar cerita staff AKMA dan students. Alhamdullilah ramai pelajar berjaya

Kunjungan dari JOHAN Qariah peringkat Negeri 1434H

Nur Azrah Ayub ke CR bersama 'sesuku' keluarganya. hanya 3 meja tempahan kalau nak ikutkan ramai lagi keluarga Puan Azrah bak kata ayah mertuanya kalau ada rezeki dia nak tempah semua meja.
Syukur alhamdullilah kerjayaan puan adalah kebangaan kami. Beliau seorang Qariah yang sangat peramah dan merupakan sahabat En Zalie sejak kecil. Entry sebelum nie aku ada update tentang beliau. korang boleh google ya.



Thursday, March 21, 2013

Harap maklum: CR beroperasi hingga jam 3.00 petang

Pada 21 March 2013 bersamaan hari khamis iaitu pada hari ini, CR tidak dapat beroperasi seperti sedia kala..
Kesulitan amatlah kami kesali.


Ianya untuk memudahkan daku menyiapkan makanan dan minuman untuk kenduri doa selamat arwah ayah mertuaku yang telah ke rahmatullah. Semoga roh Allahyarham Haji  Hamis B Haji Abu dicucuri rahmat. Al Fatihah.


ps: 2 tahun rupanya ku ketiadaan ayah mertua, bagiku arwah sentiasa bersamaku untuk memajukan Citarasa Rinduan.... Abah tetap di hatiku...

Wednesday, March 20, 2013

Sunday, March 17, 2013

Menu tambahan di CR


Dari jam 2.30 petang -6.00 petang.
Jua sedia menerima tempahan.
Selain Pau kukus pelbagai inti, makanan gorengan panas jua dijual di CR.

Jommm ke CR

Friday, January 11, 2013

Mari mengemas

Hari jumaat CR tidak beroperasi, seawal jam 8pagi kami mengemas segala alatan yang utama. 3 peti ais di bersihkan sebaiknya..

Kedai makan, kecil atau besar tidak terkecuali dari pemeriksaan kementerian kesihatan.

18hb Jan, suntikkan untuk semua pekerja. Aku? tak terkecuali.. Depa takut, aku pong... hahahaah.

Gambar diatas adalah kerja-kerja membersihkan frezze, aku simpan ais batu dan pau mentah sahaja.

Lain peti ais lain fungsinya, satu untuk bahan mentah daging,ikan dan lain-lain yang belum dimasak.

Satu lagi untuk simpan sayuran atau bahan mentah untuk bumbu masakkan.

ps:
Ku kongsikan buat sahabat yang mahu memulakan perniagaan kedai makan. Sekadar berkongsi.....

Sunday, December 23, 2012

4 Hari CR Tidak Beroperasi.. Botak kepalaku!

Renovate longkang....
Ambil kesempatan simen bagi molek sikit lantai...
4 kali tak silap simen lantai, termasuk pernah mozek 2 kali.

Sejak pagi tadi membersihkan habuk dan membasuh peralatan memasak, lantai pun cuci kasi bersih..


Badan penat, RM tak masuk... sehari tak niaga berhelai2 kertas RM terbang...wang masuk langsung tak ada
Botak rambut aku. Eh!! kepala daaaa....

PS;niaga kedai makan ibarat kais pagi makan pagi, kannn..

Thursday, December 20, 2012

Bercuti 'sementara'


Assalamualaikum.
Tarikh yang sangat cantik 20122012... Buat sesiapa yang menyambut hari ulang tahun kelahiran ku ucapkan HAPPY BIRTHDAY, moga diberi kesejahteraan yang baik2 buat kalian semua.


Ku mohon kemaafan buat pembaca setia blog CR andai kebelakangan ini daku tidak BW ke blog kalian.. Malahan entry blog CR tidak berupdate selama 3 hari.

Buat 'sementara' waktu blog ini akan bercuti.. Mohon ampun maaf ada sepanjang aku berblog ada kiranya aku terkasar bahasa penulisan.

Ku harapkan agar yang baik2 buat diri ini dan perniagaan CR. Moga Allah merahmati, ada jodoh ada umur yang panjang aku akan bersiaran kembali

Salam sayang dariku buat pembaca setia blog CITARASA RINDUA.

Monday, November 19, 2012

Bertemu blogger Linda Maniss buat kali kedua dan blogger Kasawari untuk kali keberapa entah?


Kalau korang baca entry yang ini korang pasti terkejut kerana buat sekian kalinya diri ini bertemu untuk 2 hari berturut-turut dengan blogger Linda Manis. 
Kali ini rezeki kami bukan hanya bergathering berdua, namun ditemani anak-anak blogger Linda yang cantik manis seperti uminya juga..

(berdiri dari kanan, blogger Kasawari bersama anak-anak blogger Linda Manis,
duduk kiri Cikgu Linda, CR dan Blogger Linda Manis)

Bertambah meriah dan ceria 4 Muharam 1434 H di Citarasa Rinduan apabila kunjungan dari blogger Kasawari bersama isteri tersayangnya Cikgu Linda, malah dibawanya juga seorang sahabat dari negara Iraq.

(blogger Linda, Cikgu Linda, anak-anak Linda Manis dan Pak Arab)

Terima kasih daun keladi buat mereka yang sudi bertandang ke CR, walaupun sekejap sebab masing-masing ada hal. Namun ianya meninggalkan kenangan yang sangat bermakna buat diri ini khasnya.

Gelagat kandid dari lanser kamera Blogger Kasawari yang hingga kini tawaku masih bersisa adalah:

  • Linda dan Azman fasih berbahasa English, malahan kami juga belajar berbahasa Arab, aku?? terlopoh sahajaaaaaalahhh


  • Terpinga-pinga aku tak faham, Linda tertutup-tutup mata tanda dia memahami dan asyik dengan suara pak Arab ituuu. Huhuhuhu (habis aku kena piat kat peha oleh Linda)


  • Mula-mula kami seriuss

  • Ku gelak tak hingatttt, sampai kedua-dua Linda ketawa geli hati...

  • Suka yang amat, hingga tak kering gusi kami gelak...

  • Soal jawab blogger Linda buat diri ini, hingga tekanan telah ku lepaskan pada tiang yang tak bersalah ituuuuuu.. huhuhuhuu (mujurlah ada kamera dari Azman, buat kenangan kami)



PS: Kredit to Blogger Kasawari a.k.a Azman Ahmad diatas gamabr-gambar yang disyerkan di FB, juga ucapan ribuan terima kasih atas kenangan yang terindah di pagi hujung minggu 18 Nov 2012

Wednesday, November 7, 2012

Skuad ERA ke CITARASA RINDUAN.



Kalau terserempak dengan keter hijau menyala dan dipenuhi stiker yang mewah gitu.. pastinya korang faham apa maksud kedatangan mereka kan?.

Skuad ERA yang femes bukan sahaja glemer, tapi sanggup merendahkan diri ke pelusuk bandar seterusnya ke kampung-kampung untuk bertemu pendengar setia radio ERA... tahniah!!




Rezeki CITARASA RINDUAN buat kali kedua, skuad ERA sudi ke kedai makan kami.  Menu ringan selain mee bandung menjadi pilihan skuad ERA.

Seperti tahun sebelumnya aku tidak melepaskan peluang untuk bergambar bersama-sama mereka (lagilah adik2 skuad ERA baik hati dan sempoii seperti peragaiku jua..huhuhu)


Posing lagi sebelum mereka ke dewan sri Sayong Felda Sungai Sayong Kulaijaya untuk bertemu peminat radio ERA,paling best jawap soalan mudah boleh dapat hadiah pelbagai.. kannnnn...


tara!!!
hadiah pelbagai menanti pendengar radio ERA, yang ini kepunyaanku.. Thanks skuad ERA... Kak Ayu sangat terharu dengan kunjungan kalian ke kampung kami.


Wednesday, October 17, 2012

Menu paling digemari oleh Pelanggan Citarasa Rinduan adalah:


Lemak tempe:
Makan dengan nasi panas, tambah dengan telur masin dan sambal belacan pastinya menu ini cepat lakunya..

Kari Ayam:
Menu ini jangan dibuat cair, kuah kena balance dengan ayam.. selain warga melayu dan india suka menu ini. Warga pakistan juga mengemari. Mereka suka kuah, ayam kari? tukar dengan ayam goreng sahaja.

Sambal Goreng:
Ada pelanggan yang suka ratah macam itu sahaja... Ada juga yang layan dengan nasi goreng,nasi lemak atau nasi Ayam.. Bagiku, apa2 tak kisah. janji pelanggan hari2 singgah CR.. Heheheh

Ikan Mayong/Kepala Mayong:
Kebanyakkan pelanggan CR gemar bungkus untuk dinikmati bersama keluarga..
Setiap hari CR menyediakan dua jenis ikan asam pedas yang berbeza. Manakala setiap hari jenis ikan akan berubah-ubah. Samada ikan jenis laut atau darat. (bergantung pada pasar)

Ikan kicap/ayam kicap:
Pelanggan yang tidak gemar pedas.. pastinya memilih lauk ini. Lihatlah seawal jam 10.30pagi menu ini sudah tinggal sedikit...


Urap/Kerabu:
Usah ditanya kalau sayuran ala kampung, sekejap sahaja menu ini laris dijual.
Tongkeng Ayam:
Opssss... memang laris tau.... hehehhe


PS:
Gambar diambil pada jam 10.30 pagi (17 Oktober 2012)

Tuesday, October 9, 2012

Menu CR 9 Oktober


Salam 9 oktober sahabat alam mayaku, ku sebagai wakil warga kedai makan Citarasa Rinduan ingin merakamkan  ucapan Selamat menempuhi peperiksaan PMR buat adik-adik atau sesiapa yang sedang menduduki apa-apa ujian penilaian pada minggu ini..


Moga diterangkan hati kalian,moga dipermudahkan kalian untuk menjawap setiap soalan.  Sebelum jawap soalan tu bacalah apa2 doa agar dipermudahkan, mana tau soalan semuanya mudah2. kannn.... Amin








Menu istimewa di CR semestinya lauk-lauk kampung, buat pelanggan tetap CR yang tak sempat memasak sebab anak-anak periksa, jom.. singgah ke CR. Kami sentiasa menyediakan masakan yang menepati selera anda.

PS:
Ucapan terima kasih buat sahabat blogger baru yang mengikuti blog CR, insyallah ada kelapangan, ku akan menjejaki kalian di blog anda..
Buat sahabat blogger yang sentiasa mengikuti blog CR dan sentiasa menyokong perjalanan kehidupanku, beribu-ribu terima kasih atas persahabatan istimewa ini....

Thursday, September 13, 2012

Suasana kemeriahan sambutan Hari Raya di CR


SELEPAS

SEBELUM

Terima kasih sekalung budi buat para tetamu.... suasana yang sangat meriah berlangsung di CR pada malam tadi.
Maaf andai terkurang layanan...

ps: sangat kelam kabut kerana tetamu datang tanpa henti... ada blogger manis sudi ke CR.. kejutan yang sangat2 membuat daku hingga kini tak mempercayainya.
entry! tunggu..... siapakah beliau?

Moga dipermudahkan



Hari ini dah hari khamis ya?..
Menggeletar seluruh badan.. jamuan hari raya buat Citarasa Rinduan akan berlangsung dengan izinNya pada malam ini.

Aktiviti selepas maghrib diadakan bacaan yasin dan tahlil seterusnya selepas isyak,para jemaah masjid akan berkumpul di CR untuk marhaban.

Buat sahabat marilah meramaikan...

Wednesday, September 12, 2012

Undangan Jamuan Hari Raya 2012





Selamat pagi......
Buat sahabat blogger semua, daku menjemput kalian ke teratak Citarasa Rinduan bagi Jamuan Hari Raya/merdeka.

Tarikh: 13 September 2012
Hari : Khamis
Jam : 7.30 Malam- 10.30 Malam
Alamat: No 1. Jalan Besar Felda Sg Sayong. Kulaijaya

Atau email ke umairahayu@yahoo.com untuk sebarang pertanyaan tentang majlis tersebut

Tuesday, September 4, 2012

Serentak?


Awal puasa ganti meja masak..
Pertengahan puasa ganti atap CR
Pertengahan raya ganti kelambu almari makanan (Eh... gitu eik namanya macam kat bawah nie) jaring dah berkirai. bukan lalat jer boleh masuk... kucing.. rimau pun boleh.. huhuhu



Esok2?... ganti apa pula? TV? meja chasier? Bos juga tak ganti2. huhuhuhu

Monday, July 30, 2012

Antara juadah pilihan pelanggan CR di bulan Ramadhan


Nasi Ambeng: Menu nie paling digemari pelanggan. Dengan warna serunding yang meriah ditambah ikan masin yang mengiurkan, pastinya ianya menjadi pilihan utama berbuka puasa pelanggan setia CR.

Urap Pucuk Ubi: Kalau nak lebih sedap, selain letak ikan bilis, kalian boleh gantikan dengan udang kering, aromanya membuatkan sayur kampung ini cepat dijual, Nak elakkan basi, sila keringkan dahulu kelapa parut. Selamat mencuba


Sayur Nangka masak Lemak: Jual beberapa banyak pun habis, 2-4 kilo dapat dijual sekelip mata. Janji, masa memasaknya perlu diambil yang lama, untuk mengelakkan ianya bertukar rasa dan bau

Sambal goreng: Siapa orang Jawa disini? dengan tahu, kentang, tempe, soon hoon pastinya juadah ini menjadi pilihan wajib buat pelanggan setia CR, seringgit dah memadai.

Sambal kupang/udang/sotong/tahu: Sebutlah apa sahaja sambal.. pasti terliur, lagilah peminat masakkan yang pedas-pedas. Harga dijual dari RM 1.00 ke atas.